Sunday, March 24, 2013

INFORMATION SEEKING BEHAVIOURS OF RURAL WOMEN

Diulas Jurnal dari laman website http://www.webpages.uidaho.edu/~mbolin/bakeri3.pdf



INFORMATION SEEKING BEHAVIOURS OF RURAL WOMEN
Ahmad Bakeri Abu Bakar
Universiti Islam Malaysia, Malaysia
1/1/2012

PENGENALAN
Berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan oleh Ahmad Bakeri Abu Bakar dari University Islam Antarabangsa Malaysia yang bertajuk “Information Seeking of Rural Women In Malaysia”, beliau telah membuat satu kajian tentang wanita di sebuah bandar di Selangor Darul Ehsan, iaitu Gombak. Kawasan perkampungan di Gombak telah dijadikan tempat untuk membuat kejian beliau kerana penduduk di situ terdiri daripada penduduk luar Bandar di Malaysia. Kajian ini telah dilakukan secara menyeluruh terhadap kaum wanita iaitu focus utama kajian ialah tentang maklumat tingkah laku mereka. Tambahan pula, sebelum ini, sudah terdapat banyak kajian yang telah dilakukan dengan memberi penekanan dan tumpuan kepada penduduk luar Bandar. Antaranya ialah seperti kajian yang telah dilakukan oleh Momodou (2002) yang mendapati bahawa kekurangan maklumat dalam kuantiti atau jumlah yang betul menjadi punca atau faktor yang membawa kepada 70 peratus daripada penghuni kawasan luar bandar di Nigeria yang berhadapan dengan kemiskinan.
Berdasarkan Siti Fatimah Abdul Rahman (2002), beliau percaya yang secara amnya, berdasarkan institusi masyarakat traditional, tugas dan pekerjaan seorang wanita adalah lebih kepada melakukan kerja-kerja rumah, menjaga anak-anak dan menjadi penyeri untuk sesebuah institusi kekeluargaan. Walaubagaimanapun, ledakan perubahan social dan juga ekonomi telah member kesan kepada masyarakat amnya bandar dan juga luar bandar. Perubahan ini telah member kesan yang amat ketara kepada nilai-nilai traditional. Kini, ramai wanita-wanita telah mengalami transformasi perubahan yang amat ketara. Mereka bukan sahaja suri rumah sepenuh masa kini, tetapi telah terlibat dengan pekerjaan sepenuh masa. Ahli perniagaan, ahli politik, pemikir, dan juga pekerjaan lain kini bukan sahaja dipelopori oleh kaum lelaki, tetapi juga kaum wanita yang telah menunjukkan minta untuk menceburi diri dalam arena pekerjaan.


