Tuesday, November 22, 2011

Contoh Aplikasi Komputer

Kepada sesiapa ingin palgiat boleh mendownload file di bawah



DOWNLOAD

Tuesday, September 27, 2011

KADAR KOMPAUN 2011

Kadar bayaran kompaun 2011 dari JPJ dan PDRM






 Sumber http://www.radioinformasi.com/

Sunday, September 11, 2011

Tuesday, September 6, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Info Zakat Fitrah 2011


Credit kepada http://www.bom321.com/2011/08/kadar-zakat-fitrah-2011-1432h-bagi.html

Thursday, August 4, 2011

Tuesday, July 12, 2011

DASAR PANDANG KE TIMUR



1. PENGENALAN
Dalam pentadbiran awam terdapat dasar-dasar awam digubal untuk dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan dalam merelisasikan sesuatu matlamat yang telah digariskan. Dasar awam ditakrifkan sebagai penyataan matlamat atau arah umum yang dijalankan sesuatu program untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi oleh kerajaan. Oleh itu pada 8 Febuari 1982 di Hotel Hilton dalam persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di sampaikan oleh mantan Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu setelah menjadi Perdana Menteri, beliau telah melancarkan satu dasar baru iaitu “Dasar Pandang Ke Timur” disebabkan reaksi kepada “Buy British Last”. Dalam dasar ini diberi keutamaan pembangunan ekonomi dan pentabiran dalam memajukan negara Malaysia seiringin dengan negara-negara barat seperti Amerika, Kanada, British. Oleh itu, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad selaku Pendana Menteri pada masa itu telah mengambil role model di timur seperti negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh gergasi ekonomi diterapkan ke dalam dasar Malaysia. Pelaksanaan dasar ini telah dibincangkan secara meluas walaupun dasar ini dilaksanakan secara kontroversial oleh pihak kerajaan Malaysia.

LATAR BELAKANG
            Pada tahun 1980an, kerajaan Malaysia berhasrat menukarkan Malaysia dari negara pertanian kepada negara perindustian moden. Oleh itu, pergantungan sumber kewangan dari Bank Dunia telah tercetusnya projek-projek seperti FELDA, MADA, dan KADA. Kerajaan Malaysia pada waktu tersebut berhasrat menukarkan visi kepada sebuah negara yang membangun dari segi ekonomi dalam perindustiran moden. Oleh itu, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad telah melihat negara sebelah timur seperti Jepun, Korea dan Taiwan sebagai contoh yang boleh diambil untuk mempelajari teknologi, budaya, ekonomi dan diplomatik sesama mereka.
Hubungan perdagangan di antara negara tersebut telah terjalin sejak 1960an lagi dengan menyediakan bahan mentah untuk dieksport ke Jepun. Semasa perang dunia kedua (1942-1945) hubungan dengan Jepun telah terputus akibat peperangan ini. Hubungan diplomatik telah dipulihkan pada tahun 1960an setelah peningkatan ekonomi  globar. Melalui dasar “Pandangan Ke Timur” ini setelah dicetuskan oleh Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad ini merupakan salah satu era yang baru dalam hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berteknologi tinggi seperti negara tersebut.

MATLAMAT
            Dalamat dasar “Pandangan Ke Timur” Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa tersebut mempunyai pelbagai matlamat yang hendak dicapai melalui dasar ini. Matlamat ini amat penting bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sosial ekonomi pada masa tersebut. Ini menunjukan Kerajaan Malaysia pada tahun 1982 amat serius untuk memajukan negara melalui dasar “Pandangan Ke Timur.
            Matlatamat utama yang hendak diserapkan adalah mengambil contoh nilai-nilai baik dari negara Jepun, di samping itu memelihara nilai-nilai ketimuran kebanyakan masyarakat Jepun mempunyai sikap yang positif dalam nilai-nilai yang baik seperti rajin, tekun, gigih serta kuat berkerja untuk kepentingan negara mereka. Amalan ini secara tidak langsung jika diterapkan ke dalan penjawat awam atau masyarakat Malaysia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dari segi ekonomi dan juga sahsiah masyarakat dalam membangunkan negara ini. Selain itu juga, nilai-nilai baik yang diterapkan melalui adat ketimuran ini juga disebabkan keruntuhan moral di barat dari segi moral, ini menyebabkan dasar “Pandang Ke Timur” ini di rangka untuk dilaksanakan sebagai salah satu dasar di Malaysia.
            Dasar “Pandang Ke Timur” juga menghapuskan pemikiran rakyat Malaysia pada masa tersebut memandang tinggi kepada dunia Barat. Rakyat Malaysia pada masa tersebut rasa rendah diri kerana dunia barat lebih maju dari segi ekonomi,  pendidikan dan pengusaan teknologi. Ini menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai pemikiran bahasa mereka masih di bawah penguasaan Barat walaupun sudah Merdeka atau bebas dari penjajah. Ini secara tidak langsung dasar ini dirangka untuk mengambil contoh negara di timur yang mempunyai potensi yang amat besar dalam membangun negara mereka setaraf dengan barat. Negara Jepun adalah salah satu contoh yang ditunjukan kepada rakyat Malaysia melalui dasar “Pandang Ke Timur” dalam membangkitkan semangat bahawa Malaysia juga boleh berdiri bersama negara gergasi seperti Jepun. Dasar ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan terhadap negara barat dari segi semua aspek seperti teknologi, pendidikan serta pergantungan ekonomi negara.
            Melalui “Dasar Pandangan Ke Timur” juga secara tidak langsung mempercepatkan mencapai matlamat “Dasar Ekonomi Baru” (DEB) yang telah di lancarkan pada 1971 oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussen. Melalui perpindahan teknologi, pendidikan serta ekonomi dari Timur akan membantu negara membasmi kemiskinan penduduk Malaysia disebabkan kemajuan ekonomi yang dicapai melalui dasar ini. Melalui pertumbuhan ekonomi ini juga secara tidak langsung akan memberi kesan kurangnya jurang kemiskinan antara penduduk disebabkan faktor peluang perkerjaan kepada penduduk. Contohnya Syarika Honda, Pasaraya Yawata, Syarika Toshiba adalah salah satu pelabur telah memberi peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan.

