Tuesday, July 12, 2011

DASAR PANDANG KE TIMUR



1. PENGENALAN
Dalam pentadbiran awam terdapat dasar-dasar awam digubal untuk dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan dalam merelisasikan sesuatu matlamat yang telah digariskan. Dasar awam ditakrifkan sebagai penyataan matlamat atau arah umum yang dijalankan sesuatu program untuk mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi oleh kerajaan. Oleh itu pada 8 Febuari 1982 di Hotel Hilton dalam persidangan “5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA” di sampaikan oleh mantan Tun Dr Mahathir Mohamad pada masa itu setelah menjadi Perdana Menteri, beliau telah melancarkan satu dasar baru iaitu “Dasar Pandang Ke Timur” disebabkan reaksi kepada “Buy British Last”. Dalam dasar ini diberi keutamaan pembangunan ekonomi dan pentabiran dalam memajukan negara Malaysia seiringin dengan negara-negara barat seperti Amerika, Kanada, British. Oleh itu, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad selaku Pendana Menteri pada masa itu telah mengambil role model di timur seperti negara Jepun dan Korea Selatan sebagai contoh gergasi ekonomi diterapkan ke dalam dasar Malaysia. Pelaksanaan dasar ini telah dibincangkan secara meluas walaupun dasar ini dilaksanakan secara kontroversial oleh pihak kerajaan Malaysia.

LATAR BELAKANG
            Pada tahun 1980an, kerajaan Malaysia berhasrat menukarkan Malaysia dari negara pertanian kepada negara perindustian moden. Oleh itu, pergantungan sumber kewangan dari Bank Dunia telah tercetusnya projek-projek seperti FELDA, MADA, dan KADA. Kerajaan Malaysia pada waktu tersebut berhasrat menukarkan visi kepada sebuah negara yang membangun dari segi ekonomi dalam perindustiran moden. Oleh itu, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad telah melihat negara sebelah timur seperti Jepun, Korea dan Taiwan sebagai contoh yang boleh diambil untuk mempelajari teknologi, budaya, ekonomi dan diplomatik sesama mereka.
Hubungan perdagangan di antara negara tersebut telah terjalin sejak 1960an lagi dengan menyediakan bahan mentah untuk dieksport ke Jepun. Semasa perang dunia kedua (1942-1945) hubungan dengan Jepun telah terputus akibat peperangan ini. Hubungan diplomatik telah dipulihkan pada tahun 1960an setelah peningkatan ekonomi  globar. Melalui dasar “Pandangan Ke Timur” ini setelah dicetuskan oleh Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad ini merupakan salah satu era yang baru dalam hala tuju Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berteknologi tinggi seperti negara tersebut.