KAJIAN DAN PERMASALAHAN
            Wanita luar bandar yang dahulunya hanya bekerja sepenuh masa di dapur kini telah mengalami transformasi perubahan mengikut peredaran zaman. Mereka kini giat menceburkan diri dalam bidang pekerjaan seperti industri perniagaan, perkhidmatan dan juga pertanian. Mereka perlu mempelajari dan mempunyai asas pengetahuan yang cukup sebelum menceburi diri dalam sektor perniagaan atau pekerjaan kerana ini dapat membantu mereka untuk mendapatkan hasil pulangan yang lumayan. Mereka perlu mendalami cara-cara untuk pertanian yang baik dan efektif, cara-cara untuk menghasilkan produk yang mendapat permintaan yang tinggi di pasaran, dan juga cara untuk menghasilkan iklan yang baik untuk mengiklankan hasil pengeluaran mereka. Contoh tebaik yang boleh diambil ialah dengan mencontohi kumpulan wanita di Negeri Semilan yang telah menjalakan perniagaan pembuatan kek tradisional (Kementerian Pertanian & Asas Tani). Dengan menggunakan aplikasi maklumat teknologi, wanita yang tinggal dirumah boleh meliatkan diri mereka dengan menghasilkan pemasaran dan pengiklanan yang hebat.  
            Sejak tahun 1991, kerajaan Malaysia telah merangka pelan pembangunan untuk lima tahun yang memberi kelebihan kepada wanita dan juga pembangunan.  Pada dasarnya, ini telah menjadi pemangkin untuk golongan wanita untuk memajukan dan menaikkan taraf ekonomi dan hidup untuk negara. Wanita-wanita telah menggunakan dan mengambil peluang ini untuk menyertai secara aktif dan turut serta dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara. Tambahan pula, kebolehan dan keupayaan mereka telah digilap sepenuhnya dan tanpa melibatkan apa-apa bentuk diskriminasi atau ketidakadilan.  Sebagai contoh untuk menunjukkan keupayaan wanita telah meningkat secara mendadak sekarang ialah dengan melihat kepada angka kemasukan pelajar wanita dan lelaki ke university atau institusi pengajian tinggi yang telah menunjukan peratusan sebanyak 69% dan 31%.
Walaupun kemajuan telah melanda dan dipelopori oleh wanita dalam semua sector ekonomi di Malaysia namun, wanita lebih cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan tahap rendah berbanding bidang pengurusan. Tambahan pula, wanita yang tinggal di kawasan luar bandar atau kawasan pedalaman boleh dikatakan agak ketinggalan dalam pencapaian berbanding dengan wanita yang tinggal di kawasan Bandar atau perindustrian. Malaysia secara amya mempunyai satu satu fenomena yang kebanyakkannya melanda atau menghantui penduduk di luar Bandar iaitu pada tahun 1970, 49.3% rakyat Malaysia menunjukkan keputusan isi rumah mereka berada di paras atau di bawah garis kemiskinan.
Bilangan isi rumah miskin luar Bandar telah mencatatkan rekod sebanyak 44% manakala 5.3% adalah dari Bandar. Menjelang tahun 2002, hanya 2 peratus dan 11.4 peratus masing-masing isi rumah bandar dan luar bandar hidup dalam kemiskinan. Selain kemiskinan luar Bandar isi rumah juga berhadapan dengan masalah buta huruf. Keadaan ini diburukkan lagi  dengan kemunculan World Wide Web dan teknologi Internet di mana kegunaan teknologi adalah penting dalam era masyarakat berilmu. Satu kajian yang dilakukan oleh Mohd Noor (2007) mendapati bahawa "Wujud perbezaan antara maklumat digital  kaya dan digital maklumat yang miskin di kalangan pelbagai kumpulan di Malaysia. Kebetulan, corak bahawa bekas yang terletak di kawasan bandar manakala kedua di luar bandar, sebagai senario yang sama seperti dalam kes kemiskinan.       
            Su dan Conway (1995) telah membuat kajian atau uji kaji terhadap tingkah laku penduduk luar Bandar yang telah mengalami proses penghijrahan atau dalam erti kata lain pendatang dan focus utama kajian mereka ini lebih menumpukan kepada kaum wanita. Manakala Mooko (2005) telah menyiasat tentang tingkah laku kaum wanita yang mendiami kawasan perkampungan di Botswana. Akan tetapi, sumber-sumber kajian atau penyelidikan terhadap siakap dan perangai kaum wanita yang mendiami negara-negara membangun. Proses ini telah membantutkan usaha untuk memajukan mereka dari segi ekonomi, budaya dan juga taraf hidup.
            Bedasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Ahmad Bakeri Abu Bakar yang  menggunakan kaedah survey terhadap tahap pendidikan wanita yang tinggal di perkampungan di Gombak telah menunjukkan beberapa hasil atau keputusan yang agak memeranjatkan. Dengan menjadikan 51 orang wanita sebagai respondent, hanya 3 responden atau 5.9 peratus yang telah berjaya memiliki ijazah dari university. Manakala 2 responden atau 3.9 peratus dari responden memiliki sijil diploma dan 37 responden atau 72.3 peratus dari mereka berjaya untuk menamatkan persekolahan. Hanya 7 responden atau 13.7 peratus tidak menghabiskan alam persekolahan dan 2 orang rsponden tidak menjawab soalan yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa kurangnya pengetahuan atau kemahuan wanita di sana untuk meneruskan pelajaran dan mendalami ilmu pengetahuan. Ramai diantara mereka yang hanya mengambil keputusan untuk menamatkan alam persekolahan dan tidak mahu menyambung ke satu peringkat yang lebih tinggi lagi.
            Berdasarkan kajian tentang status golongan wanita yang menetap di situ, Ahmad Bakeri mendapati 65 peratus respondan telah melansungkan perkahwinan mereka di usia belasan tahun. Manakala, 22 peratus dari respondan menberi jawapan berkahwin ketika usia 20 hingga 30 tahun. Dan hanya 6 peratus melansungkan perkahwinan ketika berumur 30 ke atas. Manakala 8 peratus respondan mengambil keputusan untuk tidak menjawab soalan tersebut. Berdasarkan kajian itu, boleh disimpulkan golongan wanita telah melansungkan perkahwinan mereka ketika tamat zaman persekolahan.
            Untuk status memiliki anak, boleh dikatakan kesemua respondan telah mempunyai anak dengan mencatatkan 96 peratus dan usia anak mereka kini adalah di antara 1 hingga 4 tahun. Manakala berdasarkan kajian tentang peluang bagi golongan wanita di tempat tersebut untuk bekerja di luar kawasan, seramai 67 peratus wanita menjawab mereka tidak menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan kerana terlibar dengan aktiviti di kampong dan hanya 27 peratus wanita telah terliat dengan pekerjaan di luar kawasan. Antara faktor utama mereka tidak bekerja di luar kawasan adalah kerana faktor buta huruf dan juga kemiskinan yang membantutkan usaha mereka.
            Berdasarkan kajian yang berteraskan tugas-tugas harian yang dilakukan oleh golongan wanita, memasak dan menjadi suri rumah sepenuh masa mendapat jawapan yang paling tinggi dan diikuti dengan penjagaan kanak-kanak. Di kawasan luar kampung, terdapat kesedaran oleh golongan wanita untuk untuk mengurangkan taraf kemiskinan seterusnya menaikkan taraf kehidupan mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi untuk mengejar kekayaan. Oleh itu, mereka telah menumpukan kejayaan anak-anak mereka dengan memberikan anak-anak mereka peluang pendidikan dengan harapan untuk mengubah nasib keluarga mereka. Antara tugasan mereka lain di rumah ialah dengan menjaga kedua-dua iu bapa mereka. Tidak seperti di bandar-bandar di mana terdapat rumah penjagaan untuk orang tua. Jenis institusi seperti itu tidak wujud di kawasan luar bandar terutama di kampung-kampung. Wanita perlu bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang tua dan sakit. Aktiviti sara diri banyak depelopori dalam makanan harian dan keperluan, kerana kebanyakan penduduk luar bandar terlibat dalam penanaman kecil-kecilan tanaman dan penternakan ayam kerana tanah kampung yang mampu untuk memenuhi pendapatan keluarga mereka.  
            Menurut keputusan yang diperolehi dengan jenis maklumat yang sangat dititikbertakan oleh golongan wanita dalam kehidupan mereka. Apabila wanita ditanya untuk menunjukkan keperluan maklumat yang dianggap penting bagi mereka untuk menjalankan kehidupan harian mereka mereka memilih kewangan atau adanya wang untuk menjadi yang paling penting. Selain membiayai responden percaya maklumat mengenai kanak-kanak, pendidikan agama, dan makanan adalah sangat penting dan sterusnya maklumat tentang kesihatan. Mereka mencatakan keputusan 82 peratus, 80 peratus, 80 peratus,71 peratus bagi kewangan, pendidikan anak-anak, agama, dan makanan manakala maklumat untukkeperluan maklumat kesihatan menerima 69%. Sekali lagi, pendidikan kanak-kanak telah dititikberatkansangat penting oleh wanita. Sebagai wanita yang berstatus penduduk luar bandar mereka tidak banyak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hal-hal luar yang tidak berkaitan daripada dengan isu-isu yang telah berlaku kampung. Oleh itu ia adalah dijangka bahawa mereka tidak terdedah kepada apa yang berlaku di luar kawasan mereka mahupun hal-hal yang berlaku melibatkan antaraangsa, sekali gus perincian yang diterima bagi isu-isu antarabangsa adalah hanya 8 peratus.          
            Kajian juga telah menunjukkan menunjukkan nilai yang dianggap sebagai sumber-sumber maklumat yang disusun mengikut tahap kepentingan yang menunjukkan bahawa media massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan radio lebih digemari oleh mereka berbanding dengan penggunaan  internet. Ini menunjukkan corak penggunaan media oleh luar bandar masyarakat terutamanya wanita yang telah ditunjukkan dalam banyak kajian dijalankan di negara-negara maju dan membangun seperti contoh hakikatnya dalam membangunkan negara-negara seperti Bangladesh dan El Salvador, media massa lazimnya digunakan untuk mempromosikan program perancangan keluarga.
            Untuk kajian sumber pilihan wanita yang digunakan untuk mencari jenis maklumat yang diperlukan untuk kehidupan harian mereka telah memfokuskan untuk mendapatkan maklumat pada pemakanan, wanita mencari malumata daripada keluarga dan rakan-rakan dan majalah sebagai utama sumber. Pada pendidikan anak-anak mereka mencari maklumat daripada keluarga dan rakan bagi. Dalam kes pengindahan dan pengubahsuaian rumah kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah daripada dari majalah. Maklumat mengenai hobi atau kegemaran yang biasa dilakukan pada waktu lapang atau senggang telah dipilih dari beberapa sumber seperti majalah, buku, keluarga, dan rakan-rakan dan televisyen atau radio. Kaum wanita bergantung kebanyakannya pada majalah untuk maklumat mengenai kesihatan. Sebagai penduduk luar bandar majalah adalah bahan rujukan utama kerana mempunyai
beberapa bahagian maklumat kesihatan. Wanita juga bergantung dengan sumber lain seperti keluarga dan rakan-rakan, surat khabar dan televisyen atau radio untuk maklumat kesihatan. Ini adalah menarik perhatian kerana wanita bergantung kepada maklumat daripada keluarga dan rakan-rakan apabila untuk mendapatkan maklumat atau pandangan yang berkaitan dengan  kepada hal-hal kewangan. Sebagai agama, dalam kes Islam, adalah satu aspek yang sangat penting untuk kehidupan kampung wanita telah menggunakan beberapa sumber untuk memperkayakan diri dengan maklumat agama. Sumber utama untuk jenis ini maklumat adalah daripada menghadiri kelas-kelas agama atau kursus dan dari keluarga dan rakan-rakan. Melengkapi sumber-sumber ini adalah ajaran agama daripada buku-buku dan agama
program yang ditawarkan oleh saluran televisyen tempatan di negara ini.
            Wanita juga memerlukan internet untuk mendapatkan suatu maklumat atau pengetahuan. Walaupun penggunaan internet adalah sangat rendah untuk golongan kaum wanita, tetapi terdapat segelintir kaum wanita yang melayari internet untuk mendapatkan maklumat untuk keperluan mereka.  Apabila wanita ditanya mengenai jenis maklumat yang diperlukan oleh mereka di Internet, mereka bertindak balas dengan mereka memerlukan maklumat mengenai pendidikan makanan dan kanak-kanak di atas senarai mereka pada 71 peratus. Ini diikuti oleh kesihatan dan maklumat kewangan pada 64.3 peratus. keputusan menunjukkan bahawa wanita akan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh didapati untuk jenis makanan dan pendidikan kanak-kanak walaupun keperluan untuk menggunakan  media elektronik untuk mendapatkan jenis ini adalah menjadi satu maklumat keperluan.
            Kaian juga menunjukkan jenis sumber maklumat yang selalu dipilih oleh wanita di Internet. Seperti yang dijangka wanita memilih Laman Web atau laman web sumber-sumber yang berkaitan untuk mencari keperluan maklumat mereka. Walau bagaimanapun, kita tidak mengharapkan wanita luar bandar untuk menggunakan forum perbincangan di Internet  segai satu sumber rujukan atau maklumat. Selain daripada Laman Web wanita juga melayari majalah dalam talian atau majalah untuk mencari keperluan maklumat mereka. Wanita dikatakan tidak menggunakan e-mel untuk berkomunikasi tentang keperluan mereka untuk maklumat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, mereka amat bersemangat atau tertarik dengan maklumat yang disampaikan melalui iklan dalam talian dan e-book.
            Sebahagian daripada mereka telah menawarkan cadangan untuk mengatasi masalah melaui pemberian dan pendedahan tentang artikel mengenai manfaat maklumat Internet, kesedaran, kesihatan, pemakanan dan sebagainya yang perlu diedarkan dari masa ke semasa. Banyak aktiviti maklumat berkaitan juga perlu dianjurkan oleh pihak berkuasa seperti  memberi kelas kesihatan, internet, pemakanan dan sebagainya secara tetap perlu dimulakan. Satu dana komuniti khas untuk program literasi IT juga disyorkan akan diperkenalkan untuk semua wanita. Dana ini akan membolehkan program literasi IT akan disertai oleh wanita miskin dan juga wanita diluar kawasan bandar. Sebuah perpustakaan, seperti perpustakaan masjid telah dicadangkan untuk dibina di kampung untuk memenuhi keperluan maklumat wanita khususnya masyarakat luar Bandar amnya. Perpustakaan harus menggabungkan perkhidmatan Internet sebagai pintu masuk ke dunia maklumat yang luas untuk wanita dan segmen lain komuniti. Perpustakaan juga boleh menganjurkan program yang berguna seperti "pergi ke perpustakaan" kempen dan lain-lain. Perkhidmatan perpustakaan bergerak yang diperkenalkan oleh Perpustakaan Negeri Selangor oleh membantu dalam mencapai semua kumpulan pengguna di kampung ini, seperti wanita dan kumpulan kurang upaya yang kebanyakan masa mereka tinggal di rumah-rumah mereka. Ini dapat membantu golongan wanita di luar kawasan Bandar untuk menambah ilmu serta pengetahuan mereka tentang sesuatau bidang. Mereka juga dapat menerokai satu alam baru untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka dan setrusnya menjadi golongan yang berpelajaran dan mampu mewujudkan budaya berdaya saing dengan pihak lain.

