Aku lampirkan googel Map "nat" kebun getah tersebut sebagai rujukan. Nat ini beroperasi pada belah pagi hingga tengah hari setiap hari AHAD sahaja. Macam-macam barang keperluan seperti baju, tudung, barang lusuh, bla bla bla lagi. Kat bawah aku tunjuk gambar dah la bagi kau orang hit terutama kaum Hawa
Bagi sapa mai lewat kena jalan jauh. pasal banyak kereta parking nak pergi nat kebun getah tu. Aku suggest kalau boleh datang dalam pukul 7.00 atau 8.00 pagi, waktu tu kereta masih kurang
Abang ini pakai jual atas moto. tak perlu payung atau meja. Semua ini fresh dari kebun sendiri
Barang-barang keperluan rumah juga turut dijual seperti tikar, bantal, kerusi
Anak-anak pokok juga turut dijual di Nat kebun getah
Kawasan di dalam ada lagi... tak larat nak jalan la kot nak pusing dalam kebun getah
1 barang RM1.00 murah murah
Pertunjukan ular juga ada disini. jangan dok pi dekat sangat. aku takut ulaq tu terlepas masuk hutan getah jer nanti habis pakat lari lintang pukang
Sodek ada nak buat hiasan boleh nak buat kegunaan sendiri pon boleh
Kopi Fresh, boleh dapatkan disini juga. biji kopi dikisar sendiri dan boleh beli bawak balik
Barang-barang lusuh juga turut dijual di nat kebun getah ini
Buku-buku terpakai juga turut ada
Di dalam tu ada lagi... gerai-gerai menjual makanan juga ada siapa nak berehat utk keringkan tekak, aku terlupa nak ambil gambar kat situ
Rujukan boleh tengok dibawah sebagai promosi
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm