Sunday, March 24, 2013

PENSWASTAAN PEMBUANGAN SAMPAH (PBT)

Ditulis Oleh
Norazlan Bin Yusof
Disember 2012
Kedah
PENGENALAN
            Dasar Kependudukan 70 juta yang telah dilancarkan oleh mantan Tun Dr. Mahathir Mohammad  pada tahun 1982 telah menunjukkan kerajaan begitu komitmen terhadap sosio-ekonomi negara menuju negara maju, justeru itu secara tidak langsung negara Malaysia akan mempunyai kepadatan penduduk yang berbilang kaum selari dengan wawasan 2020. Menurut Laporan Pembangunan Dunia (World Development Repot) telah menunjukkan pertumbuhan penduduk Malaysia dalam 2.0% setahun (1980-2000), dengan kepadatan penduduk ini secara tidak langsung akan wujud  masalah pengurusan sisa pepejal bagi pihak penduduk Malaysia disebabkan kepadatan khususnya kawasan-kawasan sekitar Bandar.
            Berdasarkan [1]perlembagaan persekutuan  perkara 95A, telah memberi kuasa kepada kerajaan tempatan dalam menguruskan sisa pepejal terutamanya di kawasan bandar di Malaysia, oleh itu bagi menjayakan matlamat dasar kerajaan yang telah dirangka tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi dasar penswastaan yang telah dibuat pada 1983 bagi penglibatan sektor-sektor swasta dalam  memercu kemajuan bersama di dalam negara. Ini menunjukkan  kerajaan tempatan  seperti Majlis Bandaran dan Majlis Bandaran dan Majlis Daerah  memain peranan dalam penswastaan sisa pepejal bagi menjamin keberkesanan pengurusan yang dilakukan oleh pihak swasta untuk kesejahteraan penduduk Malaysia.
            Menurut [2]Seow Ta Wee, menyatakan di dalam polisi pengurusan pepejal kebangsaan bahawa satu pelan diwujudkan  iaitu Action Plan For a Beautiful and Clean Malaysia (ABC) pada tahun 1998 menunjukan kerjasama pihak kerajaan tempatan iaitu Majlis Bandaran dan Majlis Daerah bersama-sama sektor swasta dalam menguruskan sisa pepejal ini. Oleh demikian pengurusan sisa pepejal ini telah diambil –alih pihak swasta dalam pengurusan menguruskan sisa pepejal yang terdapat di Bandar-bandar di Malaysia mahupun penduduk tempatan.

 KUPASAN ISU SEMASA
            Isu masalah-masalah alam sekitar yang berlaku di sekeliling masyarakat pada tahun 1998 telah membawa satu kesedaran kepada masyarakat untuk peka akan pengurusan tersebut. Dengan masalah yang wujud ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pihak kerajaan dalam menangani masalah  ini. Oleh itu, pihak kerajaan sedar masalah ini tidak akan selesai jika pengurusan pepejal ini terus berlarutan tanpa mengambil insitif jalan penyelesaian ini.
            Keadaan semasa pada ketika itu dimana pengurusan tersebut yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada permulaanya telah diubah haluan kepada Kerajaan Persekutuan. Sekitar 2007, satu akta telah diwartakan oleh Kerajaan Persekutuan setelah membuat pemantauan dan analisa semasa. Akta 672 yang mewartakan akan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.
            Kuasa esekutif yang dimanopoli oleh Kerajaan Persekutuan untuk memegang mandat pengurusan hal tersebut di tumpukan sekitar Semenanjung Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
            Pengurusan mengurus sisa pepejal tersebut yang menekankan aspek-aspek penting di dalam kehidupan dimana seperti pemuliharaan, ekonomi, serta kesedaran awam terhadap persekitaran. Pengurusan tersebut mengambil berat daripada kaedah permulaan iaitu kaedah penjanaan sehinggalah ke proses akhir iaitu pelupusan sisa pepejal tersebut.
            Namun, setelah beberapa ketika berjalan keadaan tersebut, Kerajaan Persekutuan telah mengambil kata sepakat bagi membuat penawaran kepada mana-mana syarikat swasta untuk mengambil alih akan pengurusan tersebut. Perkara tersebut bakal mengubah status pengurusan perkara tersebut daripada pengurusan dibawah seliaan kerajaan tempatan  kepada pihak persendirian atau pihak swasta. Dengan tumpuan ini, matlamat utama adalah secara tidak langsung dapat memberi jalan penyelesaian dalam masa jangka panjang terhadap isu pembuangan sisa pepejal tersebut. Dengan penswastaan keatas pengurusan pepejal tersebut yang telah dibuat oleh pihak kerajaan secara tidak langsung dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada perkara yang lebih penting. Oleh itu, peranan pihak swasta dalam pengurusan pepejal ini mampu memberi impak yang besar kepada negara Malaysia.
            Penawaran tersebut telah disambut baik oleh sebahagian pihak swasta yang akhirnya telah membawa penukaran keadaan atas termenterai perjanjian di antara pihak Kerajaan dan 3 buah syarikat swasta yang masing-masing mewakili negeri di 3 buah kawasan, iaitu Utara, Selatan serta Timur Malaysia.
            Termenterai penawaran tersebut telah digariskan oleh Kerajaan untuk tidak mendatangkan kesan kepada mana-mana pihak terutamanya orang ramai ataupun awam. Dengan perjanjian yang telah dibuat diantara pihak kerajaan dengan pihak swasta menunjukkan bahawa kerajaan begitu komitmen untuk mengatasi masalah pengurusan pepejal tersebut yang berlarutan sehingga kini.