 PERBINCANGAN DAN PENYELESAIAN
            Berdasarkan ucapan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah Mansur,beliau percaya bahawa perniagaan asas tani dan juga pendidikan mampu untuk memperkasakan wanita luar bandar. Industry perkampungan perlu diperkembangkan lagi dengan menghasilkan produk makanan dan kraftangan menerusi galakan dan bantuan dari pihak kerajaan serta memujudkan rangkaian bekalan menyeluruh dan efficien termasuk pemasaran produk berkualiti yang akn memberikan faedah serta keuntungan kepada kaum wanita di luar Bandar. Disamping itu, perlu juga dipersediakan kepada kaum wanita di luar Bandar untuk mereka menjana ekonomi dan pendapatan yang mampan yang mampu membantu mereka untuk membolehkan mereka memulakan perniagaan sendiri, sekaligus membantu mereka untuk berdikari dari segi ekonomi.
            Beliau juga memdedahkan hawa kaum wanita seharusnya perlu untuk memanfaatan sepenuhnya kemudahan kewangan, dan mereka juga perlu untuk melengkapi diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang betul dan juga perlu belajar kemahiran menjalankan perniagaan, pemasaran, akaun asas dan juga cara melayan pelanggan dengan betul. Kerajaan dan juga sector swata harus menggembleng tenaga untuk melabur dalam infrastruktur dan teknologi untuk menjimatkan tenaga buruh dan meningkatkan produktiviti untuk meningkatkan penyertaan kaum hawa di luar bandar. Rosmah juga berkata bahawa separuh daripada 3.4 bilion orang yang tinggal di kawasan luar Bandar pada hari ini terdiri daripada wanita, dan mereka juga merupakan 43 peratus daripada tenaga buruh pertanian dari Negara-negara membangun manakala di Timur dan Asia Tenggara serta sub-Sahara, hampir 50 peratus daripada tenaga kerja pertanian adalah wanita. Manakala kerajaan Malaysia telah menyasarkan hampir 4 000 usahawan baru wanita termasuk dari kawasan luar Bandar mampu dilahirkan. Rosmah juga menambah di Malaysia, kerajaan bukan sahaja mengambil langkah untuk memperkasakan wanita di luar Bandar tetapi juga untuk membasmi kemiskinan yang membendung.
            Skop kebajikan di Malaysia sedang diperluaskan daripada hanya berdasarkan ukuran pendapatan sahaja dengan turut disertai dengan aspek kesihatan, pendidikan, nutrisi, dan juga kualiti hidup amnya. Selain itu, kekangan lain sedang dirungkai untuk mengoptimumkan dan memperkasakan wanita tehadap sector pertanian di luar Bandar. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah melancarjan satu Pelan Transformasi dengan satu daripada bidang tumpuan ialah dengan meningkatkan taraf hidup isirumah berpendapatan rendah.[1]


KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui kajian ini telah  mendedahkan keperluan maklumat dan mengkaji tingkah laku wanita yang mendiami kawasan persekitaran luar bandar Malaysia. Wanita yang disoal menyatakan bimbang dengan hal yang berkaitan dengan makanan dan pendidikan kanak-kanak. Untuk  mencari maklumat yang berkaitan dengan pendidikan dan kanak-kanak serta  pemakanan wanita menggunakan keluarga atau rakan-rakan dan  Majalah terkenal sebagai sumber utama. Apabila mencari maklumat mengenai makanan dan pendidikan kanak-kanak melalui Internet kebanyakan wanita menggunakan laman web yang relevan atau Laman Web yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Di samping itu mereka juga menggunakan talian berkala atau majalah. Secara umumnya mereka menyatakan bahawa kampung mereka kekurangan infrastruktur yang menghalang kejayaan mereka untuk mendakpatkan maklumat yang mereka perlukan. Mereka berharap bahawa pihak berkuasa akan membantu mereka dalam mengatasi masalah mereka. Mereka mencadangkan penubuhan perpustakaan masjid yang mempunyai kemudahan Internet di kampung mereka sebagai penyelesaian jangka pendek kepada masalah mereka. Dalam jangka masa panjang  perkhidmatan perpustakaan awam perlu ditubuhkan di kampung mereka oleh kerajaan untuk memenuhi pelbagai kepentingan luar bandar.



