Saturday, August 4, 2012

PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PUSAT JAGAAN TERSEBUT MEMENUHI GARIS PANDUAN SEPERTI YANG DITETAPKAN DALAM AKTA DAN POLISI BERHUBUNG DENGAN KANAK-KANAK. BINCANGKAN KELEMAHAN, KEKUATAN, DAN PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK TERSEBUT.


Ditulis: Noor Zalika Bt Mahmad Zuki
Negeri: Kedah
 


1.      PENGENALAN
Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar, serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:
            “Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang benar dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.”
            Mengimbau pula dari segi sikap yang sering disebut sebagai mentaliti mahupun perlakuan, namum sebenarnya mencukupi aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk melihat secara relatifnya berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai, kepercayaan dan sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa, kita khususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung akan memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan sikap positif ini perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap perkembangan kanak-kanak.
            Justeru itu, melalui media-media masa pada masa kini telah menonjol secara realiti kehidupan mengenai isu-isu perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada bangsa dan negara dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak ini menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan ibubapa serta masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah pusat jagaan kanak-kanak ini telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi, kelalaian pengasuh serta isu-isu sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk diketengahkan pada masa kini.


2.      DASAR, POLISI, AKTA
Mengikut Akta 550 yang telah memansuhkan Akta Pelajaran 1961 disebabkan menyelaraskan dengan pelaksanaan dasar pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996). Dibawah adalah dasar, polisi serta Akta yang telah dikuatkuasa dalam Akta tersebut:-
Dasar / Polisi / Akta
Fokus Umur (Tahun)
Convention On The Rights Of the Child – CRC
0 – 18
Child Act 2001 (Act 611)
0 – 18
Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 308)
0 – 4
Education Act 1996 ( Act 550 )
4 – 6
Education Act 1996 (Regulation of Special Education 1997)
4 – 6
Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 – 2010
5 – 6
The Early Childhood Care & Development  (ECCD) Policy 2007
0 – 8
Child Health Services Policy – 1950
0 – 18
National Child Protection Policy (Act 574 & 521)
0 – 18
National Policy on Disable Child (article 21 of CRC)
0 – 18
National Policy on Indigenous Child (article 30 of CRC)
0 – 18
9th Malaysian Plan (2006 – 2010)
0 – 18
(Sumber: Azman B. Abdul Salam: 2009)
            Jika dilihat Akta 611 iaitu Akta kanak-kanak berdasarkan bahagian 5 bab 3 dapat difinisikan bahawa jika pengasuh atau penjaga mengabaikan kanak-kanak tersebut dari segi fizikal, kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat penjagaan kanak-kanak boleh diambil tindakan undang-undang terhadap penjaga kanak-kanak tersebut yang telah melakukan penderaan keatas kanak-kanak. Dengan adanya Akta ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berada di pusat jagaan atau taska ini secara tidak langsung memberi hak dan pembelaan kepada kanak-kanak yang telah didera oleh pengasuh atau penjaga semasa berada di dalam pengawasan mereka agar tidak bertindak dengan sesuka hati. Justeru itu, satu dasar perlindungan kanak-kanak negara telah dirangka oleh kerajaan Malaysia ini secara tidak langsung memberi perlindungan kepada kanak-kanak agar organisasi, masyarakat mahupun badan NGO menjalankan tanggungjawab bersama dalam mengatasi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak yang terlibat tersebut.

            Berdasarkan garis panduan pengendalian kanak-kanak di taska dan panduan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif utamanya adalah memastikan kanak-kanak dan persekitaran pusat asuhan perlulah berada dalam keadaan selesa dan mengikut peringkat umur kanak-kanak dalam pertumbuhan pembesaran mereka. Ini menunjukan kerajaan Malaysia memandang serius tahap kesihatan kanak-kanak yang berada di pusat asuhan tersebut dalam keadaan yang optima dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu juga, pihak taska atau pusat asuhan juga memastikan bahawa kanak-kanak tersebut perlu bebas dari sebarang penyakit. Peranan guru atau penjaga pusat asuhan juga adalah menjalankan pemantauan berkala dari semasa ke semasa untuk menjamin tiada penularan penyakit dikalangan kanak-kanak.
 
3.      KELEMAHAN
            Berdasarkan huraiaan diatas, didapati masih berlaku lagi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan di Malaysia ini. Perkara ini berlaku disebabkan terdapat pelbagai faktor luaran dan dalaman yang terjadi di pusat asuhaan tersebut. Faktor-faktor ini disebabkan oleh:
i.                    Kurang pendedahan atau latihan
Kebanyakkan penderaan yang sering berlaku ini di pusat asuhan persendirian atau swasta. Statistik menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering berlaku di pusat asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Secara tidak langsung, pengasuh yang diambil kerja tersebut tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam penjagaan kanak-kanak yang sempurna. Pusat asuhan yang tidak menghantar pelatih atau perkerja ke tempat latihan yang bertuliah ini memberi alasan bahawa kos yang dikenakan tersebut adalah sangat mahal, selain itu juga alasan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh pusat asuhan tidak berdaftar ini juga memberi alasan tiada pendedahan maklumat untuk memberi latihan seperti masa, tempat serta maklumat dari Kerajaan untuk memberi latihan kepada pelatih atau pengasuh mereka. Sikap tidak peka ini secara tidak langsung salah satu telah menyebabkan kes penderaan kanak-kanak ini meningkat dari semasa ke semasa sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dengan peningkatan kes ini secara tidak langsung menyebabkan terpalik kefahaman atau pemikiran kepada masyarakat bahawa pusat asuhan yang ada pada masa kini adalah tempat tidak selamat untuk anak-anak mereka.


ii.                  Kurang pemantauan dari pihak berkuasa

Faktor ini juga menyumbang kepada penderaan di kalangan kanak-kanak di pusat asuhan sering terus meningkat. Faktor ini disebabkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kekurangan kakitangan untuk memantau pusat asuhan yang terdapat di Malaysia kini. Oleh demikian, faktor kekurangan kakitangan ini secara tidak langsung menyebabkan pusat asuhan sama ada yang telah berdaftar atau tidak berdaftar ini memberi tanggapan bahawa pihak kerajaan tidak akan datang memantau atau memeriksa pusat asuhan persendirian mereka. Dengan ruang yang ada ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada penjaga pusat asuhan tersebut mendera kanak-kanak di pusat asuhan mereka secara tidak langsung atau langsung dari segi fizikal mahupun emosi kanak-kanak.

