Thursday, June 16, 2011

PANJAR


TAJUK: HURAIKAN JENIS-JENIS PANJAR SEBAGAIMANA DIJELASKAN DIBAWAH ARAHAN PERBENDAHARAAN

Panjar ditakrifkan sebagai sejumlah amaun yang diluluskan oleh pihak berkuasa Perbendaharaan antara kewangan negeri bagi tujuan-tujuan tertentu seperti yang telah dipohon oleh jabatan berkenaan. Perbendaharaan ini tidak
 dipertanggungkan sebagai perbelanjaan muktamad.Kuasa meluluskan panjar ialah Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri bagi panjar selain Panjar Wang Runcit (PWR). Akauntan Negara atau Akauntan Negeri juga berkuasa meluluskan panjar bagi Panjar Wang Runcit. Panjar digunakan bagi maksud tertentu yang ianya diluluskan dan hendaklah diakaunkan semata-mata mengikut syarat-syarat kelulusan yang diberi semasa permohonan dibuat. Pusat tanggungjawab mesti mengemukakan surat permohonan panjar serta menerangkan amaun yang dikehendaki ke Ibupejabat atau Kementerian berkenaan.Ia juga hendaklah disokong oleh Ibupejabat dan akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi panjar selain Panjar Wang Runcit(PWR) dan ke Akauntan Negara bagi panjar wang runcit. Kelulusan Panjar selain Panjar Wang Runcit (PWR) dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau pegawai Kewangan Negeri.Kelulusan Panjar Wang Runcit (PWR) di keluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia atau Akauntan Negeri.   Panjar yang telah dikeluarkan oleh arahan Perbendaharaan ini terdiri daripada Panjar Gaji, Panjar Seperduabelas/Panjar Tiga Perduabelas, Panjar Unit, Panjar Wang Runcit dan Panjar Khas.
Panjar gaji adalah pendahuluan wang bagi membayar gaji.  Panjar gaji juga adalah salah satu panjar yang terdapat di Perbendaharaan Malaysia yang digunakan untuk pendahuluan wang bagi membayar gaji kepada kakitangan kerajaan. Pembayaran panjar gaji ini adalah bertujuan untuk meringankan penjawat awam yang menghadapi kes-kes khas dalam pembayaran gaji, Ini bertujuan untuk meringankan beban kepada penjawat awam yang menghadapi pembayaran gaji yang akan diterima. Contoh kes yang boleh dilihat iaitu seorang penjawat awam yang mempunyai masalah khas tentang pembayaran gaji, jabatan yang berkenaan akan membayar insentif sebagai pembayaran pendahuluan gaji sebelum gaji penjawat awam tersebut dapat dibayar sepenuhnya. Ini menunjukan panjar gaji adalah merupakan satu panjar yang yang terdapat di dalam Perbendaharaan Malaysia.

            Panjar yang berikutnya adalah Panjar Seperduabelas/ Panjar Tiga Perduabelas. Panjar ini adalah sejumlah amaun yang diperuntukan dalam bentuk wang tunai dalam Kumpulan Wang Disatukan dan digunakan untuk memudahkan perbelanjaan berkala.  Oleh itu, ia tidak dipertanggungkan  dalam akaun sebagai perbelanjaan muktamad dan hanya pembayaran yang sebenarnya sahaja dari panjar itu, yang dipertanggungkan. Wang tunai yang dikeluarkan oleh Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri sebagai panjar hendaklah diakaunkan di bawah akaun “panjar” yang berasingan dalam akaun panjar Seperduabelas atas nama jawatan pemegang panjar yang berkenaan, yang mana ia hendaklah dijelaskan apabila panjar itu akhirnya diserahkan balik. Panjar Seperduabelas/Panjar Tiga Perduabelas adalah salah satu yang terdapat di dalam panjar di Malaysia dalam kewangan bagi memudahkan urusan akaun kepada jabatan masing-masing
           
            Selain itu, di dalam Perbendaharaan Malaysia juga  terdapat panjar yang dinamakan Panjar Khas. Panjar Khas ini diwujudkan bagi tujuan-tujuan tertentu untuk pelbagai jabatan. Antaranya ialah seperti Panjar Khas Wang Rahsia, Panjar  Khas Jabatan Penjara,Panjar Khas Pesakit Hospital, Panjar Khas Dapor dan Panjar Khas Saguhati Panel Guaman.