LANGKAH-LANGKAH
            Melalui lawatan kerja oleh Datuk Sri Dr Mahahathir Mohamad ke Jepun pada 23 hingga 29 Januari 1983, dan 8 hingga 14 Ogos di Korea Selatan, Kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa strategi pelaksanannya mewujudkan kerjasama diantara negara timur dalam bidang ekonomi, perindustiran, latihan-latihan teknikal, akedemik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan dalam pentadbiran. Oleh itu kerajaan merangka program-program seperti perubahan struktur, perubahan sikap serta latihan dan kursus bagi menjayakan dasar pandang ke timur ini.
            Dalam perubahan struktur yang hendak diubah dalam struktur pentadbiran ini, kerajaan Malaysia mengariskan beberapa pembaharuan yang akan diadakan seperti kad perakam waktu kerja (punch card), kad perakam waktu kerja ini diperkenalkan bertujuan untuk mengesan kakitangan kerajaan ponteng kerja atau pulang awal sebelum masa yang ditetapkan. Penggunaan tanda nama (name tag) bertujuan adalah pengenalan diri sesorang penjawat awam bagi sesuatu aduan yang hendak dibuat atau memudahkan orang awam berurusan dengan seseorang pegawai kerajaan bagi memudahkan urusan. Penubuhan pasukan meningkat mutu kerja (QCC) ditubuhkan adalah bagi mengalakan pegawai kerajaan selalu mengadakan mesyuarat bagi menukar pendapat, mencari buah fikiran dan sebagainya bertujuan kepentingan sesuatu jabatan. Konsep pejabat terbuka diperkenalkan bertujuan untuk memisahkan jurang antara pegawai dengan kakitangan bawahan, Perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat diperkenalkan adalah bertujuan memudahkan rakyat setempat. Bagi fail meja dan manual prosedur kerja di jabatan-jabatan kerajaan diperkenalkan kepada penjawatan awam untuk memberi panduan kerja yang perlu diambil tindakan atau proses-proses yang perlu dibuat dalam kerja yang dilakukan.
            Bagi langkah kedua adalah melalui perubahan sikap diperkenalkan. Program ini rangka seperti melalui perkhidmatan cemerlang, perkhidmatan cemerlang ini akan dinilai oleh ketua jabatan dan diberi ganjaran melalui pengiktirafan sijil dan wang tunai bagi meningkatkan motivasi perkerja. Konsep bersih, cekap, dan amanah (BCA) diperkenalkan kepada jabatan-jabatan kerajaan bagi meningkatkan sikap positif dikalangan penjawat awam dalam perkerjaan di buat. Kepimpinan melalui taladan diperkenalkan kepada sektor awam bertujuan kepada perkerja bawahan mengambil contoh pegawai-pegawai yang mempunyai displin, pretasi dan gigih dalam pekerjaan turut diperkenalkan.
            Bagi langkah tiga adalah melalui latihan dan kursus diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Kursus ini dibuat usahasama dengan kerajaan Jepun dan Korea Selatan. Melalui kursus-kursus ini secara tidak langsung akan melibatkan pertukaran teknologi serta kepakaran dari negara timur tersebut. Latihan perindustrian dan teknikal adalah salah satu cara kerajaan Malaysia memperkenalkan program ini. Melalui program ini kerajaan telah membina institusi Malaysia Jepun (MAJU) di Selangor. Bagi program pengajian akademik, bertujuan diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Malaysia menimba ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan. Program pengajian teknikal memberi peluang kepada pelajar lepasan SPMV dan Politeknik melanjutkan pelajaran bahagian teknikal. Bagi kursus kemajuan eksekutif ditawarkan latihan kepada peringkat eksekutif dalam kaedah pengurusan dan pentabiran, mereka akan ditempatkan di firma-firma Jepun dan Korea untuk mendalami pengurusan negara itu. Melalui usaha sama melalui institusi-institusi juga adalah salah satu strategi dalam Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan Malaysia akan menyediakan permohonan-pemohonan kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di negara Jepun. Contohnya usahasama antara kerajaan Malaysia dengan Universiti Tokai dan Universiti Kyoto di Jepun. Program terkahir ditawarkan kepada pelajar-pelajar adalah skim latihan pembangunan usahasama, program ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberi peluang kepada usahawan bumiputra untuk meluaskan perniagaan ke negara timur ini, perniagaan ini dibuat berdasarkan “business contact” diantara rakan perniagan kedua-dua buah negara.

KESAN
            Dasar pandang ke timur ini mempunyai beberapa kesan yang baik kepada iklim ekonomi Malaysia. Melalui Dasar Pandang Ke Timur ini secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi negara. Ini kerana kebanyakan pelabur-pelabur dari negara Jepun dan Korea Selatan telah datang ke Malaysia untuk melabur. Secara tidak langsung akan memberi peluang pekerja kepada rakyat Malaysia. Ini akan mengurangkan jurang kemiskinan kepada rakyat Malaysia. Selain itu juga, aliran wang kurang juga dapat dikurangkan ke negara lain. Ini kerana segala kos dapat dikurangkan kerana pelabur-pelabur telah membuka kilang atau perusahan di negara ini.
            Selain itu wujud industri baru di dalam negara. Melalui perpindah teknologi dari negara Jepun dan Korea ini secara tidak langsung akan wujud indastri baru. Indastri ini seperti Lembaga Industri Berat Malaysia (HICOM), kilang pengeluaran besi waja dan kilang penapisan minyak telah wujud di negara melalui perjanjian usahasama dengan negara timur ini. Secara tidak langsung, kepakaran melalui industri ini akan diterima oleh penduduk tempatan disebabkan kewujudan industri yang baru ini. Selain itu juga, Malaysia juga telah membina kenderaan nasional sendiri iaitu Proton Saga, walaupun kebanyakan barang dalaman adalah buatan luar akan tetapi rekabentuk tersebut adalah keluaran Malaysia.
            Kesan dari dasar ini secara tidak langsung kemudahan asas juga dapat dibina dengan baik untuk kebaikan rakyat. Kemudahan infarstruktur ini dibina melalui kepakaran-kepakaran Jepun dan Korea dapat membantu negara Malaysia dalam membina infrasruktur ini. Contohnya pembinaan Jabatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan, dan bangunan dayabumi di bina berdasarkan kepakaran luar yang mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Ini secara tidak langsung imej negara akan naik secara tidak langsung di persada dunia.

CABARAN
            Dalam merealisasikan dasar ini, beberapa perkara telah dikenalkan pasti sebagai cabaran yang akan dihadapi oleh kerajaan Malaysia.  Antaranya ialah, kehadiran syarikat-syarikat besar dari negara barat yang melabur di negara ini.  Kehadiran syarikat – syarikat besar dari barat ini sudah pastinya membawa budaya kerja mereka untuk diterapkan dan diamalkan oleh pekerja-pekerja tempatan.  Contohnya seperti Philip Morris (M) Sdn Bhd, Coca-Cola Company, dan lain-lain lagi.  Budaya kerja dari barat ini akan menyebabkan pertembungan budaya kerja antara timur dan barat.  Bagi menghadapi cabaran ini, pihak kerajaan Malaysia harus memainkan peranan melalui Jabatan Sumber Manusia untuk meletakkan syarat-syarat tertentu kepada pengurusan syarikat-syarikat besar dari barat ini agar budaya kerja tempatan dikekalkan.
Salah satu cabaran lain ialah, penerimaan masyarakat dan penjawat-penjawat awam dalam melaksanakan dasar ini. Budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea adalah berkaitan komitmen, disiplin dan tanggungjawab.  Inilah perkara yang amat rumit untuk kerajaan Malaysia atasi.  Latihan yang disediakan hanyalah bersifat latihan kemahiran dan kepakaran.  Sedangkan masyarakt Jepun dan Korea telah menjadikan komitmen, disiplin dan tanggungjawab ini sebagai satu budaya yang mesti dipertahankan.  Kerajaan Malaysia melalui jabatan tertentu harus melaksanakan pembudayaan kerja dari peringkat akar umbi.  Masyarakat Malaysia harus dididik dari peringkat persekolahan untuk membudayakan kerajinan agar kita seiring dengan masyarakt Jepun dan Korea yang dianggap rajin dan berani untuk bergerak maju kehadapan.
Selain itu, terdapat kritikan dari penganalisis ekonomi seperti John Saravanamutu menyatakan bahawa melalui dasar pandang ke timur ini lebih menguntungkan negara Jepun dan Korea sebaliknya akan merugikan negara Malaysia sebagai negara membangun. Kritikan ini dilemparkan atas dasar penjajahan ekonomi Jepun dan Korea terhadap ekonomi Malaysia selepas perang dunia kedua, contohnya dapat dilihat melalui pengeluaran kereta nasional, walaupun kereta nasional keluaran Proton dibuat di Malaysia akan tetapi kompenen-komponen barang dalaman terpaksa di import dari negara Jepun. Secara tidak langsung Malaysia telah kerugian dari nilai mata wang disebabkan kereta nasional ini tidak dapat menembusi pasaran di Jepun.
Menurut Dr. Jomo K Sundram dari Univerisiti Malaya menyatakan dasar pandang ke timur ini juga tidak sesuai dilaksanakan kerana Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum, melalui pelbagai bangsa ini akan menyebabkan pelbagai rintangan dan halangan untuk melaksanakan dasar pandang ke timur yang di catuskan oleh Datuk Sri Dr Mahahathir Mohamad, perbandingan ini dibuat kerana di negara Jepun adalah negara yang homogen yang mempunyai satu bangsa sahaja. Ini secara tidak langsung Jepun dapat membina negara lebih baik berbanding Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.
Walaupun terdapat pelbagai kritikan dan cabaran dalam dasar pandang ke timur ini, melalui sektor awam terdapat kemajuan sedikit sebanyak melalui dasar pandang ke timur ini. Contohnya penjawat awam perlu datang ke pejabat sebelum pukul 8.00 pagi dan pulang kerja seperti yang ditetapkan oleh pihak atasan. Sedikit sebanyak fenomena waktu pekerja dapat diselaraskan dan mendisplinkan penjawat awam semasa bertugas.