iii.                Tidak ada keperihatinan masyarakat.
Tiada sikap keperihatinan di kalangan masyarakat juga salah satu faktor penyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak ini. Pada generasi sekarang, masyarakat yang hidup di kawasan bandar hampir terhakis sikap kejiranan atau sikap mengambil tahu di persekitaran mereka, punca ini disebabkan masyarakat sekarang tidak mengambil peduli hal setempat kerana mengejar kekayaan sendiri. Secara tidak langsung ibubapa atau masyarakat menyerah sepenuhnya tanggungjawab kepada pusat asuhan untuk mendidik anak mereka. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini akan menjadi kemurungan jika berlaku penderaan ke atas mereka disebabkan tiada tempat mengadu terutamanya ibubapa mereka yang lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Jika dilihat kepada permasaalahan ini, secara tidak langsung pengasuh atau pusat asuhan tersebut lebih berani untuk mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka disebabkan kelalaian ibubapa mereka mahupun masyarakat setempat tidak peka masalah yang terjadi di persekitaran mereka.

iv.                 Masalah kewangan pusat asuhan.

Bagi pusat asuhan persendirian ini, kebanyakkan kewangan bergantung sepenuhnya dengan yuran yang dikenakan kepada ibubapa. Jika melihat senario ini, boleh membuat kesimpulan bahawa jika pusat asuhan tersebut kurang mendapat permintaan penjagaan kanak-kanak ini secara tidak langsung akan menyebabkan perniagaan pusat asuhan tersebut kekurangan kemudahan seperti prasarana untuk kanak-kanak dibawah jagaan mereka, prasarana ini sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak dalam perkembangan mereka. Jika pusat asuhan tersebut mengambil lebihan kanak-kanak juga didapati terdapat kesan negatif, seperti kepadatan kanak-kanak untuk menampung premis perniagaan mereka, masalah ini juga menyebabkan berlaku kekurangan guru atau pekerja untuk menjaga kanak-kanak, contohnya seorang guru atau penjaga terpaksa mengurus sehingga sepuluh kanak-kanak taska ini, disamping itu juga, guru tersebut terpaksa membuat kerja sampingan seperti memasak, mengajar dan juga menguruskan pentadbiran pusat asuhan tersebut. Dengan kesan tekanan kerja ini akan menyebabkan pihak pengasuh mengalami tekanan atau stres di tempat kerja dimana  secara tidak langsung akan menyumbang kepada penderaan kanak-kanak di taska persendirian ini.


4.      KEKUATAN
Setiap masyarakat mahupun pusat asuhan kanak-kanak perlulah memainkan peranan bersama kerajaan membantu dalam sahsiah serta pendidikan awal kanak-kanak sejajar arus perkembangan pembangunan negara, oleh itu, berdasarkan isu-isu penderaan kanak-kanak keatas pusat jagaan kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes penderaan ini secara amnya. Oleh demikian, setiap organisasi, masyarakat mahupun individu perseorangan perlulah mengambil bahagian serta peranan dalam merialisasikan matlamat Negara untuk melahirkan bangsa yang maju. Kekuatan ini dapat dilihat melalui pelbagai sudut seperti:-

i.                    Peranan Kerajaan

Dasar Kanak-kanak Negara yang telah ditubuhkan bertujuaan memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung setiap guru atau tenaga pengajar seperti pengasuh kanak-kanak akan diberikan latihan, penerangan, maklumat, polisi serta pendedahan Akta kepada pihak berkenaan. Program PERMATA yang dilancarkan oleh Datin Sri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri dalam memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung, peluang ini dapat direbut oleh pusat-pusat asuhan kanak-kanak dalam memberi latihan kepada guru-guru atau perkerja mereka. Dengan pendedahan yang telah diberi ini secara tidak langsung akan dapat memberi maklumat yang amat berguna kepada pusat asuhan untuk mencapai matlamat negara dalam menuju Wawasan 2020. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya secara tidak langsung memberi implikasi dalam pengurangan penderaan kanak-kanak di Malaysia ini.

ii.                  Peranan NGO
Selain kerajaan, badan-badan NGO juga turut memain peranan dalam pengurangan penderaan yang berlaku seban hari yang telah dilapurkan oleh pihak media. Contohnya badan NGO dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sedikit sebanyak memain peranan dalam penderaan kanak-kanak. Ini disebabkan program-program yang dianjurkan oleh badan NGO tersebut secara tidak langsung akan memberi gambaran kepada masyarakat keperhatinan bersama antara masyarakat dengan kerajaan dalam mengurangkan genjala ini. Penglibatan yang dibuat oleh badan-bandan NGO ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa peranan masyarakat dalam kes-kes penderaan kanak-kanak ini telah memberi kesan yang amat besar terhadap kanak-kanak sama ada dari segi emosi mahupun fizikal.


iii.                Peranan Media

Media juga salah satu sumber dalam menyebarkan isu-isu penderaan yang terdapat di masyarakat setempat mahupun pusat asuhan. Secara tidak langsung melalui penyebaran media ini juga telah memberi kesan impak yang besar kepada masyarakat terhadap isu-isu penderaan ini, media masa juga berperanan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderaan kanak-kanak ini. Justru itu, dengan perkembangan teknologi seperti kemudahan internet juga secara tidak langsung telah memberi gambaran mengenai kanak-kanak yang terdapat di pusat jagaan ini. Dengan respon atau maklum balas yang diberi oleh masyarakat ini secara tidak langsung membantu pihak kerajaan mahupun badan-badan yang bertanggunjawab ini bertindak dengan pantas untuk menangani masalah penderaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak khususnya di pusat penjagaan kanak-kanak ini.


iv.                 Peningkatan Kesedaran Dalam Masyarakat

Pada masa kini, didapati masyarakat mula sedar kepentingan pusat asuhan yang sempurna dan juga mempuyai guru atau penjaga yang cekap. Ini dapat dibuktikan walaupun terdapat percambahan pusat-pusat jagaan persendirian tumbuh dengan pesatnya, akan tetapi masyarakat pada masa kini dapat menilai dengan lebih baik untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak mahupun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Walaupun kes penderaan kanak-kanak masih lagi kedengaran di media-media ini, secara tidak langsung ibubapa mengambil sikap berhati-hati dalam memilih pusat jagaan kanak-kanak yang terdapat di negara kita kini.


