Sunday, December 15, 2013

BERMAIN SEBAGAI PEDAGOGI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK



Ditulis 
Noor Zalika Bt Mahmad Zuki
2013

Aktiviti bermain dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Senaraikan enam (6) peringkat main dalam perkembangan sosial yang diperkenalkan oleh Parten dan cadangkan empat (4) aktiviti yang dapat membantu perkembangan soaial kanak-kanak.

PENDAHULUAN
Definisi Bermain
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa dunia kanak-kanak adalah bermain. Melalui aktiviti bermain inilah kanak-kanak bebas meneroka dan menjelajah kerana kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi.
Melalui bermain juga kanak-kanak dapat mengembangkan seluruh aspek perkembangannya. Kanak-kanak dapat melatih kemampuan fizikal, mengawal emosi dan sosial serta kognitifnya. Melalui aktiviti bermain juga kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran bersosial.
Definisi Pedagogi
Pedagogi bermaksud belajar melalui bermain yang dapat meningkatkan perkembangan menyeluruh untuk kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelek dan estetika.
Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak kepada pengalaman sebenar secara langsung. Kanak-kanak berpeluang dan boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambah kepekaan dalam interaksi serta memiliki kebolehan menganalisis sesuatu situasi secara objektif.
Kelebihan pedagogi adalah memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan kemampuan mereka kerana melalui bermain kanak-kanak dapat mengasah bakat, kebolehan dan kelebihan yang mereka ada.


Pedagogi juga dikenali sebagai ‘konstruktivis-sosial’ (Bronfenbrenner,1979) dimana kanak-kanak belajar daripada satu sama lain di dalam persekitaran sosial yang dirancang mengikut minat dan kebolehan kanak-kanak.

Enam peringkat kategori main Parten
Terdapat enam kategori main yang diperkenalkan oleh Parten iaitu :
1)      Main ‘Unoccupied’
2)      Main Memerhati
3)      Main ‘Solitery’
4)      Main ‘Parallel’
5)      Main ‘Associative’
6)      Main ‘Cooperative’

Main ‘Unoccupied’
Main ‘Unoccupied’ ialah dimana kanak-kanak hanya duduk diam dan memerhati apa yang menarik perhatiannya. Kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang aksi, tidak ada kawan serta tidak memiliki alat permainan.
Main Memerhati
Di peringkat main memerhati ini, kanak-kanak hanya memerhati kanak-kanak lain sedang bermain serta tidak lagi berinteraksi antara satu sama lain.
Main ‘Solitary’
Main ‘Solitary’ ialah kanak-kanak di peringkat ini masih lagi tidak berinteraksi dengan kanak-kanak lain tetapi mempunyai alat permainan untuk digunakan dan hanya bermain sendirian.


Main ‘Parallel’
Pada peringkat main ‘Parallel’ ini, kanak-kanak bermain secara meniru kanak-kanak lain yang bermain dengan menggunakan alatan mainan yang serupa tetapi bermain sendirian dan masih tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Main ‘Associative’
Di peringkat main ‘Associative’ ini pula, kanak-kanak mula mahu berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak boleh bermain bersama dengan menggunakan alatan mainan mereka sendiri dan tidak berkongsi.
Main ‘Cooperative’
Di peringkat main ‘Cooperative’, kanak-kanak sudah mula bermain bersama-sama di dalam kumpulan dan boleh bekerjasama antara satu sama lain.












Aktiviti 1        :           Main Doh
Main ‘Unoccupied’
Adam hanya memerhati Mimie,Elisya,Zawir dan Sarah mengambil doh yang telah disediakan oleh pendidik di salah satu sudut pembelajaran.
Main Memerhati
Adam terus memerhati rakan-rakannya yang lain sedang bermain tanpa ingin menyertai mereka.
Main ‘Solitary’
Adam masih lagi tidak menyertai rakan-rakannya yang lain. Zawir telah memberi kepada Adam satu doh berwarna merah.Adam hanya bermain doh tersebut sendirian.
Main ‘Parallel’
Adam bermain doh tersebut sendirian dan masih tidak menyertai rakan-rakannya.Adam meniru perlakuan yang dilakukan oleh Zawir. Apabila Zawir membuat doh berbentuk bulat, Adam juga akan membuat doh berbentuk bulat.
Main ‘Associative’
Adam mula berminat untuk menyertai rakan-rakannya. Adam dan rakan-rakannya bermain doh bersama-sama tetapi hanya menggunakan doh mereka sendiri sahaja.
Main ‘Cooperative’
Adam sudah boleh menyesuaikan diri apabila berada bersama rakan-rakannya. Adam dan rakan-rakannya sudah boleh berkongsi doh mereka yang berbagai warna. Adam dan rakan-rakannya bermain dengan gembira.