KESIMPULAN
            Kesimpulanya dasar “Pandang Ke Timur” ini sedikit sebanyak telah mengubah iklim ekonomi Malaysia sejajar dengan dasar “WAWASAN 2020” sebagai negara maju. Melalui dasar ini juga secara tidak langsung telah membuka mata negara barat dan timur terhadapat negara Malaysia merupakan negara membangun menuju kepada negara maju, ini dapat dilihat Malaysia telah dikenali di seluruh dunia seperti pembangunannya, ekonomi, dan sosial telah maju dengan cepatnya tanpa bantuan atau nasihat dari negara lain.





















BIBLOGRAFI
Chamil Wariya. (1989). Dasar Luar Era Mahathir. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti
 Sdn. Bhd.
           
Yusof Ismail. (1993). Dasar-dasar Kerajaan Malaysia. Penerbit A.S Noordeen
           
George J. Gordon. (1984). Public Administration in America, St. Martins Press New
York.
           
Abdul Rahman Muda. (Oktober 1989). Mari Pandang Ke Timur. Dewan Masyarakat,.

Shamsul Amri Baharuddin. (Febuari 1990). Dasar Pandang Ke Timur Selepas 10 Tahun.
Dewan Masyarakat.

Thursday, June 16, 2011

PANJAR


TAJUK: HURAIKAN JENIS-JENIS PANJAR SEBAGAIMANA DIJELASKAN DIBAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN

Panjar ditakrifkan sebagai sejumlah amaun yang diluluskan oleh pihak berkuasa Perbendaharaan antara kewangan negeri bagi tujuan-tujuan tertentu seperti yang telah dipohon oleh jabatan berkenaan. Perbendaharaan ini tidak
 dipertanggungkan sebagai perbelanjaan muktamad.Kuasa meluluskan panjar ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri bagi panjar selain Panjar Wang Runcit (PWR). Akauntan Negara atau Akauntan Negeri juga berkuasa meluluskan panjar bagi Panjar Wang Runcit. Panjar digunakan bagi maksud tertentu yang ianya diluluskan dan hendaklah diakaunkan semata-mata mengikut syarat-syarat kelulusan yang diberi semasa permohonan dibuat. Pusat tanggungjawab mesti mengemukakan surat permohonan panjar serta menerangkan amaun yang dikehendaki ke Ibupejabat atau Kementerian berkenaan.Ia juga hendaklah disokong oleh Ibupejabat dan akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi panjar selain Panjar Wang Runcit(PWR) dan ke Akauntan Negara bagi panjar wang runcit. Kelulusan Panjar selain Panjar Wang Runcit (PWR) dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pegawai Kewangan Negeri.Kelulusan Panjar Wang Runcit (PWR) di keluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia atau Akauntan Negeri.   Panjar yang telah dikeluarkan oleh arahan Perbendaharaan ini terdiri daripada Panjar Gaji, Panjar Seperduabelas/Panjar Tiga Perduabelas, Panjar Unit, Panjar Wang Runcit dan Panjar Khas.
Panjar gaji adalah pendahuluan wang bagi membayar gaji.  Panjar gaji juga adalah salah satu panjar yang terdapat di Perbendaharaan Malaysia yang digunakan untuk pendahuluan wang bagi membayar gaji kepada kakitangan kerajaan. Pembayaran panjar gaji ini adalah bertujuan untuk meringankan penjawat awam yang menghadapi kes-kes khas dalam pembayaran gaji, Ini bertujuan untuk meringankan beban kepada penjawat awam yang menghadapi pembayaran gaji yang akan diterima. Contoh kes yang boleh dilihat iaitu seorang penjawat awam yang mempunyai masalah khas tentang pembayaran gaji, jabatan yang berkenaan akan membayar insentif sebagai pembayaran pendahuluan gaji sebelum gaji penjawat awam tersebut dapat dibayar sepenuhnya. Ini menunjukan panjar gaji adalah merupakan satu panjar yang yang terdapat di dalam Perbendaharaan Malaysia.

            Panjar yang berikutnya adalah Panjar Seperduabelas/ Panjar Tiga Perduabelas. Panjar ini adalah sejumlah amaun yang diperuntukan dalam bentuk wang tunai dalam Kumpulan Wang Disatukan dan digunakan untuk memudahkan perbelanjaan berkala.  Oleh itu, ia tidak dipertanggungkan  dalam akaun sebagai perbelanjaan muktamad dan hanya pembayaran yang sebenarnya sahaja dari panjar itu, yang dipertanggungkan. Wang tunai yang dikeluarkan oleh Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri sebagai panjar hendaklah diakaunkan di bawah akaun “panjar” yang berasingan dalam akaun panjar Seperduabelas atas nama jawatan pemegang panjar yang berkenaan, yang mana ia hendaklah dijelaskan apabila panjar itu akhirnya diserahkan balik. Panjar Seperduabelas/Panjar Tiga Perduabelas adalah salah satu yang terdapat di dalam panjar di Malaysia dalam kewangan bagi memudahkan urusan akaun kepada jabatan masing-masing
           
            Selain itu, di dalam Perbendaharaan Malaysia juga  terdapat panjar yang dinamakan Panjar Khas. Panjar Khas ini diwujudkan bagi tujuan-tujuan tertentu untuk pelbagai jabatan. Antaranya ialah seperti Panjar Khas Wang Rahsia, Panjar  Khas Jabatan Penjara,Panjar Khas Pesakit Hospital, Panjar Khas Dapor dan Panjar Khas Saguhati Panel Guaman.

Panjar Khas Wang Rahsia merupakan sejumlah wang yang diberikan oleh Arahan Perbendaharaan  dengan tujuan untuk membuat bayaran pendahuluan diri kepada pegawai-pegawai yang menjalankan operasi sulit diluar kawasan dan bayaran memberi maklumat-maklumat sulit. Dengan erti kata lain, panjar ini dipraktikan  di dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia, Kastam, Tentera, Badan Pencegah Rasuah dan sebagainya di mana pihak-pihak ini adalah melibatkan keselamatan di dalam negara.

Di dalam Jabatan Penjara Malaysia pula terdapat Panjar Khas Jabatan Penjara yang diberikan khusus untuk jabatan tersebut dengan tujuan untuk pembayaran pendahuluan diri kepada Pegawai-pegawai penjara yang ditugaskan bagi mengiringi pesalah-pesalah ke mahkamah. Selain itu, ia juga akan diberikan kepada Pegawai-pegawai penjara yang ditugaskan ke tempat yang di rahsiakan oleh kerajaan Malaysia.

Selain itu, terdapat juga panjar yang dikenali sebagai Panjar Khas Pesakit Hospital . Tujuan Panjar Khas Pesakit Hospital ini diberikan kepada hospital-hospital di negara adalah untuk  membuat bayaran balik  deposit bayaran cagaran hospital kepada pesakit-pesakit yang telah mendapatkan rawatan selama beberapa hari yang telah ditetapkan oleh pegawai perubatan.

Panjar Khas Dapor pula  diberikan kepada hospital-hospital di bahagian penyediaan makanan  untuk perbelanjaan bagi menyediakan makanan kepada pesakit-pesakit sekiranya pembekal tidak dapat memberikan bekalan makanan.