Panjar Khas Wang Rahsia merupakan sejumlah wang yang diberikan oleh Arahan Perbendaharaan  dengan tujuan untuk membuat bayaran pendahuluan diri kepada pegawai-pegawai yang menjalankan operasi sulit diluar kawasan dan bayaran memberi maklumat-maklumat sulit. Dengan erti kata lain, panjar ini dipraktikan  di dalam Jabatan Polis Diraja Malaysia, Kastam, Tentera, Badan Pencegah Rasuah dan sebagainya di mana pihak-pihak ini adalah melibatkan keselamatan di dalam negara.

Di dalam Jabatan Penjara Malaysia pula terdapat Panjar Khas Jabatan Penjara yang diberikan khusus untuk jabatan tersebut dengan tujuan untuk pembayaran pendahuluan diri kepada Pegawai-pegawai penjara yang ditugaskan bagi mengiringi pesalah-pesalah ke mahkamah. Selain itu, ia juga akan diberikan kepada Pegawai-pegawai penjara yang ditugaskan ke tempat yang di rahsiakan oleh kerajaan Malaysia.

Selain itu, terdapat juga panjar yang dikenali sebagai Panjar Khas Pesakit Hospital . Tujuan Panjar Khas Pesakit Hospital ini diberikan kepada hospital-hospital di negara adalah untuk  membuat bayaran balik  deposit bayaran cagaran hospital kepada pesakit-pesakit yang telah mendapatkan rawatan selama beberapa hari yang telah ditetapkan oleh pegawai perubatan.

Panjar Khas Dapor pula  diberikan kepada hospital-hospital di bahagian penyediaan makanan  untuk perbelanjaan bagi menyediakan makanan kepada pesakit-pesakit sekiranya pembekal tidak dapat memberikan bekalan makanan.

Bagi panjar unit yang terakhir ialah Panjar Khas Saguhati Panel Guaman. Panjar ini diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk pembayaran saguhati kepada ahli panel Klinik Guaman Perumahan. Ini menunjukkan di dalam panjar Khas ini terdiri lima panjar iaitu Panjar khas Wang Rahsia, Panjar Khas Jabatan Penjara, Panjar Khas Pesakit Hospital, Panjar Khas Dapor dan Panjar Khas Saguhati Panel Guaman di dalam Perbendaharaan Malaysia. Panjar Wang Runcit (PWR) merupakan salah satu panjar yang popular dalam pengurusan kewangan yang diluluskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bagi tujuan untuk memudahkan pengurusan kewangan di Jabatan dan sekolah-sekolah.
Panjar Unit adalah salah satu panjar yang terdapat di dalam perbendaharaan Malaysia. Panjar ini hanya terdiri di dalam Polis Diraja Malaysia Dan Anggota Tentera seperti Tentera Darat Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Tujuan panjar ini diwujudkan adalah untuk pendahuluan khas kepada pegawai sesuatu kumpulan pasukan tentera dan polis bagi membayar perbelanjaan semasa menjalankan perkhidmatan di luar atau semasa perkhidmatan. Panjar unit ini adalah salah satu panjar yang terdapat di dalam Perbendaraan Malaysia.

Di dalam Jabatan Pelajaran Malaysia, Panjar Wang Runcit (PWR) adalah merupakan panjar yang sering digunakan di dalam Jabatan dan Sekolah-sekolah di Malaysia. Panjar Wang Runcit (PWR) ini diwujudkan  bagi perbelanjaan kecil yang melibatkan aktiviti-aktiviti, bekalan dan perkhidmatan yang melibatkan jumlah kewangan yang kecil yang perlu dibelanjakan, Panjar Wang Runcit (PWR) juga boleh dibuat tuntutan lebih dari sekali di dalam bulan tersebut. Ini menunjukkan tuntutan Panjar Wang Runcit (PWR) boleh dibuat sekerap yang mungkin mengikut keperluan Jabatan atau Sekolah. Di dalam Panjar Wang Runcit(PWR) ini juga dikehendaki mengasingkan invoice atau bil tuntutan mengikut ketegori atau aktiviti berkenaan semasa mengemukakan rekupmen bagi membantu proses pembayaran balik Panjar Wang Runcit (PWR). Panjar Wang Runcit (PWR) ini merupakan kaedah untuk memperuntukkan bagi perbelanjaan liabiliti  sebelum berlaku. Ini bertujuan dapat mengawal perbelanjaan supaya belanja tidak mengikut melebihi peruntukkan yang diluluskan, ini merupakan satu ciri penting di dalam perakauanan kerajaan. Panjar Wang Runcit (PWR)  juga berkaitan rapat dengan buku vot yang mana merupakan satu rekod kewangan yang perlu di simpan oleh pihak berkenaan. Ianya mencatat perbelanjaan, tanggungan dan perubahan-perubahan kepada peruntukan. Kegunaanya adalah untuk mengawal dan memastikan perbelanjaan dan tanggungan tidak melebihi peruntukan dan sebagai satu punca matlamat untuk menyediakan laporan-laporan berkenaan amaun yang dibenarkan untuk di belanjakan ( peruntukan ), semua debit dan kredit serta jumlah kemaskini, tanggungan, perbelanjaan bersih dan baki masih ada kegunaan buku vot adalah sebagai rekod urusan niaga kewangan dan sebagai alat kewangan. Ia termasuk untuk menentukan perbelanjaan tidak melebihi peruntukan mengikut sesuatu vot, mengawal kemajuan pembayaran serta mengawal penyelewengan. Di sekolah-sekolah Malaysia, peruntukan untuk panjar kewangan runcit bagi sekolah menengah sebanyak RM500.00 (Lima Ratus Ringgit) dan bagi sekolah rendah sebanyak RM300.00 (Tiga Ratus Ringgit). Panjar Wang Runcit juga adalah salah satu panjar di dalam Perbendaharaan Malaysia.

