Ditulis
Noor Zalika Bt Mahmad Zuki
2013
Aktiviti
bermain dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.
Senaraikan
enam (6) peringkat main dalam perkembangan sosial yang diperkenalkan oleh
Parten dan cadangkan empat (4) aktiviti yang dapat membantu perkembangan soaial
kanak-kanak.
PENDAHULUAN
Definisi Bermain
Bermain
adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Terdapat
pendapat yang menyatakan bahawa dunia kanak-kanak adalah bermain. Melalui
aktiviti bermain inilah kanak-kanak bebas meneroka dan menjelajah kerana
kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi.
Melalui
bermain juga kanak-kanak dapat mengembangkan seluruh aspek perkembangannya.
Kanak-kanak dapat melatih kemampuan fizikal, mengawal emosi dan sosial serta
kognitifnya. Melalui aktiviti bermain juga kanak-kanak dapat meningkatkan
kemahiran bersosial.
Definisi Pedagogi
Pedagogi
bermaksud belajar melalui bermain yang dapat meningkatkan perkembangan
menyeluruh untuk kanak-kanak iaitu perkembangan fizikal, sosial, emosi, intelek
dan estetika.
Kaedah
bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri kanak-kanak kepada
pengalaman sebenar secara langsung. Kanak-kanak berpeluang dan boleh
mempertingkatkan kebolehan empati, menambah kepekaan dalam interaksi serta
memiliki kebolehan menganalisis sesuatu situasi secara objektif.
Kelebihan
pedagogi adalah memberi kesempatan kepada kanak-kanak untuk mengembangkan
kemampuan mereka kerana melalui bermain kanak-kanak dapat mengasah bakat,
kebolehan dan kelebihan yang mereka ada.
Pedagogi
juga dikenali sebagai ‘konstruktivis-sosial’ (Bronfenbrenner,1979) dimana
kanak-kanak belajar daripada satu sama lain di dalam persekitaran sosial yang
dirancang mengikut minat dan kebolehan kanak-kanak.
Enam peringkat kategori main Parten
Terdapat
enam kategori main yang diperkenalkan oleh Parten iaitu :
1) Main
‘Unoccupied’
2) Main
Memerhati
3) Main
‘Solitery’
4) Main
‘Parallel’
5) Main
‘Associative’
6) Main
‘Cooperative’
Main ‘Unoccupied’
Main
‘Unoccupied’ ialah dimana kanak-kanak hanya duduk diam dan memerhati apa yang
menarik perhatiannya. Kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang aksi, tidak ada
kawan serta tidak memiliki alat permainan.
Main Memerhati
Di
peringkat main memerhati ini, kanak-kanak hanya memerhati kanak-kanak lain
sedang bermain serta tidak lagi berinteraksi antara satu sama lain.
Main ‘Solitary’
Main
‘Solitary’ ialah kanak-kanak di peringkat ini masih lagi tidak berinteraksi
dengan kanak-kanak lain tetapi mempunyai alat permainan untuk digunakan dan
hanya bermain sendirian.
Main ‘Parallel’
Pada
peringkat main ‘Parallel’ ini, kanak-kanak bermain secara meniru kanak-kanak
lain yang bermain dengan menggunakan alatan mainan yang serupa tetapi bermain
sendirian dan masih tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Main ‘Associative’
Di
peringkat main ‘Associative’ ini pula, kanak-kanak mula mahu berinteraksi
dengan kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak boleh bermain bersama dengan
menggunakan alatan mainan mereka sendiri dan tidak berkongsi.
Main ‘Cooperative’
Di
peringkat main ‘Cooperative’, kanak-kanak sudah mula bermain bersama-sama di
dalam kumpulan dan boleh bekerjasama antara satu sama lain.
Aktiviti 1 : Main Doh
Main ‘Unoccupied’
Adam
hanya memerhati Mimie,Elisya,Zawir dan Sarah mengambil doh yang telah
disediakan oleh pendidik di salah satu sudut pembelajaran.
Main Memerhati
Adam
terus memerhati rakan-rakannya yang lain sedang bermain tanpa ingin menyertai
mereka.
Main ‘Solitary’
Adam
masih lagi tidak menyertai rakan-rakannya yang lain. Zawir telah memberi kepada
Adam satu doh berwarna merah.Adam hanya bermain doh tersebut sendirian.
Main ‘Parallel’
Adam
bermain doh tersebut sendirian dan masih tidak menyertai rakan-rakannya.Adam
meniru perlakuan yang dilakukan oleh Zawir. Apabila Zawir membuat doh berbentuk
bulat, Adam juga akan membuat doh berbentuk bulat.
Main ‘Associative’
Adam
mula berminat untuk menyertai rakan-rakannya. Adam dan rakan-rakannya bermain
doh bersama-sama tetapi hanya menggunakan doh mereka sendiri sahaja.
Main ‘Cooperative’
Adam
sudah boleh menyesuaikan diri apabila berada bersama rakan-rakannya. Adam dan
rakan-rakannya sudah boleh berkongsi doh mereka yang berbagai warna. Adam dan
rakan-rakannya bermain dengan gembira.