5.      PENAMBAHBAIKAN
Walaupun negara kita telah menuju status negara maju, pendidikan awal kanak-kanak ini juga amatlah dititik berat dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, segala Akta, polisi, undang-undang mahupun perkhidmatan kanak-kanak amatlah  dititik berat selaras dengan wawasan 2020. Dengan kelemahan dan kekuatan yang ada ini, secara tidak langsung perlulah adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara menuju wawasan 2020. Antaranya penambahbaikan yang perlu dilakukan dan dicadangkan untuk mengelak penderaan kanak-kanak di pusat asuhan seperti berikut:-

i.                    Meningkatkan profesionalisme perguruan pendidikan awal kanak-kanak

Guru-guru asuhan kanak-kanak juga perlu diberi latihan serta pendedahan yang lebih tinggi. Ini kerana dengan peningkatan untuk martabat perguruan di kalangan guru asuhan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada negara dalam masa jangka panjang dalam melahirkan kanak-kanak yang mempunyai pendidikan lebih awal sebelum menempuh kealam sekolah rendah. Dengan pengalaman serta latihan yang telah diberi tersebut, sedikit sebanyak akan memberi kesan kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan pendidikan terhadap kanak-kanak ini, secara tidak langsung dengan tanggunjawab yang dipikul oleh guru pusat asuhan tersebut sedikit sebanyak akan mengurangkan kes-kes penderaan di dalam pusat asuhan kanak-kanak yang sering kita dengar semakin meningkat saban tahun disebabkan kekurangan latihan dalam penjagaan kanak-kanak ini. Oleh itu, kepentingan guru juga adalah salah satu kepentingan kerajaan supaya dapat mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di dalam pusat asuhan.

ii.                  Penyebaran maklumat di dalam masyarakat.

Pihak kerajaan, badan NGO mahupun media amatlah memainkan peranan dalam penyebaran maklumat tentang penderaan kanak-kanak ini. Pihak kerajaan, NGO dan media hendaklah berganding bahu memikul tanggunjawab sosial ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Oleh itu, pihak ini perlulah sering mengadakan seminar, road show,  serta peranan di media cetak dan elektronik ini amatlah penting agar maklumat penderaan kanak-kanak ini dapat disampaikan secara berkesan kepada masyarakat. Dengan gandingan bahu dari badan-badan ini, kes-kes penderaan kanak-kanak sedikit sebanyak dapat diturunkan pada indek penderaan yang telah menjadi duri dalam daging yang menyebabkan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa.


iii.                Pertukaran Maklumat Antarabangsa

Kerajaan Malaysia juga boleh menjalankan pertukaran maklumat diantara negara-negara lain. Ini dapat dibuktikan Program PERMATA yang telah dilaksanakan hasil lawatan Pusat Kecermalangan Kanak-kanak Pen Greendi Corby, London yang telah diolah modul tersebut mengikut kesesuaian dengan Masyarakat Malaysia untuk diselaraskan dengan pendidikan di Malaysia. Dengan jalinan ini secara tidak langsung akan mewujudkan pelbagai kursus jangka panjang dan pendek bagi pengurusan taska mahupun pusat asuhan kanak-kanak ini. Dengan penerimaan modul yang terkini serta bersesuaian yang telah digariskan oleh pihak kerajaan ini sedikit sebanyak kes-kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan akan berkurangan malah secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pusat asuhan tersebut.


iv.                 Peningkatan  Infrakstruktur Pusat Asuhan

Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan insfrakstruktur pusat asuhan. Kanak-kanak berkembang seiringin dengan usia, oleh itu sikap ingin tahu dan berkomunikasi bersama kawan sepermainan amat penting dalam peningkatan usia kanak-kanak mereka. Dengan peruntukan yang diterima dari kerajaan mahupun agensi pinjaman seperti Bank memberi kemudahan pinjaman secara tidak langsung akan meningkatkan pasarana yang terdapat di pusat asuhan. Dengan adanya pasarana yang lengkap ini secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan atau stress dikalangan guru. Dengan cara ini pengurangan penderaan kanak-kanak ini dapat dilakukkan oleh pihak berkenaan.

v.                  Pemantauaan berkala oleh badan bertanggunjawab.
Kerajaan juga perlu menubuhkan pasukan khas yang terdiri dari orang yang berpengalaman dalam urusan penjagaan kanak-kanak. Tugasan tersebut hendaklah dijalankan pihak berkenaan dengan memantau pusat asuhan sama ada yang telah didaftarkan atau tidak didaftarkan. Bagi pusat asuhan yang ingkar hendaklah diambil tindakan serta-merta bagi mengelak kejadiaan yang tidak diingini. Oleh itu, satu perjawatan khas hendaklah dikaji dan ditubuh bagi melaksanankan pemantauan yang hendak dijalankan oleh pasukan tersebut agar kes-kes penderaan yang terus meningkat ini dapat di sifar oleh pihak kerajaan bagi menjaga kesejahteraan kanak-kanak yang akan mentadbir negara pada masa hadapan .


6.      KESIMPULAN
Berdasarkan huraian mengenai kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska tersebut telah mengemparkan masyarakat Malaysia. Dengan adanya kesedaran semua pihak sebagai tanggungjawab sosial ini secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa kita sebagai Masyarakat Malaysia sering mengambil perkembangan semasa sama ada dari perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya penguatkuasa undang-undang yang terdapat di Malaysia ini pembelaan terhadap kanak-kanak ini dapat dilakukan oleh pihak berkenaan. Kesimpulan secara menyeluruh mengenai isu ini adalah Kerajaan Malaysia bersama masyarakat haruslah berganding bahu menyelesaikan isu ini secara positif terhadap penderaan di pusat asuhan kanak-kanak ini. Ini kerana ia melibatkan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut dalam jangka masa panjang. Perlulah ditegaskan, bahawa penderaan kanak-kanak ini perlulah ditangani secara bijak dan tindakan keras harus diambil kepada pesalah.