Bagi panjar unit yang terakhir ialah Panjar Khas Saguhati Panel Guaman. Panjar ini diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pembayaran saguhati kepada ahli panel Klinik Guaman Perumahan. Ini menunjukkan di dalam panjar Khas ini terdiri lima panjar iaitu Panjar khas Wang Rahsia, Panjar Khas Jabatan Penjara, Panjar Khas Pesakit Hospital, Panjar Khas Dapor dan Panjar Khas Saguhati Panel Guaman di dalam Perbendaharaan Malaysia. Panjar Wang Runcit (PWR) merupakan salah satu panjar yang popular dalam pengurusan kewangan yang diluluskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bagi tujuan untuk memudahkan pengurusan kewangan di Jabatan dan sekolah-sekolah.
Panjar Unit adalah salah satu panjar yang terdapat di dalam perbendaharaan Malaysia. Panjar ini hanya terdiri di dalam Polis Diraja Malaysia Dan Anggota Tentera seperti Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Tujuan panjar ini diwujudkan adalah untuk pendahuluan khas kepada pegawai sesuatu kumpulan pasukan tentera dan polis bagi membayar perbelanjaan semasa menjalankan perkhidmatan di luar atau semasa perkhidmatan. Panjar unit ini adalah salah satu panjar yang terdapat di dalam Perbendaraan Malaysia.

Di dalam Jabatan Pelajaran Malaysia, Panjar Wang Runcit (PWR) adalah merupakan panjar yang sering digunakan di dalam Jabatan dan Sekolah-sekolah di Malaysia. Panjar Wang Runcit (PWR) ini diwujudkan  bagi perbelanjaan kecil yang melibatkan aktiviti-aktiviti, bekalan dan perkhidmatan yang melibatkan jumlah kewangan yang kecil yang perlu dibelanjakan, Panjar Wang Runcit (PWR) juga boleh dibuat tuntutan lebih dari sekali di dalam bulan tersebut. Ini menunjukkan tuntutan Panjar Wang Runcit (PWR) boleh dibuat sekerap yang mungkin mengikut keperluan Jabatan atau Sekolah. Di dalam Panjar Wang Runcit(PWR) ini juga dikehendaki mengasingkan invoice atau bil tuntutan mengikut ketegori atau aktiviti berkenaan semasa mengemukakan rekupmen bagi membantu proses pembayaran balik Panjar Wang Runcit (PWR). Panjar Wang Runcit (PWR) ini merupakan kaedah untuk memperuntukkan bagi perbelanjaan liabiliti  sebelum berlaku. Ini bertujuan dapat mengawal perbelanjaan supaya belanja tidak mengikut melebihi peruntukkan yang diluluskan, ini merupakan satu ciri penting di dalam perakauanan kerajaan. Panjar Wang Runcit (PWR)  juga berkaitan rapat dengan buku vot yang mana merupakan satu rekod kewangan yang perlu di simpan oleh pihak berkenaan. Ianya mencatat perbelanjaan, tanggungan dan perubahan-perubahan kepada peruntukan. Kegunaanya adalah untuk mengawal dan memastikan perbelanjaan dan tanggungan tidak melebihi peruntukan dan sebagai satu punca matlamat untuk menyediakan laporan-laporan berkenaan amaun yang dibenarkan untuk di belanjakan ( peruntukan ), semua debit dan kredit serta jumlah kemaskini, tanggungan, perbelanjaan bersih dan baki masih ada kegunaan buku vot adalah sebagai rekod urusan niaga kewangan dan sebagai alat kewangan. Ia termasuk untuk menentukan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan mengikut sesuatu vot, mengawal kemajuan pembayaran serta mengawal penyelewengan. Di sekolah-sekolah Malaysia, peruntukan untuk panjar kewangan runcit bagi sekolah menengah sebanyak RM500.00 (Lima Ratus Ringgit) dan bagi sekolah rendah sebanyak RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit). Panjar Wang Runcit juga adalah salah satu panjar di dalam Perbendaharaan Malaysia.

Pada akhir bulan buku tunai hendaklah disesuaikan dengan penyata bank. Pemegang panjar hendaklah mengesahkan baki buku tunai dengan tunai sebenar. Bayaran dari panjar hendaklah ke akaun perbelanjaan sebekum penutupan akaun akhir tahun dipejabat perakaunan. Pertukaran pegawai pemegang panjar hendaklah menyediakan satu penyata kedudukan panjar bulanan yang disediakan untuk menunjukkan kedudukan panjar pada masa memberi dan menerima alih panjar tersebut. Ia hendaklah di tanda tangan oleh kedua-dua pegawai tersebut. Penyata  mestilah dihantar ke Jabatan Akauntan Negara dan disalinkan kepada Pegawai Pengawal. Pegawai Pengawal dikehendaki mengawal perbelanjaan dengan sesuatu perkhidmatan yang diperuntukkan dalam maksud perbelanjaan di bawah kawalannya supaya vot bagi perkhidmatan itu tidak dilampaui. Pegawai Pengawal juga bertanggungjawab ke atas betulnya perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan maksud perbelanjaan.  Pegawai Pengawal hendaklah mengemukakan laporan perbelanjaan berkala kepada Perbendaharaan dan ditandatangani oleh Pegawai Pengawal itu sendiri. Pegawai yang membenarkan sesuatu perbelanjaan tanpa kuasa yang sepatutnya akan dipertanggungjawabkan sendiri bagi suatu amaun yang dibelanjakan itu. Pegawai yang berkenaan akan membenarkan sesuatu perbelanjaan tanpa kuasa yang sepatutnya akan dipertanggungjawabkan  sendiri bagi suatu amaun yang dibelanjakan itu. Pegawai hendaklah memastikan bahawa tiada bayaran yang akan mengurangkan baki sedia ada sehingga menyebabkan tidak cukup untuk menyelesaikan tanggungan yang masih ada.

Semua pemegang panjar dikehendaki menyediakan sijil Perakuan Panjar pada 31 Disember setiap tahun bersama-sama dengan rekupan terakhir panjar tersebut kepada Pejabat Perakaunan. Satu salinan sijil Perakuan Panjar tersebut diberikan kepada Ketua Audit Negara. Trasaksi yang berlaku adalah bayaran Pendahuluan panjar. Bayaran Pendahuluan Panjar terdiri daripada debit akaun panjar dan kredit buku tunai pejabat perakaunan. Rekupan panjar pula terdiri daripada debit vot perbelanjaan jabatan dan kredit buku tunai pejabat perakaunan.   

            Kesimpulannya Panjar yang terdapat di dalam Perbendaharaan Malaysia yang telah dihuraikan diatas adalah salah satu pengurusan kewangan yang diuruskan oleh Kementerian, Jabatan dan Sekolah adalah satu amaun yang diluluskan oleh Perbendaharan Malaysia bagi memudahkan pentadbiran bagi melincinkan pentadbiran. Di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, Panjar Wang Runcit (PWR) adalah panjar paling popular yang digunakan dalam pengurusan kewangan bagi melicinkan pentadbiran di sekolah-sekolah.

Contoh Excel

Contoh asigmen Excel aku buat..... nak jelas view gambaq di sana... usya modul Aplikasi Komputer dan Pentadbiran Bab 3.... selamat mencuba

Thursday, March 24, 2011

Jadual Waktu Kuliah April 2011

Dibawah adalah jadual waktu kuliah bulan April 2011 untuk panduan oktober 2010/2011

DOWNLOAD

Wednesday, March 16, 2011

JANGAN KAMU HAMPIRI ZINA. ANALISIS SITUASI SEMASA.


  1. PENGENALAN


            Dalam kamus dewan bahasa zina bermaksud persetubuhan yang tidak sah bukan antara suami isteri. Perkataan zina dari huruf (zai, nun, ya) yang bermaksud hubungan badan antara lelaki dan perempuan secara tidak sah. Ini menunjukkan perbuatan zina ini adalah satu perbuatan yang amat keji dan tergolong dari salah satu dosa-dosa besar di sisi Islam. Perbuatan zina ini dapat dibuktikan melalui firman Allah s.w.t

وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
(Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan sesuatu yang buruk. Surah al-Isra’ ayat 32).