Pada akhir bulan buku tunai hendaklah disesuaikan dengan penyata bank. Pemegang panjar hendaklah mengesahkan baki buku tunai dengan tunai sebenar. Bayaran dari panjar hendaklah ke akaun perbelanjaan sebekum penutupan akaun akhir tahun dipejabat perakaunan. Pertukaran pegawai pemegang panjar hendaklah menyediakan satu penyata kedudukan panjar bulanan yang disediakan untuk menunjukkan kedudukan panjar pada masa memberi dan menerima alih panjar tersebut. Ia hendaklah di tanda tangan oleh kedua-dua pegawai tersebut. Penyata  mestilah dihantar ke Jabatan Akauntan Negara dan disalinkan kepada Pegawai Pengawal. Pegawai Pengawal dikehendaki mengawal perbelanjaan dengan sesuatu perkhidmatan yang diperuntukkan dalam maksud perbelanjaan di bawah kawalannya supaya vot bagi perkhidmatan itu tidak dilampaui. Pegawai Pengawal juga bertanggungjawab ke atas betulnya perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan maksud perbelanjaan.  Pegawai Pengawal hendaklah mengemukakan laporan perbelanjaan berkala kepada Perbendaharaan dan ditandatangani oleh Pegawai Pengawal itu sendiri. Pegawai yang membenarkan sesuatu perbelanjaan tanpa kuasa yang sepatutnya akan dipertanggungjawabkan sendiri bagi suatu amaun yang dibelanjakan itu. Pegawai yang berkenaan akan membenarkan sesuatu perbelanjaan tanpa kuasa yang sepatutnya akan dipertanggungjawabkan  sendiri bagi suatu amaun yang dibelanjakan itu. Pegawai hendaklah memastikan bahawa tiada bayaran yang akan mengurangkan baki sedia ada sehingga menyebabkan tidak cukup untuk menyelesaikan tanggungan yang masih ada.

Semua pemegang panjar dikehendaki menyediakan sijil Perakuan Panjar pada 31 Disember setiap tahun bersama-sama dengan rekupan terakhir panjar tersebut kepada Pejabat Perakaunan. Satu salinan sijil Perakuan Panjar tersebut diberikan kepada Ketua Audit Negara. Trasaksi yang berlaku adalah bayaran Pendahuluan panjar. Bayaran Pendahuluan Panjar terdiri daripada debit akaun panjar dan kredit buku tunai pejabat perakaunan. Rekupan panjar pula terdiri daripada debit vot perbelanjaan jabatan dan kredit buku tunai pejabat perakaunan.   

            Kesimpulannya Panjar yang terdapat di dalam Perbendaharaan Malaysia yang telah dihuraikan diatas adalah salah satu pengurusan kewangan yang diuruskan oleh Kementerian, Jabatan dan Sekolah adalah satu amaun yang diluluskan oleh Perbendaharan Malaysia bagi memudahkan pentadbiran bagi melincinkan pentadbiran. Di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, Panjar Wang Runcit (PWR) adalah panjar paling popular yang digunakan dalam pengurusan kewangan bagi melicinkan pentadbiran di sekolah-sekolah.

Contoh Excel

Contoh asigmen Excel aku buat..... nak jelas view gambaq di sana... usya modul Aplikasi Komputer dan Pentadbiran Bab 3.... selamat mencuba

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)