 MENGAPA ISU TERSEBUT BERLAKU?        
i)                    Meningkatkan isu kualiti perkhidmatan.
            Antara objektif utama yang diwar-warkan Kerajaan adalah untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang disediakan kepada orang awam. Hal tersebut adalah rentetan daripada suasana perkhidmatan yang kurang memuaskan.
            Seperti yang diungkapkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada [3]Berita Bernama, “Melalui langkah ini, kita akan dapat meningkatkan kebersanan aktiviti kawal selia dan kualiti perkhidmatan kutipan sisa pepejal ke tahap yang lebih baik dan mencapai piawaian peringkat global”.
            Hal ini berikutan muhasabah kembali daripada pengurusan dibawah seliaan pihak sebelum itu, iaitu Pihak Berkuasa tempatan yang kurang proaktif dalam mengendali pengurusan.    
            Analisa daripada kajian lepas menyatakan sebahagian besar permasalah yang perlu di laksanakan serta diurus keatas sisa pepejal tersebut telah diselesaikan secara melulu tanpa mempunyai panduan atau pantauan daripada mana-mana pihak atau garis panduan.
ii)                  Kekurangan maklumat dan pengurusan sisa pepejal
Masalah yang agak kronik melanda ketika di bawah seliaan sebelum pihak swasta adalah sumber maklumat bagi mengetahui maklumat berkaitan mengurus sisa-sisa pepejal tersebut. Pihak yang menyelia tersebut mempunyai kelemahan yang agak ketara dari sudut untuk mengetahui intipati masalah serta maklumat akan bahan-bahan sisa pepejal tersebut.
iii)                Tenaga kerja yang tidak mencukupi serta tidak cekap.
Dibawah seliaan sebelum berlaku penswastaan, keadaan tenaga kerja bagi menyeliakan proses-proses tersebut menghadapi kekurangan sumber tenaga kerja.
         Menurut Timbalan perdana Menteri lagi, kuantiti sisa pepejal meningkat naik setiap hari ke sehari sehingga kini mencecah hampir 27,000 tan sehari.
           Oleh yang demikian, tenaga kerja bagi mengurus hal tersebut adalah wajar dengan bilangan tenaga kerja yang besar juga. Kekurangan dari sudut bilangan tenaga kerja telah merencatkan proses pengurusan tersebut.
        Menurut laporan daripada Banci Ekonomi 2011 : bekalan air, pembentungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan yang menunjukkan bilangan tenaga kerja yang di analisa dalam proses pengurusan tersebut.

(Sumber: Jabatan Perangkaan   Malaysia: Banci Ekonomi 2011)
Rajah 1
Kebiasaannya, kutipan bagi proses pengumpulan untuk penghapusan menggunakan beberapa kaedah seperti kaedah kutipan di sepanjang bebendul jalan. Kaedah ini yang melibatkan tong yang diletakkan di tepi jalan misalan di perhentian bas ataupun tempat awam.
            Selain daripada itu, kaedah kutipan berpusat dimana memusatkan di satu tempat pengumpulan sahaja. Kaedah ini melibatkan orang ramai untuk membawa barangan-barangan tersebut ke pusat atau tempat yang telah dikhaskan.
            Seterusnya, kaedah dari premis ke premis yang dikutip ke dalam kenderaan kutipan. Kaedah ini kebanyakkan menjadi pilihan di Malaysia.
            Demikian itu, ketiga-tiga kaedah itu jika dinilai, memerlukan ramai tenaga kerja yang meliputi banyak kawasan di Malaysia dalam masa yang sama kepadatan penduduk yang semakin meningkat naik.
            Kesinambungan antara bilangan penduduk yang semakin hari meningkat naik dengan bilangan sisa-sisa pepejal yang dihasilkan setiap hari juga turut terkait.
Seperti yang direkod dalam satu kajian yang menunjukkan nilai output kasar yang dikaji mengikut negeri pada tahun 2010.

(Sumber: Jabatan Perangkaan   Malaysia: Banci Ekonomi 2011)
Rajah 2
Hal ini sedikit sebanyak menambah bebanan kepada pihak pengurusan untuk mengurus bahan pepejal tersebut yang meningkat dari sehari ke sehari. Jika diperhatikan pada tahun 1994 sebanyak 417413 tan matrik di dapati kiantiti buangan terjadual di hasilkan. Pada tahun 2004 di dapati secara kasarnya telah berlaku peningkatan sebanyak 11.72% kuantiti buangan terjadual telah di hasilkan. Dan pada tahun 2011 telah meningkat sehingga 1622031.5 tan matrik hasil buangan telah dikutip mengikut data.