[1] http://kpwkm.bernama.com/newsBM.php?id=649838

CABARAN DAN HALANGAN MEMBANGUNKAN USAHAWAN BUMIPUTERA BERJAYA


Ditulis oleh
Noor Zalika Bt Mahmad Zuki
Januari 2013
Kedah


1.0       PENDAHULUAN

Keusahawanan di Malaysia bermula sejak awal zaman Kesultanan Melaka lagi apabila penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukar struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan ini, kaum Melayu dilantik pentadbir dan bekerja dalam sektor pertanian, kaum Cina bekerja di lombong dan berniaga, manakala kaum India pula bekerja di sektor perladangan. Hasilnya, kaum cina lebih ke hadapan dalam soal perniagaan berbanding kaum Melayu dan kaum India.

            Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia mula menyedari betapa pentingnya keusahawanan kepada kaum Individu, masyarakat dan negara dan bagaimana bidang ini menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak itu, kerajaan telah memfokuskan kepada keusahawanan sehingga sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, adalah memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan tidak hanya memberikan galakan terhadap pembangunan keusahawanan malah memberikan galakan pengiktirafan kepada keusahawanan. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang ditubuhkan pada 8 Mei 1995 berperanan sebagai agensi utama pembangunan usahawan Bumiputera. Objektif utama penubuhan kementerian ini adalah untuk menyediakan persekitaran yang dapat membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

            Namun begitu, peningkatan pendapatan kaum Bumiputera masih belum memuaskan kerana ia masih agak ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia (Norasmah, 2002). Berikutan itu, kerajaan Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kaum Bumiputera untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka. Sehingga kini dorongan dan galakan kerajaan kepada kaum Bumiputera supaya melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, terutamanya industri kecil dan sederhana, mewujudkan tindak balas yang positif.

2.0       CABARAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Seperti biasa, saban tahun negara akan bertukar pemimpin dan bertukar Belanjawan dan Pelan. Pelbagai langkah telah diambil oleh pemimpin untuk menolong kaum Bumiputera amnya, usahawan Bumiputera khususnya. Namun begitu, kaum Bumiputera masih berada di takuk lama dan hanya sedikit peningkatan kita dalam ekonomi negara.

            Bangsa Melayu terlalu leka dan mengambil mudah pembabitan dalam bidang ekonomi. Ekonomi adalah sangat penting untuk dikuasai jika kaum Bumiputera ingin terus maju. Kaum Bumiputera mempunyai kuasa beli (buying power) terbesar dalam negara ini, namun bangsa lain yang menikmatinya.

            Sebagaimana politik, kaum Bumiputera turut berdepan dengan dilema ekonomi yang rencam. Ketika kaum lain menikmati kek ekonomi negara dalam peratusan yang besar, usahawan Melayu dan bumiputera masih lagi bergelut untuk meneruskan survival.

            Kita sebenarnya tidak memerlukan statistik untuk melihat di mana kedudukan orang Melayu dan bumiputera dalam persekitaran ekonomi semasa. Meskipun merupakan kaum majoriti dan pengguna yang terbesar, namun penguasaan ekonomi kaum Melayu dan bukan Melayu jelas tidak seimbang.

            Hanya segelintir kecil sahaja usahawan Bumiputera yang terlibat dalam ekonomi kritikal dan bernilai tinggi. Selebihnya, ramai yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan yang keuntungannya tidak banyak merubah taraf hidup kaum Bumiputera itu sendiri. Kerana itu adalah penting untuk usahawan bumiputera ini terus digalakkan untuk terbabit dengan lebih aktif dalam persekitaran ekonomi semasa. Dari sudut peluang dan kemudahan misalnya, usahawan bumiputera memiliki banyak kelebihan berbanding usahawan bukan bumiputera.

2.1       Usaha Kerajaan dalam membangunkan usahawan Bumiputera

Banyak bantuan dari sudut galakan, modal, lokasi berniaga dan sebagainya disediakan sama ada secara langsung oleh kerajaan atau menerusi agensi-agensi berkaitan. Apa yang tinggal hanyalah sejauh mana keberanian usahawan Melayu dan bumiputera untuk terjun ke dunia perniagaan yang berskala besar dan bertaraf antarabangsa.

            Pelbagai perubahan dijangka akan berlaku dalam arena perniagaan di Malaysia. Menurut Norhashim (1994) perniagaan kecil di Malaysia telah meningkatkan jumlah peluang pekerjaan dan pembangunan usahawan. Di sini jelas bahawa perniagaan bersaiz kecil dan sederhana amat penting dalam menyumbang terhadap pembangunan negara. Aliran pertumbuhan ekonomi di Malaysia telah menggalakkan pembangunan industri kecil dan sederhana (IKS), walau bagaimanapun wujud ketidakseimbangan dalam pegangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Humam (1992) mendapati penduduk bukan Bumiputera telah menguasai sektor ekonomi, dan matlamat Dasar Ekonomi Baru gagal dicapai sepenuhnya (Malaysia, 2001). Walau bagaimanapun, hasil usaha kerajaan bersama dengan agensi sokongan kerajaan, pengagihan pendapatan keseluruhan di kalangan isi rumah di Malaysia telah bertambah baik dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9 (Norasmah, 2009).

            Pihak kerajaan telah melakukan berbagai usaha ke arah memupuk dan mengembangkan asas keusahawanan di kalangan bumiputera bagi melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berdaya tahan. Antaranya melalui penglibatan mereka secara langsung dan aktif dalam dunia perniagaan. Pelbagai agensi telah disediakan untuk membantu usahawan Bumiputera. Banyak tabung yang bertujuan khusus untuk membangunkan usahawan bumiputera telah ditubuhkan. Antaranya ialah Tabung Usahawan Baru, Tabung Industri Bumiputera, dan Tabung Usahawan Kecil yang semuanya bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana (Zaidatol et at. 1998).

Menurut Norasmah (2002), salah satu kementerian yang berfungsi untuk membangunkan
usahawan Bumiputera ialah Kementerian Pembangunan Usahawan. Kementerian ini bukan sahaja ingin membangunkan usahawan bumiputera tetapi ingin melahirkan usahawan yang berkualiti, berpotensi serta berupaya membentuk masyarakat Perdagangan dan Perindustrian (MPP) seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020.