Dalam konteks masyarakat pada masa kini perbuatan zina telah menjadi fenomena biasa menyebabkan aplikasi yang besar kepada masyarakat umumnya.

  1. HUKUM ZINA

            Berdasarkan al-quran dan hadis, bagi pesalah penzina terdiri dari dua pecahan iaitu zina muhsan dan zina bukan muhsan. Zina muhsan bermaksud pesalah zina tersebut adalah lelaki atau wanita tersebut telah berkahwin akan tetapi melakukan persetubuhan dengan bukan suami atau isteri yang telah dinikahi olehnya, hukuman kepada pesalah zina muhsan ini adalah direjam dengan batu sehingga meninggal dunia. Bagi penzina bukan muhsan bermaksud pesalah zina yang belum berkahwin akan tetapi telah melakukan persetubuhan tanpa berkahwin dengan sah, hukuman yang diterima golongan ini adalah disebat sebanyak satu ratus kali tanpa balas kasihan.
            Selain itu bagi golongan wanita yang di rogol oleh lelaki secara paksa, hukuman tidak dikenakan kepada wanita tersebut akan tetapi bagi perogol iaitu lelaki tersebut akan dikenakan hukuman setelah terdapat bukti-bukti yang kukuh berdasarkan syarak oleh hakim yang mengadili, dengan erti kata lain, lelaki yang merogol tersebut perlu dilaksanakan hukuman berdasarkan zina muhsan atau zina bukan muhsan untuk keadilan wanita tersebut yang telah di rogol.
            Sebelum dilaksanakan hukuman seperti diatas, syarat hukuman pelaksanaan adalah perlu di ambil kira sebelum dijatuhi hukuman. Penzina tersebut merupakan seorang yang waras atau berakal adalah salah satu syarat yang telah ditetapkan oleh Islam, bagi penzina yang tidak waras hukuman tersebut tidak perlu dilaksanakan. Penzina tersebut juga merupakan telah baligh atau pernah bermimpi basah juga adalah syarat kedua sebelum melaksanakan hukuman tersebut, bagi penzina yang tidak baligh tidak perlu dikenakan hukuman akan tetapi perlu dipukul atau dipenjarakan sebagai pengajaran berdasarkan hadis

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ عَنْ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ وَعَنْ الْمُبْتَلَى حَتَّى يَبْرَأَ وَعَنْ الصَّبِيِّ حَتَّى يَكْبُرَ -سنن أبي داود
(dari siti aisyah, sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda, diangkat kalam (tidak dicatat) dari tiga perkara; dari tidur hingga bangun; dari hilang ingatan sehingga sedar; dari anak kecil hingga baligh)

Bagi syarat ketiga pesalah penzina tersebut bukan terpaksa dalam menerima hukuman ini, jika pesalah penzina tersebut terpaksa menerima hukuman ini maka hukuman ini akan di hentikan. Ini menunjukan hukum hudud yang akan dilasanakan ini tiada paksaan dalam Islam walaupun telah dihadapi bersalah.

  1. FAKTOR

Perbuatan zina ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menyebabkan perbuatan zina ini berleluasa, antaranya faktor media masa memain peranan dalam mengalakkan perbuatan zina tersebut. Pengaruh-pengaruh filem, maklumat pronografi dan media cetak adalah penyumbang tidak langsung dalam perbuatan zina. Melalui teknologi tanpa sempadan ini secara tidak langsung memberi kesan buruk terutamanya golongan remaja ke alam dewasa yang mempunyai sifat ingin mencuba, statistik kes rogol pada tahun 2005 telah menunjukan bahawa dalam tujuh bulan sahaja terdapat 672 kes rogol dilaporkan disebabkan pengaruh media masa.
Kurang didikan agama yang sempurna juga merupakan salah satu faktor menyumbang kepada perbuatan zina, nilai-nilai keislaman pada diri masyarakat kurang diambil berat disebabkan peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak mengenai hukum-hukum Islam yang sebenar, ini dapat dibuktikan apabila terdapat kes bapa merogol anak sering dilapor oleh media masa. Ini disebabkan iman seseorang itu menjadi lemah disebabkan kurangnya penghayatan mengenai Islam dalam kehidupan seharian, ini menyebabkan zina terus berleluasa dalam masyarakat pada masa kini.
Faktor kemasukan budaya luar juga merupakan salah satu faktor perbuatan zina ini menjadi punca penyakit di dalam masyarakat, kumpulan muzik seperti black metal, punk, dan skinhead adalah salah satu budaya luar yang mengamalkan seks bebas sebagai budaya kehidupan, melalui pengaruh ini akan menyebabkan perbuatan zina telah menjadi salah satu budaya dalam masyarakat pada masa kini.
Selain itu juga, terdapat faktor perkembangan pesat pusat-pusat maksiat dalam komuniti masyarakat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Rumah-rumah pelacuran, rumah urut, kelab malam, pusat perjudian yang dibuka tanpa pemantauan dengan ketat dari pihak berkuasa juga salah satu penyumbang amalan zina dalam masyarakat pada masa kini, justru itu dapat dilihat di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Penang, Johor Baharu merupakan bandar yang mempunyai pusat-pusat hiburan yang tertinggi. Hakikatnya secara tidak langsung menjadikan negara Malaysia sebagai hub hiburan adalah salah satu punca penyebab amalan zina berleluasa di dalam masyarakat pada masa kini.
Pakaian ketat, sandat atau menampak bentuk badan menjadi tren kepada golongan wanita pada masa kini. Melalui pemakaian yang menampakan bentuk badan ini secara tidak langsung akan menaikkan ghairah kepada golongan lelaki untuk mendakati golongan wanita seperti ini, melalui cara ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada amalan zina di sebabkan godaan syaitan menyesatkan umat Islam dalam kancah maksiat, firman Allah s.w.t

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

(Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Surah Al-‘Ahzab:59)
           
Di dalam dunia globalisasi, dunia cinta alam remaja merupakan saat-saat paling indah dalam kehidupan mereka, golongan remaja pada masa kini beranggapan bahawa dunia percintaan mereka seperti Romeo dan Juliet yang penuh dengan keindahan yang sangat bermakna dalam kehidupan dalam menempuhi alam remaja sebelum ke alam dewasa, percintaan tanpa pemantauan ibubapa ini sedikit sebanyak akan melibatkan pergaulan bebas di kalangan remaja. Secara tidak langsung, remaja lelaki dan perempuan akan membuat temu janji seperti tempat-tempat sunyi atau taman-taman bunga untuk bermadu kasih dalam dunia percintaan remaja. Justru itu, secara tidak langsung akan berlaku zina diantara lelaki dan perempuan dalam membukti cinta palsu yang ditabur oleh ilbis sebagai kemenangan runtuhnya keimanan mereka.