(Sumber: Jabatan Perangkaan   Malaysia: Banci Ekonomi 2011)
Rajah 3





KESAN-KESAN KEPADA PIHAK SEKELILING.
i)                    Pihak berkuasa mula mengatur startegi.
            Rentetan daripada itu, wujudnya beberapa kesan keatas beberapa pihak antaranya pihak KPKT sendiri yang mana mula merangka rawatan susulan bagi menambah baik semula keadaan semasa di kalangan penduduk awam.
            Kesan utama yang jelas, KPKT mula mengorak langkah melalui peringkat demi peringkat. Telah wujudnya tiga stategik pelaksaan yang dirancang semenjak tahun 2000 sehinggalah kini. Anjakan perubahan itu dinamakan sebagai program 3R.
            Pada fasa pertama sekitar penghujung 2000 telah mewujudkan beberapa garis panduan serta langkah yang bakal di ambil untuk menaik semangat semula kecaknaan penduduk setempat ter hadap isu tersebut.
            Manakala pada susulan Fasa ke dua selepas setahun berlalu, fasa ini lebih banyak menyumbangkan insentif bagi usaha untuk mengalakkan aktiviti kitar semula dan akttiviti-aktivi yang lain.
            Seterusnya, fasa ke tiga yang berobjektif untuk menarik minat sektor korporat bagi melibatkan diri dalam program-program yang berkaitan tersebut.
ii)                  Impak yang teruk kepada alam sekitar, sosial dan kesihatan manusia.
Hal ini berdasarkan tingkah laku pengurusan yang sebelum ini mengabaikan aspek kecekapan pengurusan atau sistem yang tidak bersistematik.
      Misalan pada kesan keatas alam sekitar, akibat daripada pengurusan yang tidak bersistematik, pencemaran udara serta gas yang dibebaskan daripada tapak pelupusan telah mencemarkan alam. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada masalah lain secara tidak langsung atau secara langsung.
      Kos penyelengaraan juga akan turut meningkat naik di dalam bujet kewangan Negara bagi mengurus hal tersebut. Masalah ini menyumbang kepada kesan sosial masyarakat. Tapak pelupusan yang tidak mencukupi diabaikan oleh pihak berkenaan boleh menyebabkan masalah yang lebih besar daripada sekecil-kecil masalah.
REAKSI DAN MAKLUM BALAS MASYARAKAT SEKELILING TERHADAP ISU TERSEBUT KEPADA KERAJAAN.
            Semasa di dalam  pentabiran kerajaan tempatan, isu pengurusan sampah memjadi hangat di sebabkan pengurusan yang kurang cekap di dalam pengurusan tersebut. Kesan daripada aduan yang di terima dari masyarakat terutamanya di kawasan bandar menyebabkan isu-isu sisa pepejal ini tiada penghujung jalan penyelesaian. Akibatnya, masalah sisa pepejal ini menjadi punca kepada masalah lain, contohnya akibat tiada pengurusan pepejal yang cekap ini seperti tiada kutipan sampah yang efasyen ini menyebabkan masalah yang lebih besar terutamanya berlaku bancana alam seperti banjir.
            Selain itu juga, sebelum penswastaan sisa pepajal ini di dapati aduan yang di buat oleh pihak masyarakat di pandang sepi oleh pihak kerajaan tempatan. Punca menjadi masalah tersebut di sebabkan kekurangan kakitangan kerajaan untuk mengendali masalah itu, selain itu juga punca ini juga disebabkan kerenah boikrasi pihak kerajaan tempatan untuk membuat keputusan dalam menangani masalah sisa pepejal.
            Selepas penswastaan sisa pepejal ini, segala masalah ini yang berpunca kelemahan kerajaan tempatan dapat di atasi secara berperingkat oleh pihak swasta, dengan penswastaan sisa pepejal secara tidak langsung memberi tumpuan sepenuhnya kepada syarikat yang mengendali sisa pepejal  tanpa karenah biokrasi. Oleh itu, pihak masyarakat memberi tangapan yang positif selepas pengurusan sisa pepejal di swastakan oleh kerajaan tempatan.