7.      RUJUKAN

Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Akmal Ismail,
 Zalina Ahmad. (2003). Organisasi dan Masyarakat: Kedah.
Universiti Utara Malaysia.

Bahagian kawalan penyakit. (2007). Garispanduan Pengendalian Kanak-
kanak di Taska dan Prasekolah: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Akta 611. (2001). Akta kanak-kanak 2001 (edisi baru). Malaysia.
            Pencetakan Nasional Malaysia Berhad

Aminah Ayob et.al. (2008). Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamarul Azman b. Abd Salam. (2009). Kursus Asuhan Dan Pendidikan
            Awal Kanak-   kanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah
Perkembangan Asuhan dan    Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Monday, February 27, 2012

Sistem Maklumat Asrama (SMA 3.1q)


Sistem Maklumat Asrama versi 3.1q boleh didownloand untuk kegunaan Penyelia-penyelia Asrama di Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

 

Monday, February 13, 2012

KAJIAN TENTANG IDENTITI ORANG CINA DI MALAYSIA DARI SEGI ESPISTEMOLOGI

sumber jornal: http://journalarticle.ukm.my/1159/


KAJIAN TENTANG IDENTITI ORANG CINA DI MALAYSIA DARI SEGI ESPISTEMOLOGI: ULASAN
LEE YOK FEE
Menurut Lee Yok Fee (2009) menyatakan di bahagian penduluan menjelaskan peranan orang Cina di Malaysia dalam pembinaan negara bangsa mempunyai kesan dalam perpaduan yang dibentuk dalam arus peradaban negara. Beliau menekankan bahawa melalui kajian dari segi epistemologi dan metodologin terhadap identiti bangsa Cina di Malaysia. Justru itu, Lee Yok Fee telah membahagikan kepada dua ketegori pengatahuan iaitu dari segi “author-oriented” dan “actor-oriented” dalam penulisan beliau. Ini menujukkan bahawa beliau analisis konsep tersebut berdasarkan perubahan dan pembangunan sosial orang Cina di Malaysia.
Dalam jurnal Lee Yok Fee menyatakan ilmu sains sosial ini terdiri ontologi yang mengkaji tentang fenomeno sosial yang berlainan, selain itu pemikiran ini juga dilahirkan berdasarkan falsafah logik dan pemikiran rasional. Pendapat kedua Layder (1994) menyatakan bahawa konsep seperti dualiti, dikotomi, makro-mikro, agensi-struktur, individu-masyarakat dan objektif-subjektif berdasarkan konsep tersebut. Walaubagaimanapun, kedua-dua analisis tersebut menceritakan realiti sosial mengikut logik secara prosedur berlainan. Ini menunjukkan bahawa sains sosial ini digunakan sebagai analisis terhadap sifat masyarakat tersebut.
Bagi pendapat kedua dari segi epistemologi bermaksud mengaji tentang pengatahuan yang terdapat dalam masyarakat tersebut. Ini menunjukkan bahawa ontologi dan epistemologi saling berkaitan antara satu sama lain dalam ilmu kajian sains sosial yang dilakukkan oleh pengkaji dalam mendalami ilmu ini. Jelas maksud ini antara dua konsep tersebut menunjukan pergantungan antara satu sama lain untuk menghasilkan analisis dalam kajian yang akan dilakukkan oleh para sarjana dalam mengurai permasalahan tersebut.
            Dari segi konsep author-oriented  terhadap jenis pengatahuan identiti Cina beliau telah mengambil kajian dari Tan Chee-Beng (1983, 1988a, 1988b & 2000) terhadap identiti orang Cina peranakan seperti Baba di Melaka. Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa identiti Baba ini menunjukkan bahawa orang Cina lebih menjuruskan kepada orang Melayu, ini disebabkan identiti yang dibina tersebut disebabkan perubahan budaya yang terdapat dalam orang Cina, perkara ini berlaku disebabkan oleh penyataan individu melalui interaksi atau pergaulan dalam masyarakan Cina dengan orang melayu dalam kehidupan mereka. Akan tetapi orang Cina menangapkan bahawa masyarakat Baba ini merupakan kaum lain iaitu bukan dari keturunan bangsa Cina walaupun masyarakat Baba merupakan dari keturunan bangsa Cina. Tan juga menyatakan bahawa masyarakat Baba ini juga berlaku proses revolusi mengikut masa dan situasi dari segi ontologi . Dari segi epistemologi pula tidak berlaku perubahan seperti pakaian, rambut, cara memasak, agama, adat-istiadat dan bahasa sebagai budaya yang asal mereka. Ini menunjukkan masyarakat Baba adalah satu bangsa yang unik dalam bangsa Cina.
Lee Yok Fee menyatakan melalui hasil penulisan buku Nation Building and Being Chines in a Southeast Asian State: Malaysia (1988a) yang ditulis oleh Tan mengaitkan identiti orang Cina dengan pembinaan bangsa (nation building) kerajaan Malaysia. Dalam buku tersebut menyatakan bahawa terdapat tiga isu besar iaitu bahasa dalam pendidikan, polisis sosioekonimi dan budaya bangsa. Ini menunjukan Lee Yok Fee menyatakan bahawa Tan telah memberi kritikan dalam buku-bukunya sebagai pendakatan positivism dalam perubahan identiti orang Cina, selain itu juga akan timbul pelbagai persoalan iaitu ciri-ciri yang digunakan untuk memahami identiti etnik individu sedangkan individu dalam etnik yang sama menekkan cirri-ciri budaya yang lain sebagai simbol identiti mereka. Cara kesimpulanya, Tan berpandangan bahawa masyarakat Cina mengangap factor luaran menjadi ancaman terhadap identiti mereka sebagai bangsa Cina di Malaysia.
Lee Yok Fee juga mengambil pendapat dari Hok Kok Chong sebagai kajian beliau dalam penulisanya. Bagi pendapat Hok (2002) hampir sama dengan pendapat Tan dari segi ontologikal. Dari segi epistemologi, Hok mengariskan perkembangan politik terbahagi kepada dua iaitu pra dan pasca merdeka. Semasa dalam pra merdeka Hok menyatakan perkembangan pergerakan politik dalam perkembangan idelogi reformists dan revolutionists di China secara tidak langsung memberi kesan kepada identiti masyarakat Cina. Dalam pasca merdeka pula Hok menyatakan bahawa kaum Cina dalam proses menuntut hak sama rata di tanah melayu sebagai warganega seperti pendidikan, politik dan ekonomi di Malaysia.
Dari segi epistemologi Hok mengariskan tiga sumber skunder seperti karya Cina dari China, pendidikan dan sastra dari penulisan dari China. Akan tetapi sumber kajian ini tidak lengkap kerana Hok mengambil pendapat dari wakil-wakil orang Cina dalam bidang pendidikan dan sastra.