4. KESAN
           
Amalan zina jika tidak dibendung mengikut hukum-hukum Allah s.w.t akan mengakibatkan kesan yang amat buruk kepada individu, masyarakat dan negara. Melalui zina juga secara tidak langsung akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t. Akibat zina ini juga membawa kesan di dunia dan akhirat mendapat pembalasan dari Allah s.w.t
            Perbuatan zina ini akan mengundang dosa-dosa besar yang lain yang turut akan dilakukan oleh penzina, oleh demikian secara tidak langsung akan hilang sifat warak (menjaga diri dari dosa) terhadap diri seseorang, secara tidak langsung akan menunjukan moral yang amat buruk dan hilangnya sifat cemburu di dalam diri. Maksudnya melalui zina akan mengakibatkan jati diri sebagai seorang muslim yang baik akan hilang disebabkan perbuatan zina yang dilakukan, secara tidak langsung dengan perbuatan zina juga akan mengundang perbuatan dosa besar yang lain seperti membunuh bayi dalam kandungan atau membuang bayi. Ini dibuktikan melalui laporan pada 7 April 2010 di akhbar Utusan Malaysia,di mana telah dilaporkan bahawa negeri Selangor merupakan statistik pembuangan bayi paling tinggi iaitu mencatatkan 105 kes berbanding 407 kes direkodkan keseluruhan kes pembuangan bayi yang dilaporkan.
            Bagi seseorang wanita sifat malu merupakan satu anugerah yang diberi oleh Allah s.w.t menunjukan kemulian kaum hawa. Amalan zina yang dilakukan oleh golongan wanita ini secara tidak langsung akan menggambarkan sifat malu telah beransur hilang dalam diri mereka. Kesan dari zina ini menunjukkan sifat malu akan terhapus dengan sendirinya akibat perbuatan zina yang telah dilakukkannya. Perbuatan ini juga telah mengakibatkan  gadis-gadis yang melakukan zina tanpa  segan silu melakukan perbuatan dosa lain seperti minum arak, berpegang tangan malah telah berani bercumbu di khalayak ramai tanpa berfikir sensitiviti masyarakat.
            Dengan perbuatan zina juga akan menyebabkan perpecahan keluarga jika dilihat melalui keruntuhan institusi rumahtanga. Kesan ini amat buruk kepada sesebuah rumahtanga menyebabkan berlaku keretakan rumahtanga, penderaan kanak-kanak dan sebagainya. Statistik Jabatan Pendaftaran Negara menyatakan kebanyakan anak luar nikah didaftar telah meningkat saban tahun, akibat zina ini akan memberi kesan terhadap emosi kanak-kanak tersebut pada masa hadapan, kesan buruk terhadap kanak-kanak zina tersebut tidak dapat mendaftar nama bapak mereka sebagai waris yang berhak, terutamanya kepada kanak-kanak wanita tidak dapat diwalikan oleh bapaknya. Ini akan menyebabkan sifat dendam dan malu terhadap kanak-kanak tersebut disebabkan masalah yang berlaku terhadapnya.
            Implikasi zina juga akan menyebabkan penyebaran penyakit seperti aids, gonorea dan siflis. Penyakita ini berpunca dari seks bebas yang diamalkan oleh penzina ini, secara tidak langsung penyakit ini juga akan turut diwarisi terhadap anak yang dikandung oleh ibunya. Aids buat masa sekarang tiada ubatnya jika penzina tersebut dijangkiti oleh virus ini, justru itu perbuatan zina ini merupakan satu implikasi yang amat buruk jika diamalkan. Melalui laporan dada akhbar, pelacuran merupakan penyumbang yang terbesar dalam penyebaran penyakit aids ini. Ini menunjukan Allah s.w.t memberi amaran yang keras terdapat kesan zina melalui kesan-kesan penyakit ini jika terus diamalkan.
            Kesan membuangan bayi turut juga menyumbang akibat zina yang terhadap pasangan yang melakukan zina tersebut, masalah ini timbul akibat zina tanpa nikah ini menyebabkan perempuan zina tersebut malu menerima kehadiran bayi yang dikandung tersebut, ini menyebabkan sifat kemanusia telah hilang kepada insan yang tidak berdosa tersebut. Perbuatan zina ini adalah di keji oleh masyarakat disebabkan perbuatan haram, sifat masyarakat yang suka membuka perbuatan yang salah ini kepada umum menimbulkan malu kepada keluarga menyebabkan perempuan zina atau lelaki zina tersebut mengambil jalan mudah membuang bayi tersebut. Fakta pembuangan bayi ini dapat dilihat seperti di negara Arab Saudi telah merekodkan bahawa menunjukan 16 kes bayi telah dibuang telah dicatatkan, 4 rekod menunjukan telah ditemui mati, kebanyakan bayi tersebut merupakan bayi berumur 10 bulan ke bawah. Belanda juga mencatatkan pembuangan bayi sebanyak 1 kes, walaupun kes pembuangan bayi kurang dilaporkan ini Belanda mengamalkan polisi melahirkan anak zina ini di hospital menggunakan nama samaran untuk mengelakan penzina tersebut melindungi identiti mereka kepada pengatahuan umum, secara tidak langsung kes pembuangan tersebut dapat dikurangkan, Negara China adalah negara yang tertinggi kes pembuangan bayi zina ini, ini disebabkan negara tersebut telah mengamalkan polisi 1 keluarga mempunyai seorang anak untuk menghadkan penduduk negara tersebut, untuk mengelak dikenakan tindakan dari kerajaan penzina tersebut membuang bayi tersebut untuk mengelak dikenakan tindakan oleh kerajaan.
            Diakhirat nanti, penzina ini akan memberi kesan yang amat buruk jika tidak bertaubat pada masa dunia ini, Allah s.w.t telah memberi amaran keras mengenai perbuatan zina, oleh itu setiap penzina yang tidak bertaubat akan digelombangi oleh dosa-dosa besar. Dalam Islam zina merupakan dosa besar yang ketiga paling ditakuti, oleh demikian perbuatan zina ini adalah perbuatan yang paling keji di sisi Allah s.w.t dalam ketegori dosa besar. Jelas menunjukan perbuatan zina ini telah menyebabkan perbuatan pembuangan bayi di dalam sesebuah masyarakat umumnya.