TINDAKAN KERAJAAN TERHADAP ISU INI
i)     Pengubalan undang-undang dan penyelarasan peraturan.
Selepas wujudnya tawaran penswastaan tersebut, Kerajaan Malaysia telah mewar-warkan untuk memperkenalkan undang-undang baru dalam pengurusan masalah tersebut. Perkara yang terlibat sama dalam proses utama dikenal pasti sebahagian hieraki pengurusan sisa bersepadu antaranya ialah pengurangan sisa, guna semula, kitar semula dan penghasilan tenaga kerja.
      Bagi mewujudkan keberkesanan tersebut, perubahan serta penggunaan semula matlamat sangat diperlukan bagi mengatur semula langkah pembaikan.
Beberapa langkah diperlukan bagi mengendalikan perkara tersebut seperti mengendalikan beberapa perkara seperti abu, air dan gas bagi memastikan keseimbangan.
ii)                  Penerapan pendidikan  dikalangan masyarakat.
Langkah ini merupakan antara langkah utama yang perlu dititik beratkan oleh kerajaan bagi menjayakan kesedaran dikalangan penduduk setempat.
           Penerapan ini perlulah diserapkan di setiap peringkat umur, bermula dari pusat asuhan sehinggalah ke tahap universiti seperti disarankan oleh Ta Wee S. dan Jahi J.M (2001)
Pada masa kini, Kerajaan telah mencapai separuh kejayaan dalam mengasuh penduduk terhadap isu ini antaranya melalui media masa seperti program tv serta radio, dan laman web, poster dan papan iklan.
iii)                Perbelanjaan kewangan
Menurut Rancangan Malaysia ke 7 sekitar tahun 1995 sehingga 2000, pihak Kerajaan telah menguruskan sebanyak RM 20.9 juta bagi memperbaiki tahap perkhidmatan bagi menyelesakan penduduk setempat.
  Pihak Kerajaan telah menaik taraf tapak pelupusan yang sedia ada dan tidak ketinggalan membina tapak pelupusan sanitari. Penambah baikan ini adalah bertujuan bagi menyelesakan kehidupan harian semua pihak bagi mengelak berlaku keadaan tidak selesa.
iv)                Susun atur semula organisasi.
Selepas penswastaan tersebut, Pihak kerajaan mula memberi perhati yang khusus bagi mempertingkatkan dalam keseluruhan hieraki pentadbiran  seperti yang disarankan oleh Ta Wee, S. dan Jamaluddin Md Jahi.
Melihat pada struktur organisasi dimana SWM telah diubah  tampuk pemerintahan ke bawah institusi swasta, maka kakitangan PBT telah diserapkan ke bawah organisasi tersebut.
Oleh yang demikian, aktiviti SWM, KPKT dan PBT telah mengambil langkah menyusun semula pergerakan pentadbiran tersebut.

PANDANGAN PERIBADI TERHADAP ISU INI
            Sekiranya ditinjau keadaan sekeliling sekarang, isu pembuangan sisa pepejal pada hari ini berada ditahap yang agak selamat. Selamat dari segi keselesaan mata memandang, dan juga keselesaan kehidupan seharian dari menghadapi masalah yang kemungkinan boleh timbul daripada punca pembuangan sisa pepejal tersebut tanpa kawalan dan tidak di selia dengan baik.
            Secara peribadi, isu penswastaan pembuangan sisa pepejal ini seharusnya diteruskan atau ditukar status daripada seliaan Kerajaan kepada pihak Swasta.
 Antara asbabnya adalah :
i)                    Integriti perkerja dapat diperbaiki.
Keadaan ini berubah ke positif hampir 90% dari sudut pengamatan. Jika ditinjau, keadaan sebelum penswastaan, para tenaga kerja lebih cenderung mengalami sikap malas. Para pekerja dahulu lebih bergantung dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab.
      Selepas penswastaan, para pekerja dibawah seliaan swasta, para pekerja berubah menjadi lebih positif dan perkhidmatan makin bertambah baik.
ii)                  Pengabaian tumpuan daripada Kerajaan terhadap Isu tersebut.
Di amati, setelah berlaku penswastaan, pihak Kerajaan telah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak yang dipertanggung jawabkan.
Dengan ringkasnya, pihak Kerajaan mengalami kekurangan bebanan dalam memikirkan hal tersebut.
iii)                Pengurusan lebih efisyen.
Sebelum penawaran untuk diswastakan, pihak Kerajaan  terpaksa menguruskan hal tersebut dengan memecahkan unit dalam menguruskan tersebut. Hal tersebut telah melibatkan banyak pihak dalam menguruskan pengurusan.
Namun, pihak swasta telah mengambil alih peranan dalam mengurus tersebut dengan sepenuhnya. Dengan penswastaan tersebut, Kerajaan telah menjimatkan banyak penglibatan dalam menguruskan sesuatu perkara dan menumpukan kepada perkara lain.
iv)                Maklum balas masyarakat yang makin positif.
Setelah penswastaan, makluman masyarakat semakin cenderung kepada positif dan segala tanggapan yang berbentuk negetif terhadap perkhidmatan tersebut dapat dihindarkan.
KESIMPULAN
Realitinya, isu penswastaan pembuangan sampah atau sisa pepejal ini memberikan impak yang positif dan pada masa yang sama juga terselit negetif kesannya. Jika diamati, isu penswastaan ini memberi ruang-ruang perubahan kepada banyak pihak. Sama ada dari sudut perhidmatan yang disediakan untuk keselesaan rakyat tempatan mahupun dari sudut kebajikan tenaga buruh itu sendiri.
Daripada pengamatan, tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk menswastakan perkara tersebut adalah salah satu tindakan yang bijak. Tindakan tersebut setelah dianalisis mempunyai banyak kelebihan berbanding kekurangan daripada perkara tersebut.
Penswastaan perkara tersebut mampu memberikan sumbangan serta kesan yang besar kepada banyak pihak mahupun sudut. Hal ini salah satu langkah yang proaktif yang mampu memacu kemajuan Negara yang dicintai ini, Malaysia.

RUJUKAN
Seow Ta Wee.  (2004). Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia.
Johor. Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Banci Ekonomi. Kuala
Lumpur. Jabatan Perangkaan Malaysia.
Norasyikin Mohd Salleh. (June 2011). Tengani masalah sampah –
Penswastaan mampu tingkatkan lebih banyak tapak
pelupusan sampah sanitari. Kuala Lumpur. Johor  Bahari.
Sinar Harian.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2012). Environmental Statistics
Time Serial. Malaysia. Jabatan Perangkaan Malaysia.