Dari segi identiti dan politik pula, Lee Yok Fee membincangkan melalui  kajian Francis Loh Kok Wah (1988 & 2000) berdasarkan kajian lapangan beliau di Kinta, Perak (1977-1978), menyatakan bahawa kampong-kampung atau penempatan orang Cina semakin merosot, dari kesan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pendidikan, perumahan, perkhidmatan, pertanian dan bantuan kerajaan kepada masyarakat Cina. Untuk mengatasi masalah ini, orang Cina mengambil keputusan berpaling tadah dalam parti politik dari Malaysian Chines Association (MCA) kepada parti pembangkang iaitu Sociality Front dan People’s Progressive Party (PPP) pada masa itu sebagai isyarat kepada pemimpin dalam pilihanraya akan datang. Ini menunjukkan kesedaran orang Cina terhadap kepentingan mereka dalam isu sosiolekonomi mereka dalam membentuk identiti mereka sebagai masyarakat Cina.
Leek Yok Fee juga menyatakan pendapat Fujio Hara (2003) terhadap kesedaran identiti mereka dalam konsep sosiologi beliau. Hara memberi pandangan beliau kesedaran orang Cina melalui perhimpunan awam, akhbar Cina, konsulat Cina, dan polisi China ke atas overse Chinese pada masa tersebut. Beliau menekakan bahawa orang Cina perlu menggunakan tulisan Cina sebagai mengekalkan identiti sebagai orang Cina. Dalam bukunya Malayan Chinese and China: Conversion in identity Consciousness (1945-1957) menyatakan bahawa identiti orang Cina mengikut perubahan politik Malaya, ini dapat dilihat Parti Komunis Malaya (PKM) telah memisahkan orang Cina di Malaya akan tetapi secara tidak langsun telah mengeratkan perpaduan sesama mereka, buktinya melalui perayaan Double Tenth telah menjadi kayu  ukur dalam pemlibatan orang Cina dalam politik.
Dalam Identiti Agama pula, Leek Yok Fee mengambil pandangan Judith Nagata sebagai sumber rujukan beliau. Nagata mengaji tentang hubungan adat resem dan agama Kristian dengan kesannya ke atas identiti orang Cina. Orang Cina. Nagata (1995: 166-197) menyatakan bahawa kebudayaan orang Cina tidak dapat dipisahkan dengan agama dan kepercayaan mereka. Selain itu juga, Nagata berpendapat bahawa agama orang Cina berbeza-beza diantara satu tempat dengan tempat lain dan individu dengan individu lain. Ini disebabkan perbezaan ini dapat dilihat sudut keperluan dan keadaan mereka. Dalam kajian Nagata terhadap agama Kristian dengan orang Cina dapat digariskan melalui empat cara iaitu melaui orang Cina keturunan Kristian dari China, melaui orang Cina yang lahir dalam keluarga Kristian dan belajar di gereja, orang Cina memeluk agama Kristian pada zaman darurat dan terakhir sekali mereka yang memeluk semula agama tersebut. Nagata berpendapat lagi bahawa penganut Kristian lebih tertumpu di kawasan Bandar, ini kerana orang Cina lebih berkomunikasi dalam perdagangan, hiburan, kebajikan dengan orang Cina dengan orang Kristian lain di merata dunia. Secara tidak langsung melalaui hubungan ini berlaku imigran diantara orang Cina dengan orang Kristian melalui hubungan.
Dari segi identiti dan pendidikan, Lee Yok Fee mengambil pendapat Ku Hung-ting (2003) sahaja sebagai bahan penulisan jurnalnya. Dalam pendapat Ku terhadap identity dan pendidikan ini menyatakan bahawa orang Cina sangat komitmen terhadap pendidikan selain penghapus buta huruf dikalangan generasi muda orang Cina. Ini dapat dilihat melaui orang Cina menginport tenaga pengajar dari luar untuk dimasukan ke dalam Malaysia bertujuan mencapai matlamat ini. Selain itu bahan bacaan dari China juga turut dimasukkan kedalam negara untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini menunjukkan sistem pendidikan orang Cina lebih berkiblatkan Negara China memeliharakan identity orang Cina. Selepas perang dunia kedua, perasaan ‘anti-Cina’ telah wujud kebanyakaan negara di dunia, akibatnya banyak orang Cina telah dihalau dari negara-negara tertentu. Secara tidak langsung akibat dari peperangan ini telah tercetusnya kesedaran dan semangat nasionalisma di kalangan orang Cina, tokoh seperti Sun Yet-Sen di China telah menjadi impirasi kepada penduduk di Malaysia untuk menam semangat identiti mereka dalam pendidikan yang ada pada masa itu. Semangat ini menyebabkan orang Cina lebih bersemangat untuk mempertahankan identiti mereka sebagai orang Cina. Dalam kajian Ku kebanyakkan mengunakan sumber skunder sebagai bahan rujukannya, bukti ini dilihat beliau mengunakan majalah terbitan tahunan sekolah, laporan kerajaan dan keratin akhbar sebagai sumbernya dalam menghasilkan analisisnya. Kajiannya lebih banyak tertumpu kepada pengaruh politik daripada perlaksaaan kerajaan dan reaksi pemimpin orang Cina.
Dalam pengatahuan identiti Cina jenis Actor-orented” dalam konsep epistemologi ini lebih berperanan kepada seseorang individu sahaja, dari segi ontologi pula sentiasa berubah-rubah kerana terdapat perbezaan pendapat dikalangan sarjana. Ini disebabkan masyarakat mempunyai pandangan yang berbeza dalam memberi difinisi tersendiri dalam sesuatu pendapat mahupun pandangan mengikut semasa. Dari segi epistemologi lebih fokos kepada kehidupan seharian melalui hubungan dua hala seperti komonikasi secara individu dengan mereka, oleh itu kajian yang dibuat tersebut dapat dinilai dan memberi pandangan tersendiri. Penyelidikan yang dibuat tersebut hendaklah dilakukan tanpa menjejaskan definisi dan perpepsi mereka terhadap subjek kajian tersebut. Lee Yok Fee memberi contoh terhadap kajian Nonini (1997) yang mengkaji identiti orang Cina di utara Semenjung Malaysia mendapati bahawa orang Cina utara mengekalkan identiti mereka secara realiti dan dinamik. Nonini berpendapat bahawa masyarakat Cina di utara tidak berjaya dalam ekonomi kerana orang Cina tersebut pernah menjadi pekerja haram di luar negara terdahulu. Dalam kajian beliau juga, jantina juga mempengaruhi kelakuan individu. Ini disebabkan pengaruh budaya-politik individu tersebut yang mempunyai kehidupan yang tranasional di kalangan orang Cina. Akan tetapi, orang Cina utara di Semanjung Malaysia juga dapat dilihat peranan orang lelaki dapat mengawal isteri dan anak mereka. Tumpuan Nonini kebanyakan memperolehi analisi salian berhubung. Ini menunjukkan Nonini lebih tertumpu mengkaji perpindahan identiti dalam bentuk pelaku sosial yang wujud dalam struktur keluarga, ekonomi dan politik.
Lee Yok Fee merumuskan dalam jurnal beliau bahawa identiti orang Cina adalah sangat rumit kerana berlatar belakang Tanah Melayu. Ini kerana orang Cina di Tanah Melayu lebih berfikir secara structuralist dan essentilis dalam kajian mereka. Kebanyakkan kajian tersebut tidak mengikut urutan logik dengan jelas maklumat yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Lee Yok Fee menyarakankan agar satu dasar negara dapat digubalkan dalam usaha mereka untuk membentuk satu negara bangsa di kalangan orang Cina.