Aktiviti 2 : Main Basikal
Main ‘Unoccupied’
Pendidik
membawa kanak-kanak berkumpul di sudut aktiviti. Pendidik menggalakkan
kanak-kanak melakukan aktiviti mengayuh basikal. Pendidik menggalakkan
kanak-kanak mengambil basikal untuk bermain. Semua kanak-kanak telah mengambil
basikal dan bermain namun Sarah hanya memerhati rakan-rakannya tanpa sebarang
aksi.
Main Memerhati
Sarah
hanya berdiri dan memerhati semua rakan-rakannya yang lain sedang mengayuh
basikal.
Main ‘Solitary’
Sarah
masih juga memerhati rakan-rakannya yang lain mengayuh basikal. Sarah berjalan
menuju kea rah sebuah basikal dan menaiki basikal tersebut. Sarah hanya bermain
sendirian tanpa menyertai rakan-rakannya yang lain.
Main ‘Parallel’
Sarah
meniru perbuatan Aina yang sedang mengayuh basikal secara berpusing-pusing.
Tanpa menyertai rakan-rakannya, Sarah mengayuh basikal dengan berpusing-pusing
di tempatnya sendirian.
Main ‘Associative’
Sarah
mula mengayuh basikal menuju kearah rakan-rakannya.Sarah sudah mula berminat
untuk menyertai rakan-rakannya. Sarah dan rakan-rakannya bermain bersama-sama
dengan menaiki basikal masing-masing.
Main ‘Cooperative’
Sarah
mengajak Aina untuk menunggang basikal bersamanya. Sarah bermain bersama
rakan-rakannya dengan berkongsi basikal dan bermain dengan gembira
bersama-sama.
Aktiviti 3 : Main Masak-masak
Main ‘Unoccupied’
Mimie
duduk seorang diri memerhati keadaan yang dapat menarik perhatian
disekelilingnya.
Main Memerhati
Mimie
hanya memerhati Eisya, Aina dan Nini bermain masak-masak di sudut main peranan.
Main ‘Solitary’
Mimie
mengambil kuali dan sudu kecil lalu bermain seorang diri tanpa menyertai
rakan-rakannya yang lain.
Main ‘Parallel’
Mimie
memerhati Eisya bermain dan meniru perbuatan yang Eisya lakukan. Apabila Eisya
memutarkan sudu di dalam kuali, Mimie juga akan melakukan hal yang sama
sebagaimana yang dilakukan oleh Eisya tanpa menyertai rakannya itu.
Main ‘Associative’
Mimie
mula menyertai Eisya dan rakan-rakannya yang lain bermain. Mereka bermain
dengan alat permainan masak-masak sendiri tanpa berkongsi.
Main ‘Cooperative’
Mimie
dan rakan-rakannya bermain bersama-sama. Mereka berkongsi alat permainan
masak-masak dan bermain dengan gembira.
Aktiviti 4 : Main Pasir
Main ‘Unoccupied’
Semasa
aktiviti bermain pasir, Alif hanya berdiri melihat rakan-rakannya yang lain
bermain.
Main Memerhati
Alif
memerhati Zawir, Adam dan rakan-rakan yang lain bermain pasir.
Main ‘Solitary’
Alif
bermain seorang diri tanpa menyertai rakan-rakannya. Alif mengorek pasir dengan
menggunakan penyedok.
Main ‘Parallel’
Alif
melihat Zawir bermain dan meniru apa yang di lakukan oleh Zawir. Zawir
memasukkan pasir ke dalam bekas menggunakan tangan dan Alif meniru perlakuan
tersebut dengan memasukkan pasir ke dalam bekas juga dengan menggunakan tangan.
Main ‘Associative’
Alif
menyertai Zawir dan rakan-rakannya yang lain bermain. Mereka bermain pasir
menggunakan alat mainan masing-masing.
Main ‘Cooperative’
Alif
dan rakan-rakannya boleh bermain bersama-sama. Alif dan rakan-rakannya saling
berkongsi alat mainan dan berkerjasama membina istana pasir. Mereka bermain bersama
dengan gembira.
Penutup
Pendidik,
ibubapa, guru dan komuniti harus memainkan peranan penting dengan menyediakan
persekitaran yang efektif dan bersesuaian dengan bertujuan untuk menggalakkan
proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Pendidik
berperanan untuk mengenalpasti kebolehan kanak-kanak di bawah jagaannya kerana
setiap kanak-kanak mempunyai semua kecerdasan tetapi dalam kadar dan kekuatan
yang berbeza-beza.Aktiviti yang sesuai dapat dirancang dengan teliti sekiranya
pendidik memahami keperluan, kemampuan, kekurangan serta kebolehan seseorang
kanak-kanak.
Maka,
seharusnya kita memberikan kesempatan kepada semua kanak-kanak untuk bermain
walaupun dalam proses pembelajaran. Dunia kanak-kanak adalah bermain, melalui
bermain potensi kanak-kanak dapat dikembangkan dengan seoptima mungkin.