[1] Perlembagaan Persekutuan Pindaan P.U.(A) 164/2009
[2] Seow Ta Wee. (2004). Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia. Johor. Jabatan Pengurusan Binaan dan Harta Tanah.
[3] http://blis2.bernama.com.eserv.uum.edu.my/mainHomeBypass.do

Saturday, August 4, 2012

PADA PENDAPAT ANDA, ADAKAH PUSAT JAGAAN TERSEBUT MEMENUHI GARIS PANDUAN SEPERTI YANG DITETAPKAN DALAM AKTA DAN POLISI BERHUBUNG DENGAN KANAK-KANAK. BINCANGKAN KELEMAHAN, KEKUATAN, DAN PENAMBAHBAIKAN YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK TERSEBUT.


Ditulis: Noor Zalika Bt Mahmad Zuki
Negeri: Kedah
 


1.      PENGENALAN
Secara zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa sebarang noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk bertanggunjawab bagi membina dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Kejayaan dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar, serta ilmu pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:
            “Nilai adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang benar dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai dipelajari oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada bapa, kerabat, sahabat, sistem pendidikan dan daripada sumber luar yang lain seperti persekitaran budaya.”
            Mengimbau pula dari segi sikap yang sering disebut sebagai mentaliti mahupun perlakuan, namum sebenarnya mencukupi aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk melihat secara relatifnya berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai, kepercayaan dan sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa, kita khususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung akan memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan sikap positif ini perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap perkembangan kanak-kanak.
            Justeru itu, melalui media-media masa pada masa kini telah menonjol secara realiti kehidupan mengenai isu-isu perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada bangsa dan negara dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak ini menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan ibubapa serta masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah pusat jagaan kanak-kanak ini telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi, kelalaian pengasuh serta isu-isu sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk diketengahkan pada masa kini.


2.      DASAR, POLISI, AKTA
Mengikut Akta 550 yang telah memansuhkan Akta Pelajaran 1961 disebabkan menyelaraskan dengan pelaksanaan dasar pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan 1996). Dibawah adalah dasar, polisi serta Akta yang telah dikuatkuasa dalam Akta tersebut:-
Dasar / Polisi / Akta
Fokus Umur (Tahun)
Convention On The Rights Of the Child – CRC
0 – 18
Child Act 2001 (Act 611)
0 – 18
Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 308)
0 – 4
Education Act 1996 ( Act 550 )
4 – 6
Education Act 1996 (Regulation of Special Education 1997)
4 – 6
Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 – 2010
5 – 6
The Early Childhood Care & Development  (ECCD) Policy 2007
0 – 8
Child Health Services Policy – 1950
0 – 18
National Child Protection Policy (Act 574 & 521)
0 – 18
National Policy on Disable Child (article 21 of CRC)
0 – 18
National Policy on Indigenous Child (article 30 of CRC)
0 – 18
9th Malaysian Plan (2006 – 2010)
0 – 18
(Sumber: Azman B. Abdul Salam: 2009)
            Jika dilihat Akta 611 iaitu Akta kanak-kanak berdasarkan bahagian 5 bab 3 dapat difinisikan bahawa jika pengasuh atau penjaga mengabaikan kanak-kanak tersebut dari segi fizikal, kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat penjagaan kanak-kanak boleh diambil tindakan undang-undang terhadap penjaga kanak-kanak tersebut yang telah melakukan penderaan keatas kanak-kanak. Dengan adanya Akta ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berada di pusat jagaan atau taska ini secara tidak langsung memberi hak dan pembelaan kepada kanak-kanak yang telah didera oleh pengasuh atau penjaga semasa berada di dalam pengawasan mereka agar tidak bertindak dengan sesuka hati. Justeru itu, satu dasar perlindungan kanak-kanak negara telah dirangka oleh kerajaan Malaysia ini secara tidak langsung memberi perlindungan kepada kanak-kanak agar organisasi, masyarakat mahupun badan NGO menjalankan tanggungjawab bersama dalam mengatasi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak yang terlibat tersebut.

            Berdasarkan garis panduan pengendalian kanak-kanak di taska dan panduan yang telah dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Objektif utamanya adalah memastikan kanak-kanak dan persekitaran pusat asuhan perlulah berada dalam keadaan selesa dan mengikut peringkat umur kanak-kanak dalam pertumbuhan pembesaran mereka. Ini menunjukan kerajaan Malaysia memandang serius tahap kesihatan kanak-kanak yang berada di pusat asuhan tersebut dalam keadaan yang optima dalam perkembangan kanak-kanak. Selain itu juga, pihak taska atau pusat asuhan juga memastikan bahawa kanak-kanak tersebut perlu bebas dari sebarang penyakit. Peranan guru atau penjaga pusat asuhan juga adalah menjalankan pemantauan berkala dari semasa ke semasa untuk menjamin tiada penularan penyakit dikalangan kanak-kanak.
 