PERANAN PIHAK PENJAJAH BRITISH DALAM PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN 1970



 TAJUK:          PERANAN PIHAK PENJAJAH BRITISH DALAM PROSES
                        PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN
                        1970

1.                  PENDAHULUAN
            Sebelum kedatangan penjajah di Nusantara pada abad ke 6, Tanah Melayu merupakan salah satu negara yang amat makmur dari segi ekonomi, pertanian, ilmu sumadra, struktur sosial, kesenian serta pentabiran yang tersusun. Kesan-kesan sejarah ini boleh dilihat melalui empayar Melaka yang gah serantau dunia yang berdiri sama tinggi dengan Negara China pada masa tersebut adalah salah satu kuasa dunia yang amat besar dalam kemajuan semua aspek.
Dengan populariti yang telah dibina ini sedikit sebanyak telah  menyebabkan negara-negara lain seperti Arab, India, China serta Eropah datang berdagang di Tanah Melayu pada masa tersebut disebabkan kestabilan ekomoni, politik serta mempunyai kedudukan perdagangan yang strategi kerana Melaka dilindungi angin monson, ini memberi kelebihan kepada Melaka secara tidak langsung sebelum perdagang dari Eropah, China dan  India meneruskan perjalanan  ke Indonesia serta negara lain. Oleh itu aktiviti perdagangan yang wujud ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Melaka menjadi pusat perdangangan dunia pada waktu tersebut.
1.1             
Golongan Pemerintah
 

Sistem Politik




















                        Dari segi politik Melaka mempunyai struktur yang amat mantap dalam pentadbiran dalam  mengurus hal ehwal negara. Dalam  struktur pentabiran Melaka terdiri golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Bagi golongan pemerintah ini ditabir di peringkat negeri yang terdiri golongan Raja atau Sultan, Raja adalah ketua negara yang mempunyai daulat atau kuasa yang tidak boleh dipertikai oleh semua golongan bangsawan atau  rakyat, Kuasa Raja atau Sultan ini diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya.          
Bagi golongan kedua di dalam struktur pentadbiran  pemerintahan terdiri daripada  golongan para  pembesar. Pembesar-pembesar ini melaksanakan perintah-perintah raja atau sultan di peringkat daerah atau  jajahan di dalam negara tersebut. Di Melaka jawatan para pembesar ini seperti Bendahara, Pengulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana, setiap pembesar tersebut mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran negara.
Bagi golongan rakyat terdiri di dalam golongan diperintah, rakyat-rakyat ini memain peranan dalam menjana ekonomi negeri Melaka pada masa tersebut. Aktiviti ekonomi mereka seperti peniagaan, pertanian, pertukangan dan mencari hasil hutan, untuk golongan ini mereka perlu membayar cukai kepada golongan pemerintah,. Sebagai balasanya golongan pemerintah memberi kebebasan kepada rakyat agar hidup dalam makmur.
Bagi golongan bawah  sekali dalam golongan diperintah adalah golongan hamba,. Hamba-hamba ini terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang, hamba warisan, hamba tawanan perang serta hamba abdi.
Melalui struktur pentadbiran Melaka diatas menunjukan keutuhan pentadbiran yang terdapat pada zaman tersebut merupakan Tanah Melayu mempunyai zaman kegemilangan yang dikenali pada zaman tersebut. Dengan sumber-sumber negara yang banyak  serta mempunyai kedudukan geografi yang strategi  secara tidak langsung telah menaruh  minat kepada negara-negara eropah untuk menakluki Tanah Melayu  bagi  tujuan mengambil kekayan yang terdapat di Tanah Melayu pada masa tersebut.