Aktiviti 2        :           Main Basikal
Main ‘Unoccupied’
Pendidik membawa kanak-kanak berkumpul di sudut aktiviti. Pendidik menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti mengayuh basikal. Pendidik menggalakkan kanak-kanak mengambil basikal untuk bermain. Semua kanak-kanak telah mengambil basikal dan bermain namun Sarah hanya memerhati rakan-rakannya tanpa sebarang aksi.
Main Memerhati
Sarah hanya berdiri dan memerhati semua rakan-rakannya yang lain sedang mengayuh basikal.
Main ‘Solitary’
Sarah masih juga memerhati rakan-rakannya yang lain mengayuh basikal. Sarah berjalan menuju kea rah sebuah basikal dan menaiki basikal tersebut. Sarah hanya bermain sendirian tanpa menyertai rakan-rakannya yang lain.
Main ‘Parallel’
Sarah meniru perbuatan Aina yang sedang mengayuh basikal secara berpusing-pusing. Tanpa menyertai rakan-rakannya, Sarah mengayuh basikal dengan berpusing-pusing di tempatnya sendirian.
Main ‘Associative’
Sarah mula mengayuh basikal menuju kearah rakan-rakannya.Sarah sudah mula berminat untuk menyertai rakan-rakannya. Sarah dan rakan-rakannya bermain bersama-sama dengan menaiki basikal masing-masing.
Main ‘Cooperative’
Sarah mengajak Aina untuk menunggang basikal bersamanya. Sarah bermain bersama rakan-rakannya dengan berkongsi basikal dan bermain dengan gembira bersama-sama.

Aktiviti 3        :           Main Masak-masak
Main ‘Unoccupied’
Mimie duduk seorang diri memerhati keadaan yang dapat menarik perhatian disekelilingnya.
Main Memerhati
Mimie hanya memerhati Eisya, Aina dan Nini bermain masak-masak di sudut main peranan.
Main ‘Solitary’
Mimie mengambil kuali dan sudu kecil lalu bermain seorang diri tanpa menyertai rakan-rakannya yang lain.
Main ‘Parallel’
Mimie memerhati Eisya bermain dan meniru perbuatan yang Eisya lakukan. Apabila Eisya memutarkan sudu di dalam kuali, Mimie juga akan melakukan hal yang sama sebagaimana yang dilakukan oleh Eisya tanpa menyertai rakannya itu.
Main ‘Associative’
Mimie mula menyertai Eisya dan rakan-rakannya yang lain bermain. Mereka bermain dengan alat permainan masak-masak sendiri tanpa berkongsi.
Main ‘Cooperative’
Mimie dan rakan-rakannya bermain bersama-sama. Mereka berkongsi alat permainan masak-masak dan bermain dengan gembira.





Aktiviti 4        :           Main Pasir
Main ‘Unoccupied’
Semasa aktiviti bermain pasir, Alif hanya berdiri melihat rakan-rakannya yang lain bermain.
Main Memerhati
Alif memerhati Zawir, Adam dan rakan-rakan yang lain bermain pasir.
Main ‘Solitary’
Alif bermain seorang diri tanpa menyertai rakan-rakannya. Alif mengorek pasir dengan menggunakan penyedok.
Main ‘Parallel’
Alif melihat Zawir bermain dan meniru apa yang di lakukan oleh Zawir. Zawir memasukkan pasir ke dalam bekas menggunakan tangan dan Alif meniru perlakuan tersebut dengan memasukkan pasir ke dalam bekas juga dengan menggunakan tangan.
Main ‘Associative’
Alif menyertai Zawir dan rakan-rakannya yang lain bermain. Mereka bermain pasir menggunakan alat mainan masing-masing.
Main ‘Cooperative’
Alif dan rakan-rakannya boleh bermain bersama-sama. Alif dan rakan-rakannya saling berkongsi alat mainan dan berkerjasama membina istana pasir. Mereka bermain bersama dengan gembira.





Penutup
Pendidik, ibubapa, guru dan komuniti harus memainkan peranan penting dengan menyediakan persekitaran yang efektif dan bersesuaian dengan bertujuan untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Pendidik berperanan untuk mengenalpasti kebolehan kanak-kanak di bawah jagaannya kerana setiap kanak-kanak mempunyai semua kecerdasan tetapi dalam kadar dan kekuatan yang berbeza-beza.Aktiviti yang sesuai dapat dirancang dengan teliti sekiranya pendidik memahami keperluan, kemampuan, kekurangan serta kebolehan seseorang kanak-kanak.
Maka, seharusnya kita memberikan kesempatan kepada semua kanak-kanak untuk bermain walaupun dalam proses pembelajaran. Dunia kanak-kanak adalah bermain, melalui bermain potensi kanak-kanak dapat dikembangkan dengan seoptima mungkin.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)