3.      KELEMAHAN
            Berdasarkan huraiaan diatas, didapati masih berlaku lagi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan di Malaysia ini. Perkara ini berlaku disebabkan terdapat pelbagai faktor luaran dan dalaman yang terjadi di pusat asuhaan tersebut. Faktor-faktor ini disebabkan oleh:
i.                    Kurang pendedahan atau latihan
Kebanyakkan penderaan yang sering berlaku ini di pusat asuhan persendirian atau swasta. Statistik menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering berlaku di pusat asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Secara tidak langsung, pengasuh yang diambil kerja tersebut tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam penjagaan kanak-kanak yang sempurna. Pusat asuhan yang tidak menghantar pelatih atau perkerja ke tempat latihan yang bertuliah ini memberi alasan bahawa kos yang dikenakan tersebut adalah sangat mahal, selain itu juga alasan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh pusat asuhan tidak berdaftar ini juga memberi alasan tiada pendedahan maklumat untuk memberi latihan seperti masa, tempat serta maklumat dari Kerajaan untuk memberi latihan kepada pelatih atau pengasuh mereka. Sikap tidak peka ini secara tidak langsung salah satu telah menyebabkan kes penderaan kanak-kanak ini meningkat dari semasa ke semasa sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. Dengan peningkatan kes ini secara tidak langsung menyebabkan terpalik kefahaman atau pemikiran kepada masyarakat bahawa pusat asuhan yang ada pada masa kini adalah tempat tidak selamat untuk anak-anak mereka.


ii.                  Kurang pemantauan dari pihak berkuasa

Faktor ini juga menyumbang kepada penderaan di kalangan kanak-kanak di pusat asuhan sering terus meningkat. Faktor ini disebabkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kekurangan kakitangan untuk memantau pusat asuhan yang terdapat di Malaysia kini. Oleh demikian, faktor kekurangan kakitangan ini secara tidak langsung menyebabkan pusat asuhan sama ada yang telah berdaftar atau tidak berdaftar ini memberi tanggapan bahawa pihak kerajaan tidak akan datang memantau atau memeriksa pusat asuhan persendirian mereka. Dengan ruang yang ada ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada penjaga pusat asuhan tersebut mendera kanak-kanak di pusat asuhan mereka secara tidak langsung atau langsung dari segi fizikal mahupun emosi kanak-kanak.

iii.                Tidak ada keperihatinan masyarakat.
Tiada sikap keperihatinan di kalangan masyarakat juga salah satu faktor penyumbang kepada kes penderaan kanak-kanak ini. Pada generasi sekarang, masyarakat yang hidup di kawasan bandar hampir terhakis sikap kejiranan atau sikap mengambil tahu di persekitaran mereka, punca ini disebabkan masyarakat sekarang tidak mengambil peduli hal setempat kerana mengejar kekayaan sendiri. Secara tidak langsung ibubapa atau masyarakat menyerah sepenuhnya tanggungjawab kepada pusat asuhan untuk mendidik anak mereka. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini akan menjadi kemurungan jika berlaku penderaan ke atas mereka disebabkan tiada tempat mengadu terutamanya ibubapa mereka yang lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Jika dilihat kepada permasaalahan ini, secara tidak langsung pengasuh atau pusat asuhan tersebut lebih berani untuk mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka disebabkan kelalaian ibubapa mereka mahupun masyarakat setempat tidak peka masalah yang terjadi di persekitaran mereka.

iv.                 Masalah kewangan pusat asuhan.

Bagi pusat asuhan persendirian ini, kebanyakkan kewangan bergantung sepenuhnya dengan yuran yang dikenakan kepada ibubapa. Jika melihat senario ini, boleh membuat kesimpulan bahawa jika pusat asuhan tersebut kurang mendapat permintaan penjagaan kanak-kanak ini secara tidak langsung akan menyebabkan perniagaan pusat asuhan tersebut kekurangan kemudahan seperti prasarana untuk kanak-kanak dibawah jagaan mereka, prasarana ini sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak dalam perkembangan mereka. Jika pusat asuhan tersebut mengambil lebihan kanak-kanak juga didapati terdapat kesan negatif, seperti kepadatan kanak-kanak untuk menampung premis perniagaan mereka, masalah ini juga menyebabkan berlaku kekurangan guru atau pekerja untuk menjaga kanak-kanak, contohnya seorang guru atau penjaga terpaksa mengurus sehingga sepuluh kanak-kanak taska ini, disamping itu juga, guru tersebut terpaksa membuat kerja sampingan seperti memasak, mengajar dan juga menguruskan pentadbiran pusat asuhan tersebut. Dengan kesan tekanan kerja ini akan menyebabkan pihak pengasuh mengalami tekanan atau stres di tempat kerja dimana  secara tidak langsung akan menyumbang kepada penderaan kanak-kanak di taska persendirian ini.