3.0       HALANGAN PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA

Terdapat beberapa kelemahan usahawan seperti kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran, kekurangan pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja mahir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan pengurusan dan ketidakmampuan untuk mendapat premis perniagaan yang sesuai (Zaidatol dan Habibah, 1997). Dapatan Humam
dan rakan-rakan (1992) menunjukkan faktor yang sama juga telah menyebabkan kegagalan perniagaan iaitu pengurusan yang lemah, masalah pemasaran dan kewangan, faktor perundangan dan peraturan serta faktor peribadi dan keusahawanan.

            Walaupun sistem pendidikan secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap Bumiputera ke arah perubahan positif, masih terdapat beberapa golongan usahawan Bumiputera yang masih ketinggalan dari segi daya cipta, amalan perniagaan yang baik dan semangat bekerja yang gigih. Budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan menanggung risiko masih belum dihayati sepenuhnya oleh masyarakat peniaga Bumiputera. Usaha kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera telah banyak dilaksanakan, dan pendidikan perdagangan dan keusahawanan telah lama wujud di Malaysia (Shahril, 1993). Kementerian Pendidikan juga memainkan peranan penting mewujudkan pelapis usahawan melalui program seperti Usahawan Muda dan Briged Usahawan (Zaidatol et at. 1998).

            Sieh (1990) dalam kajiannya tentang profil usahawan Malaysia mendapati usahawan menghadapi masalah dalam bidang kewangan kerana mereka kurang pengetahuan. Pandangan yang sama diberikan oleh Timmons (1985) apabila beliau mengatakan asas pendidikan keusahawanan adalah kemahiran teknikal dan kewangan. Manakala Hess (1987) dan Kent (1990) menyarankan aspek pengurusan dan pemasaran adalah penting untuk kejayaan usahawan. Memandangkan pesatnya perkembangan keusahawanan sekarang ini, adalah penting untuk dijalankan kajian bagi mengenal pasti tahap keupayaan usahawan Bumiputera di Malaysia setelah kerajaan mempergiat usaha untuk membangunkan keusahawanan.

3.1       Kemahiran Usahawan Bumiputera

Dalam kajian yang dilakukan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pirie & Habibah Elias (2004), usahawan bumiputera mempunyai keupayaan yang tinggi dalam membentuk hubungan manusia yang baik, dan membentuk kemahiran komunikasi secara lisan dan tulisan. Dapatan tersebut menyokong pandangan Fatley (1990) dan McCannon et at. (2000) yang menyarankan komunikasi berbentuk tulisan dan lisan adalah penting dan menjadi asas kepada pembentukan kemahiran yang lain di tempat kerja. Womble et at. (2000) pula mendapati kemahiran interpersonal dan hubungan manusia merupakan sesuatu yang amat penting di tempat kerja hari ini. Zaidatol et al. (2000) juga telah mengenal pasti kepentingan kemahiran komunikasi dan hubungan manusia di tempat kerja untuk kejayaan sesuatu kerjaya.

            Mereka juga mendapati kemahiran keusahawanan dalam aspek pengurusan dimiliki oleh kebanyakan usahawan bumiputera dan keadaan ini amat bertepatan dengan pandangan Zaidatol et al. (2000) yang mengatakan bahawa perniagaan yang berjaya selalunya melibatkan beberapa kemahiran yang lain selain daripada aspek fungsian perniagaan sahaja. Luft (1986) menyarankan prinsip hubungan manusia yang diperlukan untuk kejayaan kerjaya adalah berkaitan dengan pembentukan konsep kendiri yang positif, menerima kritikan, menyelesaikan konflik, menangani perubahan, menangani diskriminasi dan prejudis dan memahami sumber nilai, nilai kendiri dan menerima nilai orang lain. Usahawan bumiputera didapati mempunyai kemahiran mengurus dan membentuk hubungan manusia yang baik sebagai kemahiran keusahawanan yang paling penting dan kedua-dua kemahiran tersebut merupakan kemahiran yang paling tinggi kebolehan usahawan melaksanakannya.

Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi kebolehan usahawan bumiputera dalam mengendalikan aspek kewangan dan pemasaran. Walaupun secara keseluruhan didapati usahawan Bumiputera telah mempunyai kelulusan dalam bidang perniagaan dan telah mengikuti kursus dalam bidang pemasaran, namun kebanyakan daripada mereka masih kurang berkeupayaan dalam melaksanakan kemahiran kewangan dan pemasaran yang mereka sendiri sedar akan kepentingannya.

Satu kajian yang dilakukan oleh Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Elias (2004) terhadap usahawan-usahawan Bumiputera yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu telah mendapati bahawa 55% usahawan Bumiputera telah pun berkecimpung dalam dunia perniagaan melebihi 10 tahun. Walaupun perniagaan mereka merupakan perniagaan kecil-kecilan (72% mempunyai pekerja kurang daripada 20 orang), mereka masih menghadapi masalah utama untuk mengutip akaun boleh terima, iaitu seramai 61% belum mampu untuk mengatasi masalah tersebut. Di samping itu juga didapati 61% kurang berkemampuan untuk menjalankan kajian pasaran, 60% belum begitu mampu menyediakan laporan kewangan dan seramai 58% kurang berkebolehan untuk menentukan arah aliran produk. Ini membimbangkan kerana kebanyakan daripada kemahiran perakaunan dan pemasaran yang dianggap penting untuk kejayaan masih lagi belum dikuasai sepenuhnya oleh usahawan Bumiputera. Apakah faktor utama yang menghasilkan keadaan ini? Dapatan juga menunjukkan hanya 26% usahawan telah berpeluang mengikuti latihan keusahawanan selama enam (6) bulan dan lebih. Kebanyakannya (57%) hanya telah berpeluang mengikuti kursus keusahawanan kurang daripada (6) bulan. Fenomena ini mungkin mempengaruhi persepsi mereka terhadap keupayaan melaksanakan kemahiran keusahawanan terutama dalam bidang pemasaran. Seramai 17% pula tidak pernah mengikuti latihan langsung dan hanya 44% pernah mengikuti kursus berbentuk perakaunan atau kewangan. Ilmu pemasaran didapati amat penting untuk usahawan bumiputera. Keputusan yang dibuat dalam aspek pemasaran selalunya mempengaruhi usaha mereka dalam merancang, menjalankan dan menguruskan perniagaannya. Usahawan Bumiputera hendaklah mengoperasikan perniagaannya berlandaskan amalan pemasaran yang betul.
Menurut Zaidatol et at. (1997) terdapat banyak syarikat yang muflis kerana pemiliknya tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam menangani keadaan pasaran yang sentiasa berubah. Tambah beliau lagi perniagaan hari ini hendaklah berorientasikan pemasaran. Syarikat yang ingin membentuk dan mengeluarkan barangan tanpa mengambil kira kemudahan dan keperluan pelanggan akan menghadapi masalah. Dengan mengambil kira perkembangan perniagaan secara global aplikasi konsep pemasaran ini perlu diberi tumpuan yang lebih.