5. PENCEGAHAN

Setiap negara berusaha mengurangkan perbuatan zina ini, akibat perbuatan zina ini telah menyebabkan berlaku keruntuhan moral dan akhlak di dalam masyarakat tersebut. Disamping itu, terdapat kerajaan di dunia mengambil pelbagai insitif untuk mengelakan perbuatan zina ini terus bermaharajalela di dalam masyarakat. Ini menunjukan perbuatan zina ini merupakan satu perbuatan yang sangat keji dari sesi Allah s.w.t.
Mewujudkan tempat pembuangan anak hasil perbuatan zina ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan seperti Jerman, Austria, Republic Czech, Hungrary serta Malaysia mewujudkan tempat ‘Baby Hatch” adalah salah satu langkah perbuatan murni untuk mengelakan ibu bayi tersebut membunuh hasil anak zina tersebut. Kerajaan tersebut mengambil langkah untuk membendung perbuatan buang anak di tempat tidak sepatutnya tersebut ke tempat yang lebih terjamin, bayi tersebut akan dihantar kepada pihak bertanggunjawab menguruskan ‘baby hatch’ tanpa mengatahui identiti pembuang anak tersebut. Bayi tersebut akan dijaga sesuatu badan yang bertanggunjawab sebelum di beri kepada ibubapa yang ingin mengambil anak angkat sebelum dipelihara. Melalui baby hatch ini walaupun seperti menggalakan perbuatan zina akan tetapi dari segi sudut positifnya anak tersebut tidak akan dibuang di tempat seperti tandas, longkang atau meninggal di tempat yang tidak sepatutnya dapat di jamin di organisasi tersebut sebelum diserahkan kepada keluarga yang memerlukan anak angkat untuk dipelihara.
Mewujudkan peraturan melahirkan anak di hospital juga merupakan salah satu langkah yang baik untuk mengelakan bayi tersebut dibuang oleh perempuan zina tersebut. Sesebuah kerajaan akan menguatkuasa peraturan ini secara tidak langsung anak hasil zina tersebut dapat mengurankan kes pembuangan zina tersebut. Polisi ini wujud seperti negara Malaysia, Belanda dan Jerman merupakan salah satu negara mengamalkan polisi ini untuk mengelakan kes pembuangan bayi terus meningkat. Walaupun terdapat ibubapa penzina ini enggan pergi ke hospital untuk melahirkan anak zina ini di hospital, akan tetapi kerajaan tersebut mengambil insintif yang lain agar masyarakat melahirkan anak di hospital seperti kempen kesedaran, penguatkuasa undang-undang tidak boleh mendaftar anak kepada kerajaan, serta mendenda yang kepada ibubapa penzina tersebut dengan lebih keras agak dapat bayi tersebut dapat dilahirkan di hospital.
Selain itu, terdapat organisasi NGO mencadangkan kepada kerajaan agar polis dapat memeriksa telefon bimbit remaja dibawah umur, ini kerana terdapat melalui kecangihan teknologi pada masa kini, remaja pada masa sekarang menyalahi kemudahan yang terdapat pada sekarang, remaja-remaja ini menggunakan telefon bimbit sebagai tempat pemyimpanan ponografi atau bahan lucah di telefon bimbit, melalui telefon binbit ini juga remaja pada masa kini juga turut menjadikan kemudahan tersebut sebagai tempat pemyebaran bahan lucah yang telah dirakam atau memperolehi dari sumber yang lain. Jelas melalui penggunaan teknologi ini juga merupakan salah satu ejen penyebaran menyumbang perbuatan zina ini di dalam masyarakat pada umumnya. Selain itu juga, kerajaan juga perlu menguatkuasa menyekat laman web lucah, penjualan perisian tidak bermoral dan sebagainya untuk mengelakan perbuatan zina ini terus berluasan, jelas sekali melalui kecangihan teknologi ini telah menyebabkan perbuatan zina terus bercambah di dalam masyarakan umumnya pada masa kini. pencegahan dari kerajaan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbuatan zina di kalangan remaja pada masa kini.
Pihak berkuasa juga boleh melaksanakan peraturan menghalang golongan remaja keluar rumah selepas pukul 12 malam ke atas, pelaksanaan ini perlulah dibuat dengan kerajaan tempatan iaitu Majlis Bandaran untuk mengelakan berlaku genjala zina ini. Peraturan ini perlu digubal di dalam perlimen atau dewan undangan negeri bagi melaksanankan peraturan ini. Kutu rayau yang berkeliaran ini perlu diambil tindakan melalui tangkapan atau operasi bersepadu bersama polis dengan pihak berkuasa lain seperti pejabat agama negeri hendaklah sering dilakukan, operasi ini perlulah dijalankan dari semasa ke semasa untuk mengelakan ganjala tidak sihat ini. Negeri seperti perlis telah melaksanakan peraturan ini terdapat keberkesanan yang amat darstik dalam menyelesaikan jenayah di dalam negeri tersebut, secara tidak langsung melalui pengkuatkuasaan ini golongan remaja perlu memikirkan akibat yang akan di terima jika perlaksanaan undang-undang ini. Bagi pesalah-pesalah ini perlu diambil tindakan undang-undang tindakan seperti penjara, denda dan kaunseling bagi meningkat kesedaran, ibubapa juga perlu dipanggil untuk dimaklumkan perbuatan anak remaja mereka mengenai salah laku tersebut bagi meningkatkan kesedaran kepada institusi keluarga bahaya zina ini.
Di dalam perlimen telah dibentangkan mengenai pendidikan seks secara formal di peringkat sekolah rendah dah menengah bagi tujuan mewujudkan kesan buruk perbuatan zina ini, langkah-langkah ini merupakan salah satu insitif kerajaan mewujudkan kesedaran kepada golongan remaja dari peringkat kanak-kanak lagi bahayanya perbuatan zina yang terkutuk ini. Melalui pembelajaran ini secara tidak langsung akan mendedah serta pendidikan seks agar golongan remaja didedahkan akibat berbuatan zina seperti penyakit aids, penyakit kelamin dan perpecahan keluarga disebabkan menghampiri zina ini. Walalupun terdapat pelbagai reaksi yang positif dan negetif dari masyarakat pendidikan seks di sekolah ini secara tidak langsung golongan remaja dapat didedahkan mengenai pendidikan seks ini. Perbuatan zina ini secara tidak langsung telah membawa keruntuhan sesebuah tamadun jika terus diamalkan tanpa tindakan ini telah menyebabkan kerajaan mengambil pelbagai insitif agar masyarakat tidak menghampiri perbuatan zina ini.
Peranan ibubapa dalam memberi pendidikan yang sempurna juga perlu ditekankan dalam menyelesaikan penyakit sosial ini, sebelum golongan remaja melangkah ke alam perkhawinan, mereka perlulah didedahkan seperti di dalam Krusus perkhwinan dalam mendidi anak menjadi anak yang soleh berdasarkan garis panduan mengikut ajaran islam yang sebenar. Statitik menunjukan kebanyakan perbuatan zina ini dilakukan terdapat pelbagai faktor seperti kurang mendapat didikan agama, perpecahan keluarga mahupun kesempitan kemiskinan juga menjadi institusi keluarga berpecah, secara tidak langsung memberi kesan kepada anak-anak untuk menghampiri zina disebabkan kurangnya didikan di rumah atau di dalam institusi keluarga. Jelas sekali, peranan ibubapa dalam mendidik anak amatlah ditekan dari rumah dalam menyelesaikan perbuatan zina ini. Ini menunjukan kesan zina ini amatlah jelas dan sangat dikeji samada di dalam masyarakat mahupun di sisi Allah s.w.t.

6. PENYELESAIAN MENGIKUT AL-QURAN DAN HADIS MENGENAI ZINA.

Dalam islam telah mengariskan dalam mengelak berlaku di dalam masyarakat mahupun umat islam. Penyelesaian ini perlu dirujuk melalui Al-quran dan hadis yang telah dibawah oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat islam. Iman merupakan aspek penting ditekan dalam kehidupan berdasarkan al-quran dan hadis ditekan dalam penyelesaian berbuatan zina ini. Dalam menghadapi keseronokan duniawi ini, berpunca sikap manusia lebih mementingkan dunia berbanding akhirat, ini menyebabkan berlaku pergaulan bebas secara tidak langsung aka menyebabkan sifat ingin mencuba sesuatu yang baru akan menimbulkan syawat kepada golongan remaja pada masa kini. Ini disebabkan manusia tidak dapat menguasai pencara indara yang telah dikurnai oleh Allah s.w.t untuk menikmati nikmat yang telah diberi kepada hambanya. Nikmat penca indra ini seperti deria pendengaran, deria penglihatan dan deria bau, yang menghantar maklumat kepada hati tanpa memikirkan rahmat yang telah diberi oleh Allah s.w.t sehingga batasan-batasan hukum Allah s.w.t di langgari. Ini menyebabkan perbuatan zina ini menjadi punca kepada semua permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat tanpa menggunakan hukum Allah s.w.t sebagai landasan hidup.
Melalui deria pertama iaitu deria penglihatan adalah nikmat yang telah diberikan kepada manusia untuk melihat kekuasaan Allah s.w.t mengenai kekuasaannya terhadap alam ini, jelas sekali melalui pandangan ini menjadi senjata kepada iblis sebagai racun untuk memusnahkan keimanan anak cucu Nabi Adam, Nabi Muhammad s.a.w bersabda

“Pandangan mata itu satu anak panah beracun daripada anak-anak panah iblis (laknatullah)”

Melalui pandangan ini Iblis menggunakan senjatanya untuk mengoda manusia agar ke lembah kehancuran. Oleh itu, iblis akan menjalankan dakyahnya untuk mengoda anak adam melalui perempuan untuk mendakati zina, secara tidak langsung perbuatan zina ini akan terjadi disebabkan pandangan mata berdasarkan syawat yang tidak diredha oleh Allah s.w.t.