4.      KEKUATAN
Setiap masyarakat mahupun pusat asuhan kanak-kanak perlulah memainkan peranan bersama kerajaan membantu dalam sahsiah serta pendidikan awal kanak-kanak sejajar arus perkembangan pembangunan negara, oleh itu, berdasarkan isu-isu penderaan kanak-kanak keatas pusat jagaan kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kes penderaan ini secara amnya. Oleh demikian, setiap organisasi, masyarakat mahupun individu perseorangan perlulah mengambil bahagian serta peranan dalam merialisasikan matlamat Negara untuk melahirkan bangsa yang maju. Kekuatan ini dapat dilihat melalui pelbagai sudut seperti:-

i.                    Peranan Kerajaan

Dasar Kanak-kanak Negara yang telah ditubuhkan bertujuaan memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung setiap guru atau tenaga pengajar seperti pengasuh kanak-kanak akan diberikan latihan, penerangan, maklumat, polisi serta pendedahan Akta kepada pihak berkenaan. Program PERMATA yang dilancarkan oleh Datin Sri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri dalam memberi pendidikan awal bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung, peluang ini dapat direbut oleh pusat-pusat asuhan kanak-kanak dalam memberi latihan kepada guru-guru atau perkerja mereka. Dengan pendedahan yang telah diberi ini secara tidak langsung akan dapat memberi maklumat yang amat berguna kepada pusat asuhan untuk mencapai matlamat negara dalam menuju Wawasan 2020. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya secara tidak langsung memberi implikasi dalam pengurangan penderaan kanak-kanak di Malaysia ini.

ii.                  Peranan NGO
Selain kerajaan, badan-badan NGO juga turut memain peranan dalam pengurangan penderaan yang berlaku seban hari yang telah dilapurkan oleh pihak media. Contohnya badan NGO dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti Pusat Pemulihan Dalam Komuniti sedikit sebanyak memain peranan dalam penderaan kanak-kanak. Ini disebabkan program-program yang dianjurkan oleh badan NGO tersebut secara tidak langsung akan memberi gambaran kepada masyarakat keperhatinan bersama antara masyarakat dengan kerajaan dalam mengurangkan genjala ini. Penglibatan yang dibuat oleh badan-bandan NGO ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa peranan masyarakat dalam kes-kes penderaan kanak-kanak ini telah memberi kesan yang amat besar terhadap kanak-kanak sama ada dari segi emosi mahupun fizikal.


iii.                Peranan Media

Media juga salah satu sumber dalam menyebarkan isu-isu penderaan yang terdapat di masyarakat setempat mahupun pusat asuhan. Secara tidak langsung melalui penyebaran media ini juga telah memberi kesan impak yang besar kepada masyarakat terhadap isu-isu penderaan ini, media masa juga berperanan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penderaan kanak-kanak ini. Justru itu, dengan perkembangan teknologi seperti kemudahan internet juga secara tidak langsung telah memberi gambaran mengenai kanak-kanak yang terdapat di pusat jagaan ini. Dengan respon atau maklum balas yang diberi oleh masyarakat ini secara tidak langsung membantu pihak kerajaan mahupun badan-badan yang bertanggunjawab ini bertindak dengan pantas untuk menangani masalah penderaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak khususnya di pusat penjagaan kanak-kanak ini.


iv.                 Peningkatan Kesedaran Dalam Masyarakat

Pada masa kini, didapati masyarakat mula sedar kepentingan pusat asuhan yang sempurna dan juga mempuyai guru atau penjaga yang cekap. Ini dapat dibuktikan walaupun terdapat percambahan pusat-pusat jagaan persendirian tumbuh dengan pesatnya, akan tetapi masyarakat pada masa kini dapat menilai dengan lebih baik untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak mahupun pusat pendidikan awal kanak-kanak. Walaupun kes penderaan kanak-kanak masih lagi kedengaran di media-media ini, secara tidak langsung ibubapa mengambil sikap berhati-hati dalam memilih pusat jagaan kanak-kanak yang terdapat di negara kita kini.


5.      PENAMBAHBAIKAN
Walaupun negara kita telah menuju status negara maju, pendidikan awal kanak-kanak ini juga amatlah dititik berat dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, segala Akta, polisi, undang-undang mahupun perkhidmatan kanak-kanak amatlah  dititik berat selaras dengan wawasan 2020. Dengan kelemahan dan kekuatan yang ada ini, secara tidak langsung perlulah adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara menuju wawasan 2020. Antaranya penambahbaikan yang perlu dilakukan dan dicadangkan untuk mengelak penderaan kanak-kanak di pusat asuhan seperti berikut:-

i.                    Meningkatkan profesionalisme perguruan pendidikan awal kanak-kanak

Guru-guru asuhan kanak-kanak juga perlu diberi latihan serta pendedahan yang lebih tinggi. Ini kerana dengan peningkatan untuk martabat perguruan di kalangan guru asuhan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada negara dalam masa jangka panjang dalam melahirkan kanak-kanak yang mempunyai pendidikan lebih awal sebelum menempuh kealam sekolah rendah. Dengan pengalaman serta latihan yang telah diberi tersebut, sedikit sebanyak akan memberi kesan kesedaran kepada guru-guru tentang kepentingan pendidikan terhadap kanak-kanak ini, secara tidak langsung dengan tanggunjawab yang dipikul oleh guru pusat asuhan tersebut sedikit sebanyak akan mengurangkan kes-kes penderaan di dalam pusat asuhan kanak-kanak yang sering kita dengar semakin meningkat saban tahun disebabkan kekurangan latihan dalam penjagaan kanak-kanak ini. Oleh itu, kepentingan guru juga adalah salah satu kepentingan kerajaan supaya dapat mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di dalam pusat asuhan.

ii.                  Penyebaran maklumat di dalam masyarakat.