Mengikut Drucker (1963) dua fungsi utama untuk sesebuah perniagaan ialah pemasaran dan inovasi. Pandangan ini juga disokong oleh Barnes, Pynn dan Noonam (1982) bahawa kebanyakan firma gagal setiap tahun kerana mereka tidak berupaya untuk menentukan sasaran pasaran. Ini juga dipersetujui oleh Cohen dan Reddich (1981) bahawa kegagalan sesuatu perniagaan itu adalah hasil daripada cara pemasaran yang salah. Memandangkan usahawan dalam kajian ini berskala kecil, Tootelian dan Goedeka (1985) pernah menyatakan bahawa sepatutnya mereka yang berkecimpung dalam perniagaan yang begini mendapat kelebihan dalam aspek: perkhidmatan pelanggan secara peribadi, pengetahuan tentang pelanggan dan pasaran, hubungan rapat dengan komuniti, pendekatan secara peribadi dengan pekerja dan pengurusan yang anjal. Malangnya usahawan bumiputera dalam kajian ini tidak menunjukkan ciri-ciri yang positif dalam menguasai kemahiran pemasaran walaupun situasi atau persekitaran yang disediakan mampu mengarah mereka ke arah keberkesanan yang lebih tinggi. Malahan dalam senarai sepuluh kemahiran yang paling penting mengikut persepsi usahawan hanya satu kemahiran sahaja berkaitan dengan pemasaran iaitu 'menentukan keperluan pelanggan'. Pemeringkatan yang rendah kepada aktiviti pemasaran oleh usahawan menunjukkan usahawan kurang faham dan tidak memberi tumpuan yang cukup kepada usaha pemasaran yang penting untuk kejayaan. Begitu juga dalam aspek kewangan, masalah utama usahawan Bumiputera ialah untuk mengutip akaun boleh terima. Tate (1977) juga
mendapati salah satu penyebab kepada kegagalan dalam perniagaan ialah kegagalan usahawan mengutip akaun boleh terima. Pandangan ini disokong oleh Diffley (1983) yang mendapati kemahiran 'mengutip akaun boleh terima merupakan kemahiran yang paling penting untuk usahawan di Kansas. Aspek lain yang ketara pentingnya dalam pengendalian perniagaan adalah pengurusan kewangan, belanjawan dan penyediaan penyata aliran tunai.

Kesemua kemahiran ini amat diperlukan tetapi usahawan Bumiputera tidak mempunyai keupayaan yang tinggi dalam hal ini. Kemahiran-kemahiran ini adalah penting untuk menjamin kejayaan sesebuah perniagaan (Kiesner 1990). Kepentingan kemahiran pemasaran dan kewangan ini tidak dapat dinafikan lagi. Beberapa kajian lepas seperti oleh Mc Ewen (1990), Hess (1987) dan Clouse (1990) telah merumuskan bahawa kedua-dua aspek ini berkait rapat. Misalnya Clouse (1990) menyatakan bahawa kepentingan membuat keputusan dalam pemasaran adalah amat tinggi bagi seseorang usahawan. Beliau juga menekankan kepentingan aspek kewangan terutama untuk memahami aliran tunai dan menganalisis untung dan rugi. Manakala Hess (1987) pula menyatakan aspek jualan dan pemasaran mendahului senarai utama tugas seseorang usahawan diikuti oleh kemahiran pengurusan kewangan. Kohn (1985) pula percaya kegagalan perniagaan itu disebabkan oleh kurang pengalaman usahawan dalam pengurusan, usahawan tidak kompeten, kekurangan modal, strategi pemasaran yang salah, serta rekod dan prosedur perakaunan yang tidak lengkap.

Memandangkan seramai 92% usahawan Bumiputera merasakan latihan keusahawanan adalah penting, dan mereka telah mula sedar akan kepentingan sesuatu kemahiran tertentu maka adalah lebih baik sekiranya mereka diberi peluang sewajarnya untuk mengikuti program latihan dan pembangunan usahawan yang sempurna. Program latihan itu perlulah bukan sekadar pendedahan sahaja tetapi mempelajari selok-beloknya. Program latihan keusahawanan ini perlu diubahsuai pelaksanaannya seperti menggunakan kaedah berbentuk pengalaman atau 'experiential' dan berorientasikan tindakan untuk menepati keperluan dan kehendak spesifik usahawan bagi menjadikan seseorang itu bertambah maju dan tidak ketinggalan dalam segala bidang. Kaedah ini penting kerana untuk mempelajari aspek perakaunan yang spesifik adalah lebih sukar jika kaedah yang digunakan tidak tepat. Ini semua akan dapat membantu mengecilkan jurang jumlah usahawan berjaya dan yang gagal. Seharusnya kemahiran keusahawanan yang penting dan perlu dikuasai dapat dipelajari secara formal atau tidak formal sebelum mula menceburkan diri lagi. Kemahiran tersebut dapat dipertingkatkan penguasaannya secara beransur-ansur setelah berkecimpung dalam dunia perniagaan.

4.0       CABARAN-CABARAN YANG AKAN DIHADAPI OLEH USAHAWAN BUMIPUTERA DI ABAD KE-21

Keusahawanan akan menjadi lebih kompleks pada abad ini dan berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lebih besar. Cabaran merupakan elemen yang penting bagi usahawan untuk mengetahui tahap kemajuan don kemampuan mereka di dalam mengurus perniagaan. Cabaran yang dapat diatasi dengan baik merupakan suatu kejayaan. Antara cabaran yang akan memberi pengaruh yang signifikan kepada usahawan adalah seperti yang berikut:

(a) Kepelbagaian Tenaga Kerja

Tenaga kerja dalam perniagaan hari ini adalah lebih heterogen dan pelbagai dan segi jantina, bangsa, etnik, dan budaya. Terdapat juga tenaga kerja yang telah berumur dan yang tidak sempurna sifat. Akibatnya, usahawan perlu menyesuaikan aktiviti, struktur dan jangkaan kumpulan serta individu dengan kepelbagaian gaya, sikap, latar belakang keluarga. keperluan, budaya, dan harapan yang berlainan. Mengenal pasti dan menghormati perbezaan-perbezaan ini akan menjamin pekerja untuk kekal dalam sesebuah syarikat. Usahawan oleh mengiktiraf perbezaan yang wujud dan pada masa yang sama mengambil faedah dengan mencungkil setiap potensi yang ada hasil daripada perbezaan ini untuk kebaikan syarikat.

(b) Kesetiaan Pekerja yang Menurun

Persaingan secara global mendesak usahawan untuk menyingkirkan polisi tradisionalnya yang melayani pekerja sama dengan faktor pengeluaran yang lain. Jika pekerja merasakan mereka tidak dilindungi dan dihormati dengan sendirinya kesetiaan mereka terhadap perniagaan dan syarikat akan menurun. Hal ini adalah kerana pekerja hari ini mempunyai pelbagai jenis pilihan pekerjaan terutama di kalangan pekerja-pekerja yang berilmu atau pun “knowledge workers’.

(c) Kekangan Tenaga Buruh

Penurunan dalam kadar kesuburan seluruh dunia terutamanya di negara-negara perindustrian menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh. Usahawan terpaksa mengambil tenaga buruh di kalangan wanita dan mereka yang relah pencen. Kekurangan tenaga buruh menyebabkan permintaan terhadap mereka meningkat dan seterusnya meningkatkan kos pembayaran gaji, elaun. insurans. dan lain-lain faedah tambahan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat.