Nabi Muhammad s.a.w telah diriwayatkan iman muslim ditanya oleh Jarir Bin Adullah (al-Bajali) melihat perempuan dengan secara tidak sengaja hendaklah berpaling untuk melihat perempuan kali kedua

 melalui hadis tersebut menunjukan kesan pandangan terhadap wanita akan menyebabkan iblis terus mengoda jika pandangan berikutnya terus menyesuri dengan syawat, perbuatan ini secara tidak langsung akan mendakati perbuatan zina yang dikutuk tersebut. Penyair budiman juga turut melihat pandangan dari mata ini juga berpunca semua permasalahan, ini kerana percikan api juga akan menyebabkan api yang marak, ungkapan ini menunjukan pandangan mata boleh menyebabkan perbuatan zina akan terjadi. Dalam mazhad Syafie, hukum pandangan mata terdiri tujuh bahagian iaitu perempuan melihat lelaki kepada ajnabi (bukan mahramnya) hanya dibenar melihat anggota badan kecuali anggota di antara pusat dan lutut sahaja, bagi lelaki melihat kepada isterinya dan hambanya adalah keseluruhan tubuhnya kecuali faraj tanpa hajat bersetubuh, bagi lelaki melihat mahramnya pulak diharus melikat anggota badan selain antara pusat dan lututnya dengan syarat tidak timbul syahwat, bagi lelaki ingin melihat wanita untuk berkahwin atau menikahnya di sunat melihat wajah dan tapak tangan sahaja, bagi tujuan perubatan pula, jika isteri tersebut memerlukan perkhidmatan doktor lelaki, suami perempuan tersebut juga perlu berada bersama isterinya semasa perubatan tersebut, bagi tujuan persaksian atau muamalat adalah diharus melihat tempat faraj tersebut sebagai saksi zina, dan yang terakhir melihat hamba abdi ketika hendak membelinya adalah diharuskan melihat angota hamba tersebut. Melalui deria melihat ini boleh didapati bahawa penzinaan akan berlaku jika tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh al-quran dan hadis.
            Dari sudut deria bau, islam mengharamkan pemaikain wangian kepada wanita yang kuat bahunya kecuali suaminya sahaja. Haram memakai bauan yang kuat ini boleh dilihat melalui hadis Nabi yang telah diriwayatkan dari Iman Ahmad dalam musnadanya, dan iman al-nasa’ie bermaksud

            “ Daripada sabda Nabi: “ Mana-mana perempuan yang memakai wangian semerbak kemudian ia keluar (rumahnya), lalu berjalan melintasi sesuatu kaum supaya mereka dapat menghidu baunya maka dia adalah perempuan yang berzina, dan setiap mata itu adalah zina ( jika memandang sesuatu yang tidak halal baginya)”

Selain itu terdapat juga hadis nabi yang diriwayat Iman Muslim daripada Zainab al-Thaqafiyyah bermaksud

            “ Daripada sabda Nabi: “Apabila salah seorang kamu (perempuan pergi ke kasjid maka jangan ia menyentuh (memakai) wangian”

Ini menunjukkan wangian yang dipakai oleh wanita juga memain peranan punca perzinaan berlaku kerana ia menimbul berahi kepada orang lelaki.

7. GAMBARAN KEHIDUPAN AKHIR ZAMAN MENGENAI ZINA

Zina dianggap perkara yang biasa merupakan gambaran menunjukkan hari kiamat akan berlaku. Gambaran ini adalah salah satu menyatakan bahawa perbuatan zina menjadi satu budaya yang dihalalkan. Pendapat ini boleh dilihat di barat seperti Amarika Syarikat, Jerman, Rusia dan sebagainya yang mempunyai bangsa yang memiliki moral yang rendah dan rosak. Ini dapat dilihat artis-artis barat dan masyarakat barat mengamalkan seks bebas tanpa batasan. Seks bebas atau zina yang dilakukan tersebut juga turut dibangga oleh mereka kerana telah memasuki ke alam dewasa dengan melakukan zina, perbuatan zina ini boleh lihat melalui di dalam hadis Muttafaq ‘Alaihi dalam Hitab Miraqah Al-Mafaatih Syarah Miskah al Masaabiah no. 5437, Kitab al-fitan Bab Asyraat al-Saa’ah muka surat 74 Jld 10 iaitu

Daripada Anas berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya daripada tanda-tanda kiamat itu ialah ilmu agama diangkat oleh Allah (imam kerana ramai ulama yang meninggal, wa imam ulamanya ketika itu tidak dihargai oleh pemerintah), banyak bercambah kejahilan, perbuatan zina berleluasa, minum arak berlaku sana sini, bilangan kaum lelaki sedikit sementara bilangan kaum hawa pula ramai, sehingga ketika itu seorang lelaki memikul tanggungjawabnya menjaga 50 orang perempuan.”

jelas menunjukan hadis diatas merupakan tanda-tanda kiamat kerana perbuatan zina ini seperti telah dihalalkan oleh masyarakat pada zaman kini, justru itu, tidak diherankan bahawa perbuatan zina ini telah menjadi budaya hidup disebabkan runtuhnya nilai-nilai keislaman pada masyarakat serta rahmat tersebut telah hilang.
            Selain itu, terdapat juga hadis daripada riwayat Abu Hurairah yang bermaksud

“ Rasulullah s.a.w bersabda” Demi Zat yang diriku berada ditanganNya, tidak akan tiba masa dunia ini musnah (kiamat) sehingga suatu hari nanti terdapat seorang lelaki melintas di atas kubur, lantas menangis berguling-guling di atasnya, dan katannya: “Aduhai eloknya kalau aku yang jadi penghuni kubur ini” wal hal dia melakukan yang sedemikian itu bukan kerana alasan yang benar dari sudut agama, melainkan semata-mata kerana dia sudah tidak tertahan lagi menanggung sengsara bala-bancana ketika itu.”  Hadis Riwayat Muslim

Melalui hadis tersebut menunjukkan bahawa kehidupan dunia ini sudah dekat dengan kiamat disebabkan tiada kedaimain dan keharmonian terhadap umat manusia, ini disebabkan jiwa mereka kosong serta tiada kebahaian kehidupan, selain itu anak-anak sering kedengari telah menderhakai kedua ibubapa mereka, sikap jiran tetangga lebih mementingkan diri, sahabat-sahabat tidak dipercayai, ibubapa sibuk mencari wang dan mengejar impian sehingga lupa tanggunjawab terhadap anak, ulamak banyak membisu daripada amar makruf nahi mungkar kerana menjaga kepentingan diri, pemimpin yang diangkat yang mempunyai moral yang rendah dan suka berfoya-foya, peperangan sesama manusia, wujudnya fitnah dan urusan agama adalah sesuatu yang ganjil dalam kehidupan. Jelaslah melalui hadis ini menunjukkan keruntuhan akhlak adalah punca zina terus berluasa seperti amalan kehidupan seharian.

8. KESIMPULAN

            Kesimpulanya perbuatan zina disisi Allah s.w.tsangat dikeji dan tergolong dalam dosa-dosa besar. Melalui perbuatan zina ini bukan sajaha menyebabkan individu tersebut   berdosa besar malah menyebabkan hati atau jiwa sesorang tersebut tidak tenteram, dari segi masyarakat juga akan menyebabkan perpecahan disebabkan perbuatan zina. Zina juga secara tidak langsung memberi kesan yang buruk kepada umat Islam kerana ia tidak melahirkan zuriat yang bersih, ini menyebabkan berlaku pelbagai masalah atau bala yang diturun oleh Allah s.w.t kepada umat islam disebabkan dosa ini.

RUJUKAN

Adbul Latif Hajis Al Ghomodo Asyraf. (2007). Mengekang Gelora Nafsu. Pustaka Azhar.

Mustafa Suhaimi, (2007). Halal & Haram. Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Iman Az-Zahabi. (2008). Dosa-dosa Besar. Sakina Begum bt. Zainal Abidin (Ed.), Berlian
 Publications Sdn Bhd.

Farhan Bin Hj. Hasyiri. (2010). Dilema anak zina. Alor Setar, Kedah. Pustaka Darul Hikmah

Super Tip Kesihatan. (2010). Zina dan Akibat Diaksek pada 10 December, 2010, daripada http://supervain.com/2010/10/28/zina-dan-akibat/ 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)