Pihak kerajaan, badan NGO mahupun media amatlah memainkan peranan dalam penyebaran maklumat tentang penderaan kanak-kanak ini. Pihak kerajaan, NGO dan media hendaklah berganding bahu memikul tanggunjawab sosial ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Oleh itu, pihak ini perlulah sering mengadakan seminar, road show,  serta peranan di media cetak dan elektronik ini amatlah penting agar maklumat penderaan kanak-kanak ini dapat disampaikan secara berkesan kepada masyarakat. Dengan gandingan bahu dari badan-badan ini, kes-kes penderaan kanak-kanak sedikit sebanyak dapat diturunkan pada indek penderaan yang telah menjadi duri dalam daging yang menyebabkan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa.


iii.                Pertukaran Maklumat Antarabangsa

Kerajaan Malaysia juga boleh menjalankan pertukaran maklumat diantara negara-negara lain. Ini dapat dibuktikan Program PERMATA yang telah dilaksanakan hasil lawatan Pusat Kecermalangan Kanak-kanak Pen Greendi Corby, London yang telah diolah modul tersebut mengikut kesesuaian dengan Masyarakat Malaysia untuk diselaraskan dengan pendidikan di Malaysia. Dengan jalinan ini secara tidak langsung akan mewujudkan pelbagai kursus jangka panjang dan pendek bagi pengurusan taska mahupun pusat asuhan kanak-kanak ini. Dengan penerimaan modul yang terkini serta bersesuaian yang telah digariskan oleh pihak kerajaan ini sedikit sebanyak kes-kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan akan berkurangan malah secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pusat asuhan tersebut.


iv.                 Peningkatan  Infrakstruktur Pusat Asuhan

Kerajaan juga perlu memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan insfrakstruktur pusat asuhan. Kanak-kanak berkembang seiringin dengan usia, oleh itu sikap ingin tahu dan berkomunikasi bersama kawan sepermainan amat penting dalam peningkatan usia kanak-kanak mereka. Dengan peruntukan yang diterima dari kerajaan mahupun agensi pinjaman seperti Bank memberi kemudahan pinjaman secara tidak langsung akan meningkatkan pasarana yang terdapat di pusat asuhan. Dengan adanya pasarana yang lengkap ini secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan atau stress dikalangan guru. Dengan cara ini pengurangan penderaan kanak-kanak ini dapat dilakukkan oleh pihak berkenaan.

v.                  Pemantauaan berkala oleh badan bertanggunjawab.
Kerajaan juga perlu menubuhkan pasukan khas yang terdiri dari orang yang berpengalaman dalam urusan penjagaan kanak-kanak. Tugasan tersebut hendaklah dijalankan pihak berkenaan dengan memantau pusat asuhan sama ada yang telah didaftarkan atau tidak didaftarkan. Bagi pusat asuhan yang ingkar hendaklah diambil tindakan serta-merta bagi mengelak kejadiaan yang tidak diingini. Oleh itu, satu perjawatan khas hendaklah dikaji dan ditubuh bagi melaksanankan pemantauan yang hendak dijalankan oleh pasukan tersebut agar kes-kes penderaan yang terus meningkat ini dapat di sifar oleh pihak kerajaan bagi menjaga kesejahteraan kanak-kanak yang akan mentadbir negara pada masa hadapan .


6.      KESIMPULAN
Berdasarkan huraian mengenai kes penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska tersebut telah mengemparkan masyarakat Malaysia. Dengan adanya kesedaran semua pihak sebagai tanggungjawab sosial ini secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa kita sebagai Masyarakat Malaysia sering mengambil perkembangan semasa sama ada dari perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya penguatkuasa undang-undang yang terdapat di Malaysia ini pembelaan terhadap kanak-kanak ini dapat dilakukan oleh pihak berkenaan. Kesimpulan secara menyeluruh mengenai isu ini adalah Kerajaan Malaysia bersama masyarakat haruslah berganding bahu menyelesaikan isu ini secara positif terhadap penderaan di pusat asuhan kanak-kanak ini. Ini kerana ia melibatkan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut dalam jangka masa panjang. Perlulah ditegaskan, bahawa penderaan kanak-kanak ini perlulah ditangani secara bijak dan tindakan keras harus diambil kepada pesalah.



7.      RUJUKAN

Amir Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Akmal Ismail,
 Zalina Ahmad. (2003). Organisasi dan Masyarakat: Kedah.
Universiti Utara Malaysia.

Bahagian kawalan penyakit. (2007). Garispanduan Pengendalian Kanak-
kanak di Taska dan Prasekolah: Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Akta 611. (2001). Akta kanak-kanak 2001 (edisi baru). Malaysia.
            Pencetakan Nasional Malaysia Berhad

Aminah Ayob et.al. (2008). Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamarul Azman b. Abd Salam. (2009). Kursus Asuhan Dan Pendidikan
            Awal Kanak-   kanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah
Perkembangan Asuhan dan    Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Monday, February 27, 2012

Sistem Maklumat Asrama (SMA 3.1q)


Sistem Maklumat Asrama versi 3.1q boleh didownloand untuk kegunaan Penyelia-penyelia Asrama di Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)