(d) Kekurangan Pekerja yang Berkemahiran

Kebanyakan pekerja dalam pasaran didapati kekurangan kemahiran ikhtisas yang dikehendaki oleh majikan. Oleh itu majikan terpaksa memberi latihan terlebih dahulu sebaik sahaja mereka ini diterima bekerja.

(e) Peningkatan Kualiti yang Berterusan

Usahawan perlu memberi tumpuan yang lebih kepada isu ini memandangkan masyarakat mahukan produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan jumlah wang yang dibelanjakan. Oleh itu. usahawan harus mengutamakan kepuasan pelanggan melalui peningkatan kualiti yang berterusan yang membolehkan syarikat memenuhi cita rasa semasa pelanggan untuk terus bersaing dalam pasaran.




(f) Peningkatan Kemahiran Di Kalangan Pekerja

Usahawan perlu sedar betapa pentingnya kemahiran yang dimiliki pekerja kepada perniagaan. Perniagaan akan sukar berkembang tanpa peningkatan kemahiran yang dimiliki oleh pekerja. Memandangkan kepesatan perkembangan teknologi hari ini. majikan harus mengemaskinikan kemahiran. Kepakaran dan kebolehan pekerja untuk menghadapi cabaran pesaing agar memiliki kelebihan yang kompetitif.

(g) Gerak Balas Terhadap Globalisasi

Perniagaan hari ini tidak lagi beroperasi dalam lingkungan sempadan fizikal yang trhad. Ada tenaga kerja yang akan ditugaskan ke luar negara. Mereka perlu didedahkan kepada perbezaan keperluan, aspirasi. sikap, budaya, dan personaliti yang bakal dihadapi apabila berada di negara berkenaan. Pada masa yang sama, terdapat pekerja asing yang akan diambil bekerja oleh usahawan. Adalah menjadi tanggungjawab usahawan untuk menangani pengaruh globalisasi dengan menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan hormat-menghormati untuk kebaikan bersama.

(h) Memperkasakan Pekerja

Kejayaan perniagaan juga bergantung kepada kesediaan usahawan untuk memperkasakan kerja kepada pekerja mereka. Mereka pen. melibatkan pekerja dalam membuat sesuatu keputusan. Mereka juga perlu berperanan sebagai pembimbing, penasihat, penaja, dar pemudahcara. Oleh itu, kebebasan perlu diberikan kepada pekerja terutama mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengar penjadualan masa bertugas, prosedur dan membuat keputusan berkaitan dengan kerja yang dipertanggungjawabkan. Usahawan perlu menerima hakikat bahawa pekerja merupakan orang yang paling mengetahui mengenai kerja yang mereka lakukan dan mereka juga aset paling berharga kepada syarikat.


(i) Menggalakkan Perubahan Dan Inovasi

Usahawan perlu menyedari bahawa setiap pekerja mempunyai bakat yang tersendiri. Oleh itu, usahawan perlu memberi kesempatan kepada pekerja menyelesaikan tugas dengan menggunakan kreativiti. imaginasi, dan inovasi mereka sendiri. Oleh itu, usahawan perlu lebih fleksibel dan menumpukan kepada pencapaian hasil yang maksimum. Usahawan juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam perkara yang remeh-temeh yang boleh menjejaskan tumpuan terhadap kerja-keria mereka.

(j) Kesementaraan

Usahawan dan keusahawanan sentiasa terdedah kepada perubahan. Perubahan merupakan kemestian dalam perniagaan. Pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja tertakluk kepada perubahan. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki hari ini akan usang pada masa hadapan. Oleh itu, mereka perlu mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja. Usahawan juga hendaklah bersedia merubah teknologi pengeluaran dan struktur perniagaan. Pada masa yang sama, mereka hendaklah melakukan pemindahan paradigma sama ada di kalangan pekerja atau din mereka sendiri dengan membebaskan diri daripada ikatan status quo, bangga dengan kejayaan lalu, dan selesa dengan pencapaian semasa.

            Seterusnya jika pada masa lalu pekerja merasakan selamat dengan pekerjaan yang mereka lakukan. tetapi mungkin tidak pada masa kini. Mereka dicabar oleh pekerja yang lebih mahir, pengecilan perniagaan dan kejenteraan semula syarikat. Keadaan ini menyebabkan usahawan perlu bersikap lebih fleksibel, spontan dan peka terhadap perkara-perkara di luar ramalan yang mungkin berlaku.

(k) Membangunkan Perilaku Beretika

Dalam keghairahan untuk meningkatkan produktiviti. persaingan dan penurunan kos pengeluaran, usahawan mungkin terdedah ke arah mengeksploitasi pekerja, tidak mematuhi undang-undang dan melakukan amalan-amalan di luar batasan moral. Usahawan gagal mendefinisikan perilaku yang betul dan yang salah. Usahawan terpaksa berhadapan di antara penumpuan kepada kebajikan “konstituen” dengan penumpuan kepada keuntungan perniagaan. Mereka juga menghadapi dilema ‘promoter’, dilema ‘innovator dan dilema “relational”. Suasana ni memerlukan usahawan untuk membina garis pemisah di antara yang hak dan yang batil dalam setiap keputusan dan tindakan yang akan diambil.

5.0       USAHAWAN BUMIPUTERA DAN STRATEGI MENGHADAPI  CABARAN

Menyedari pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi. usahawan perlu bersiap sedia untuk menyusun strategi yang lebih signifikan. Antara strategi yang sepatutnya dilakukan oleh usahawan adalah:

(a) Strategi Sejagat

Usahawan perlu memahami perubahan pasaran dunia dengan berfikiran secara sejagat. Mereka seharusnya dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan secara unik dan bertindak cepat untuk mengeksploitasikan peluang-peluang itu. Mereka perlu menguasai persekitaran perniagaan secara strategik dengan memastikan mendahului strategi yang diambil oleh pesaing mereka.

(b) Kemahiran Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat

Usahawan hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang pesat berlaku sama ada dalam bidang pengeluaran, pembangunan produk. pembungkusan, pemasaran dan penumpuan kepada kualiti. Mereka harus mementingkan fungsi teknologi maklumat untuk bersaing dalam perniagaan.


(c) Mengutamakan Jaringan

Mereka hendaklah juga perlu tahu bagaimana hendak mengurangkan lapisan prosedur dan segala bentuk birokrasi. Usahawan perlu mempunyai kemahiran untuk membina jambatan atau jaringan dengan tokoh-tokoh utama dan kalangan pelbagai I atar belakang dalam perniagaan untuk mewujudkan kerjasama dan memastikan mereka sentiasa berada dalam situasi menang-menang atau win-win situation”. Mereka perlu ingat bahawa dalam dunia keusahawanan ini bukannya apa yang diketahui oleh usahawan yang akan menentukan kejayaan mereka tetapi siapa yang mereka Renal mempunyai pengaruh yang lebih signifikan terhadap perniagaan mereka.