2.                  PENAKLUKAN BARAT
Pada abad ke-16 dan ke-17, negara-negara eropah telah keluar dari zaman kegelapan,  seperti Belanda, Portugis, dan British berlumba-lumba bagi menakluki negara-negara di Asia untuk mengambil kekayaan yang terdapat di Tanah Melayu. Situasi ini terjadi kerana negara eropah telah membentuk satu jaringan ekonomi yang kukuh hasil penaklukan  negara yang akan dijajah tersebut agar dibawa balik ke negara mereka, hasil bumi seperti rempah-ratus, timah, arang batu adalah sumber utama yang terdapat di Tanah Melayu tersebut  telah menarik minat negara eropah untuk menakluki bagi memenuhi keperluan negara mereka.
Melalui perjanjian Inggeris-Belanda (1824), dengan  menukarkan Bangkahulu diserahkan kepada Belanda manakala Melaka diberi kepada Inggeris. Ini telah menyebabkan wujudnya negeri-negeri selat. Bagi negeri-negeri utara ini kebanyakan dikuasai oleh Siam ini turut menarik minat Inggeris untuk mewujudkan Negeri Melayu sebagai koloni Inggeris.
Penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh negara Eropah ini disebabkan pengaruhi dasar-dasar yang dibawa oleh mereka seperti Mekantilisme, Imperlisme dan Kolonialisme. Dasar-dasar ini kerana negara-negara barat beranggapan bahawa Barat adalah lebih maju serta bertamadun dan mempunyai kekuatan dari segi ekonomi, politik, dan sosial di negara tersebut.