(d) Berperanan Sebagai Pemimpin dan Pendorong

Usahawan pada masa depan juga perlu mengetahui kedinamikan kumpulan dan sensitif terhadap keperluan mereka. Mereka harus berkebolehan untuk membimbing, mendorong, menasihati dan tahu bila (when), apa (what) dan bagaimana (how) untuk memberi arahan kepada pasukan kerja dan individu agar mereka mampu memberi sumbangan yang terbaik. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mengetahui kepentingan teknik pengurusan secara penglibatan bersama selain membangunkan pasukan pengurusan kendiri.

(e) Kepakaran Berkomunikasi

Usahawan Juga berperanan sebagai penghubung yang berkesan. Kepakaran ini penting kerana mereka akan berhadapan dengan pekerja yang mempunyai kepelbagaian latar belakang. Pada masa yang sama. mereka juga perlu berhadapan dengan pembekal, pelanggan, komuniti dan pemimpin kerajaan yang mana setiap di antara mereka mempunyai agenda dan pengharapan yang tersendiri terhadap usahawan.



6.0       RUMUSAN DAN CADANGAN

Peluang untuk mengikuti latihan perlu ditingkatkan terutama untuk mempelajari dengan mendalam aspek kewangan dan pemasaran yang dianggap penting untuk terus berjaya. Pendidikan yang diterima masih belum mencukupi. Walaupun usahawan Bumiputera telah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara amnya kemahiran keusahawanan mereka tidak tinggi tetapi bertaraf sederhana sahaja. Ini menggambarkan bahawa pengalaman sahaja tidak memadai dalam meningkatkan pengetahuan usahawan.

            Pengalaman dan pendidikan yang dipunyai oleh usahawan Bumiputera tidak menjamin pertambahan ilmu dalam mengendalikan perniagaan mereka secara berkesan. Ini terbukti apabila didapati lebih 50% usahawan tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan kemahiran yang dianggap 'routine' dalam menjalankan sesebuah perniagaan. Keberkesanan agensi yang menyediakan program dan pakej latihan keusahawanan terutama yang melatih usahawan perlu dikemas kini dan dinilai. Memandangkan 92% merasakan latihan keusahawanan ini penting untuk mereka maka pelaksanaan dari segi kaedah penyampaian dalam program pembangunan usahawan hendaklah berbentuk 'experiential' dan berorientasi tindakan. Usahawan Bumiputera hendaklah mengubah sikap supaya sentiasa menambah usaha dan kesanggupan untuk mengemas kini ilmu pengetahuan dalam bidang kewangan dan pemasaran. Walaupun bidang ini sukar dipelajari, keinginan untuk menguasainya hendaklah sentiasa dipupuk. Di samping menambah usaha mempertingkat ilmu pengetahuan bercorak teknikal, usaha untuk membentuk sikap dan personaliti usahawan yang unggul hendaklah diberi pertimbangan terutama bagi melengkapkan diri dengan ciri-ciri keusahawanan yang penting untuk kejayaan.






RUJUKAN

Barnes, J. G., G. A. Pynn Dan A. C. Noonan. (1982). Marketing research: some basics for small business. Journal of Small Business Management 20 July: 63.

Clouse, V. (1990). A Controlled Experiment Relating Entrepreneurial Education To Students Start-Up Decision. Journal Of Small Business Management 22(2): 26-31.

Cohen, W. Dan M. Reddick. (1981). Successful Marketing For Small Business. New York: American Management Association 2.

Diffley, J. H. (1983). A Study Of Women Business Owners And The Importance Of Selected
Entrepreneurial Competencies Related To Educational Programs. Dissertation Abstract International 43: 180.

Drucker P.F. (1963). What Is A Business? Marketing And Advertising. P. 9. New York: Mcgraw Hill. Flatley, M. E. 1990. Team Presentation Skills: Essential Tools Today. Business Education Forum 45(2): 19-21.

Hess, D. W. (1987). Relevance Of Small Business Courses To Management Needs. Journal Of Small Business Management 25(1): 26-34.

Ibrahim, A. B. (1986). Perceived Courses Of Success In Small Business. American Journal Of Small Business 11(2): 41-49.

Ken, C. A. (1990). Integrating Entrepreneurship In The Secondary Curriculum: Economics And Other Courses. Dalam Entrepreneurship Education, Disunting Oleh C. A. Kent. Connecticut: Quorum Book.

Kresner, W. F. (1990). Post-Secondary Entrepreneurship Education For The Practicing Venture-Initiator. Dalam Entrepreneurship Education: Current Development, Future Direction. New York: Quorum Books.

Kohns, D. P. (1985). Entrepreneurship - An Mde Educational Opportunity. Marketing Educators News 3: 10-19.

Luff, R. L. Dan J. L. Schoen. (1986). Non Technical Business Employment Competencies In Illinois. The Delta Pi Epsilon Journal Xxxviii(3): 167-157.

Mc Cannon, M. Dan T. B. Crews. (2000). The Top Five Communication Skills Needed By Information System Graduates. The Delta Pi Epsilon Journal Xxxxi(4): 246-250.


Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan (Rmke8) 2001-2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Mc Evi'en, T. (1990). Validation Of Competencies For Entrepreneurship Education And Training In Jamaica. Dissertation Abstract International 51: 3828a.

Norasmah Othman. (2002). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja Di Sekolah Menengah. Disertasi Ph.D, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Norhashim Nordin. (1994). Towards Strengthening Smis. The Bank Pembangunan Perspective. Kertas Kerja Dibentangkan Di 1st National Conference For Smis, Kuala Lumpur, Malaysia.

Shahril Marzuki. (1993). Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Sieh Lee Mel Ling. 1990. Malaysian Industrial And Entrepreneur Profile. Malaysian Management Review 25(2): 3-10.

Tate, C. (1977). The Complete Guide To Your Own Business. Iii. Homewood.

Timmons J. A., L. E. Smollen Dan A. L. M. Dingee. (1985). New Venture Creation. Edisi Kedua. Homewood, Illinois: Irwin.

Tootelian, D. Dan R. Gaedeke. (1985). Small Business Management. Edisi Kedua. Gienview: Scott, Foresman.

Tropman, J. E. (1989). Entrepreneurial Systems For The 1990s. Connecticut: Glenwood Press.


Wouble, M. N., J. E. Adams Dan W. L. S. Gohdes. (2000). Business And Marketing Education Program In Georgia: Focus Groups Executive Issues For Program Reform. The Delta Pi Epsilon Journal Xxxxii(I): 38-57.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1993). Preparation And Training Needs Of Teachers To Teach Entrepreneurship In Vocational Programs. Pertanika J Soc. Sci. Hum. 1(2): 123-132.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Dan Zakaria Kasa. (2000). Professional Traits Needed For Career Success: How It Relates To Education Of Future Workers. Journal Psikologi 14: 75-86.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Mohd. Majid Konting, Ab. Rahim Bakar Dan A. Genevieve. (1998). Dasar Dan Strategi Program Peningkatan Keberkesanan Pendidikan Keusahawanan Untuk Abad Ke 21. Kertas Kerja Yang Dibentangkan Di Seminar Pendidikan Keusahawanan: Pendidikan Keusahawanan Abad Ke-21. Selangor: Upm, Serdang.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Dan Habibah. (1997). Keusahawanan Dan Motivasi Diri. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Besday Aku

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)