2.1       Mekantilisme
Dasar Ekonomi ini dilaksanakan oleh sebab mewujudkan negara bangsa di negara eropah. Matlamat mekantilise ini ialah menambah  kekayaan,  kekuasaan, dan  kebajikan  melalui pemilikan logam-logam seperti emas dan perak. Oleh itu, untuk mencapai  matlamat dasar ini, negara yang mengamalkan dasar ini mengenakan cukai yang tinggi kepada pelabur dari luar demi melindungi sektor perindustrian mereka. Selain itu juga, melalui dasar Mekantilisme ini juga akan tercapai melalui peperangan dan penaklukan  terhadap negara lain bagi menambah hasil pendapatan negara mereka dengan cara  pengambilan secara paksa negara yang ditakluki oleh mereka,
Mekantilisme juga boleh dicapai melalui perdagangan, secara tidak langsung  mekantilisme juga dianggap  sebagai ‘economic nationalism’ disebabkan persaingan  melalui  peperangan dan melihat persaingan-persaingan ekonomi mereka sebagai musuh. Apabila kekayaan telah diperolehi dari negara lain, langkah yang diambil melalui dasar ini adalah membesarkan bilangan angkatan tentera bagi menjamin keselamatan negara mereka. Setelah kekuatan angkatan tentera tersebut telah menjadi kuat, negara yang mempunyai angkatan tentera yang besar tersebut akan menyekat laluan perdangangan kepada negara lain. Contohnya melalui pemerintahan Ratu Elizabeth (1558-1603)  dengan  menguatkuasakan akta-akta seperti Apprentice Act 1563, Poor Law 1600, Settlement Act 1662 dan Staple Acc 1663 bagi melindungi sektor perindustrian, pertanian, dan  perkapalan British. Secara tidak langsung  melalui dasar ini telah menyebabkan England menjadi satu kuasa yang besar dalam ketenteran sehingga negara Belanda, Perancis, dan Sepanyol menjadi ketinggalan dari aspek ini.
Akan tetapi dasar ini menjadi tidak releven setelah Adam Smith (1776) mengeluarkan karya bertajuk Wealth of Nation yang menekankan bahawa kekayan yang diperoleh tersebut bukanya dari segi tanah, buruh, modal dalam  bentuk emas dan perak dalam  pentadbiran ekonomi yang baik.
2.2       Imperialisme
Menurut Nadel dan Curtis menakrifkan Imperialisme yang bermaksud  perkembangan kuasa atau kawalan sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas masyarakat lain yang didukung oleh ideal sendiri. Ini menunjukan dasar imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegemony) oleh sesuatu bangsa ke atas bangsa lain. Istilah ini diperkenalkan di Perancis pada tahun 1830 yang berasal dari perkataan Imperialiste menunjukan bahawa bertapa unggulnya empayar Napoleon. Orang Inggeris berpendapat bahawa bangsa merekalah yang paling berkuasa (Greater British) disebabkan bangsa mereka telah banyak menjajah negara lain terutamanya di benua Asia dan Afrika, Bangsa Inggeris berpendapat lagi bahawa tujuan penjajahan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat tersebut disebabkan mundur.
Tujuan utama dasar Imperialisme adalah  menambah  hasil ekonomi melalui penjajahan disebabkan sumber ekonomi mereka tidak mencukupi. Tersurat dari dasar ini menunjukan bahawa imperislisme ini bertujuan mengembangkan empayar dan wilayah jajahan dengan menggunakan apa juga cara untuk pelbagai tujuan. Sarjana Barat membahagikan imperialisme kepada dua ketegori iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperislisme lama bermaksud menakluki atau menguasai negara lain yang mempunyai empayar lain seperti Empayar Rom, Empayar Turki, Empayer China termasuk negara Sepanyol, Belanda, Pertugis, Britain dan Perancis yang memperolehi jajahan-jajahan di Asia, Afrika dan Amerika. Bagi Imperialiseme baru bermaksud disebabkan oleh lebihan modal di negara imperialisme untuk dieksport ke tanah jajahan. Akhir abad ke-19 disebabkan oleh  imperialisme ini telah menyebabkan wujud pemikiran dan semangat kapitalisme yang menjadi pengerak utama kepada kolonialisme yang mencorak sejarah dunia waktu tersebut.
2.3       Kolonialisme
            Maksud bagi perkataan dasar koloni ialah negeri atau tanah jajahan yang ditakluk oleh sesebuah kuasa asing. Manakala bagi perkataan Kolonialisme  yang membawa maksud menguatkuasakan satu bentuk pemerintahan ke atas sesebuah koloni atau  suatu  perlakuan untuk mendapatkan wilayah sama ada melalui paksaan atau secara aman. Dalam erti kata lain, ia dipanggil sebagai penaklukan.
            Menurut Plano dan Olton di dalam buku Sejarah Malaysia karangan Fuziah Shaffia yang menyatakan bahawa kolonialisme sebagai suatu pemerintahan oleh kuasa asing bagi melanjutkan dasar imperialisme mereka ke atas sesebuah kawasan dan rakyat di kawasan tersebut. Pengenalpastian kolonialisme boleh dikenal melalui dua cara iaitu melibatkan penghijrahan imigran ke suatu kawasan baru dari tempat asal mereka bagi membentuk entiti politik di kawasan baru. Bagi cara kedua pula yang melibatkan penguasaan pemerintahan ke atas masyarakat bumiputera yang teknologinya kurang maju misalnya negara-negara di Asia dan Afrika.
            Penjajahan ke atas negara-negara yang terlibat telah menimbulkan garis panduan tertentu  ke atas negara yang dijajah, yang mana meliputiaspek dasar awam, pentadbiran, undang-undang dan sebagainya. Seperti sedia maklum, golongan minoriti yang akan menopoli memerintah rakyat tempatan di dalam struktur pentadbiran.
            Dasar kolonialisme secara umumnya bertujuan untuk mencapai tiga matlamat utama iaitu; keselamatan dan ketenteraan, faedah-faedah ekonomi negara yang menjajah dan martabat antarabangsa sebagai kuasa imperialis. Dalam konteks Asia Tenggara pula, tujuan dan kepentingan kolonialisme pula untuk mendapatkan keperluan bahan mentah untuk industri Barat; mencari pasaran baru bagi barangan siap Barat dan mencari peluang baru untuk pelaburan Barat. Di Tanah Melayu, prinsip dasar kolonialisme untuk menghalang percubaan kuasa Eropah lain untuk menguasai Tanah Melayu dengan alasan hanya mereka satu-satunya kuasa Barat yang mutlak. Manakala dasar lain ialah berusaha meningkatkan perdagangan tempatan. Sesungguhnya ekonomi tanah jajahan dieksploitasikan untuk kepentingan ekonomi negara jajahan. 
3.0 Perluasan Kuasa British
            Tindakan kerajaan British menghantar ekspedisi ke Timur pada abad-16 dan awal abad ke-17 telah menyebabkan Britain muncul sebagai sebuah negara mekantilisme pada permulaan abad ke-17. Ekspedisi di bawah pimpinan James Lancaster, Henry Middleton, David Middleton dan mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam, Maluku, Sulawesi dan beberapa tempat lain lagi. British terpaksa melebihkan tumpuan pada kegiatan perdagangannya di Bangkahulu, Sumatera Selatan yang pada ketika itu banyak menghasilkan lada hitam. Pada awalnya, British berhasrat untuk menjadikannya sebagai pusat perdagangan di nusantara. Namun, malangnya menghadapi beberapa persaingan hebat daripda Belanda serta kedudukannya yang kurang strategik. Pergeseran dengan kuasa asing lain iaitu Belanda telah memaksa British berundur. 
3.1 Pendudukan British di Pulau Pinang.
            Sekitar awal tahun 1770-an, Syarikat Hindia Timur Inggeris serta firma persendirian British yang berniaga di Madras dan Benggala, cuba mencari pengkalan di sekitar gugusan Kepulauan Melayu. Sehubungan itu, British terdesak membuat pertimbangan kepada pengalaman Kepulauan Melayu yang sudah lama mempunyai dengan dunia luar. Seperti sedia maklum, negeri-negeri melayu telah mengamalkan dasar perdagangan bebas sejak zaman promoden lagi. Alasan British mencari sebuah petempatan di Kepulauan Melayu atas dasar keselamatan. Syarikat Hindia Timur Inggeris memerlukan aspek keselamatan kerana petempatan mereka di timur India sering diancam tentera laut Perancis. Selain itu, firma-firma persendirian lain juga mengintai peluang mencari tapak pengkalan di rantu ini kerana untuk mendapatkan bijih timah dan lada hitam untuk dijual kepada Syarkat Hindia Timur Inggeris.
             Pada ketika itu, Pelabuhan Bangkahulu tidak dapat memenuhi sebagai pengkalan utama atau pusat pengumpulan hasil perdagangan kerana kedudukannya yang terpisah jauh dari Selat Melaka. Sebolehya British ingin mengelakkan dari bergantung kepada perlabuhan yang berada dilingkungan kekuasaan Belanda kerana cukai yang dikenakan oleh Belanda agak tinggi serta syrat-syarat ke atas kapal yang berlabuh turut ketat. Sehubungan itu, British amat memerlukan sebuah pengkalan di gugusan Kepulauan Melayu untuk mengantikan Bangkahulu.
            Pada masa yang sama, British telah kehilangan pasaran dan sumber kapas di Amerika Syarikat kerana meletusnya Revolusi Kemerdekaan di sana. Oleh itu, hubungan dengan negara China perlu dipereratkan. Keadaan tersebut telah menyebabkan British terdesak untuk menduduki Pulau Pinang dan seterusnya menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan persinggahan mereka. Pada tahun 1786, Pulau Pinang dipilih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk dibuka. Pembukaan Pulau Pinang kerana kedudukannya yang strategik serta sebagai pintu masuk Selat Melaka di sebelah utara. Pulau Pinang dijadikan sebagai pengkalan oleh British dan secara tidak langsungnya mengawal kegiatan lanun di Selat Melaka. Pada ketika itu, Pulau Pinang dan Seberang Prai sebenarnya dibawah kekuasaan Sultan kedah. Seperti sedia maklum, sebagai sebuah negeri yang kaya dan makmur, Kedah menghadapi beberapa masalah politik. Oleh itu, peluang yang ditawarkan oleh Sultan Kedah supaya membantu Kedah melawan  musuhnya iaitu Siam dan Burma di persetujui oleh British. Ganjaran atas permintaan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771 itu, British dibenarkan mendirikan pengkalan di Pulau Pinang. Perkara itu disambut baik oleh British.
3.2 Pendudukan British di Melaka
            Ekoran daripada peperangan yang dilancarkan oleh Napoleon ke atas negara-negara Eropah pada tahun 1795 telah menyebabkan Belanda jatuh ke tangan Perancis. Pada ketika itu, Raja Belanda iaitu William of Orange tetap menganggap dirinya sebagai raja dan ketua pemerintah Belanda yang sah walaupun keadaan yang sebenarnya baginda telah melarikan diri
           
 RUJUKAN
Fuziah Shaffie (2000). Sejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar
 Bakti Sdn. Bhd.
R. Suntharalingam (1985). Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya:
 Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Syeriefudin Abdullah, M. Kamal Kamaruddin, A. Sohaimi Lazim (2009).
 Kenegaraan Dan Ketamadunan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
 Bhd.
K.J.Hosti, M.Tahir Azhary, S.H (Edt) (1988). Politik Internasional. Jakarta. Penerbit
Erlangga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)