MATLAMAT
            Dalamat dasar “Pandangan Ke Timur” Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri pada masa tersebut mempunyai pelbagai matlamat yang hendak dicapai melalui dasar ini. Matlamat ini amat penting bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sosial ekonomi pada masa tersebut. Ini menunjukan Kerajaan Malaysia pada tahun 1982 amat serius untuk memajukan negara melalui dasar “Pandangan Ke Timur.
            Matlatamat utama yang hendak diserapkan adalah mengambil contoh nilai-nilai baik dari negara Jepun, di samping itu memelihara nilai-nilai ketimuran kebanyakan masyarakat Jepun mempunyai sikap yang positif dalam nilai-nilai yang baik seperti rajin, tekun, gigih serta kuat berkerja untuk kepentingan negara mereka. Amalan ini secara tidak langsung jika diterapkan ke dalan penjawat awam atau masyarakat Malaysia secara tidak langsung akan memberi impak yang positif dari segi ekonomi dan juga sahsiah masyarakat dalam membangunkan negara ini. Selain itu juga, nilai-nilai baik yang diterapkan melalui adat ketimuran ini juga disebabkan keruntuhan moral di barat dari segi moral, ini menyebabkan dasar “Pandang Ke Timur” ini di rangka untuk dilaksanakan sebagai salah satu dasar di Malaysia.
            Dasar “Pandang Ke Timur” juga menghapuskan pemikiran rakyat Malaysia pada masa tersebut memandang tinggi kepada dunia Barat. Rakyat Malaysia pada masa tersebut rasa rendah diri kerana dunia barat lebih maju dari segi ekonomi,  pendidikan dan pengusaan teknologi. Ini menyebabkan rakyat Malaysia mempunyai pemikiran bahasa mereka masih di bawah penguasaan Barat walaupun sudah Merdeka atau bebas dari penjajah. Ini secara tidak langsung dasar ini dirangka untuk mengambil contoh negara di timur yang mempunyai potensi yang amat besar dalam membangun negara mereka setaraf dengan barat. Negara Jepun adalah salah satu contoh yang ditunjukan kepada rakyat Malaysia melalui dasar “Pandang Ke Timur” dalam membangkitkan semangat bahawa Malaysia juga boleh berdiri bersama negara gergasi seperti Jepun. Dasar ini juga secara tidak langsung akan mengurangkan pergantungan terhadap negara barat dari segi semua aspek seperti teknologi, pendidikan serta pergantungan ekonomi negara.
            Melalui “Dasar Pandangan Ke Timur” juga secara tidak langsung mempercepatkan mencapai matlamat “Dasar Ekonomi Baru” (DEB) yang telah di lancarkan pada 1971 oleh Tun Abdul Razak Dato’ Hussen. Melalui perpindahan teknologi, pendidikan serta ekonomi dari Timur akan membantu negara membasmi kemiskinan penduduk Malaysia disebabkan kemajuan ekonomi yang dicapai melalui dasar ini. Melalui pertumbuhan ekonomi ini juga secara tidak langsung akan memberi kesan kurangnya jurang kemiskinan antara penduduk disebabkan faktor peluang perkerjaan kepada penduduk. Contohnya Syarika Honda, Pasaraya Yawata, Syarika Toshiba adalah salah satu pelabur telah memberi peluang perkerjaan kepada penduduk tempatan.

LANGKAH-LANGKAH
            Melalui lawatan kerja oleh Datuk Sri Dr Mahahathir Mohamad ke Jepun pada 23 hingga 29 Januari 1983, dan 8 hingga 14 Ogos di Korea Selatan, Kerajaan Malaysia telah menggariskan beberapa strategi pelaksanannya mewujudkan kerjasama diantara negara timur dalam bidang ekonomi, perindustiran, latihan-latihan teknikal, akedemik, program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan dalam pentadbiran. Oleh itu kerajaan merangka program-program seperti perubahan struktur, perubahan sikap serta latihan dan kursus bagi menjayakan dasar pandang ke timur ini.
            Dalam perubahan struktur yang hendak diubah dalam struktur pentadbiran ini, kerajaan Malaysia mengariskan beberapa pembaharuan yang akan diadakan seperti kad perakam waktu kerja (punch card), kad perakam waktu kerja ini diperkenalkan bertujuan untuk mengesan kakitangan kerajaan ponteng kerja atau pulang awal sebelum masa yang ditetapkan. Penggunaan tanda nama (name tag) bertujuan adalah pengenalan diri sesorang penjawat awam bagi sesuatu aduan yang hendak dibuat atau memudahkan orang awam berurusan dengan seseorang pegawai kerajaan bagi memudahkan urusan. Penubuhan pasukan meningkat mutu kerja (QCC) ditubuhkan adalah bagi mengalakan pegawai kerajaan selalu mengadakan mesyuarat bagi menukar pendapat, mencari buah fikiran dan sebagainya bertujuan kepentingan sesuatu jabatan. Konsep pejabat terbuka diperkenalkan bertujuan untuk memisahkan jurang antara pegawai dengan kakitangan bawahan, Perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil setempat diperkenalkan adalah bertujuan memudahkan rakyat setempat. Bagi fail meja dan manual prosedur kerja di jabatan-jabatan kerajaan diperkenalkan kepada penjawatan awam untuk memberi panduan kerja yang perlu diambil tindakan atau proses-proses yang perlu dibuat dalam kerja yang dilakukan.
            Bagi langkah kedua adalah melalui perubahan sikap diperkenalkan. Program ini rangka seperti melalui perkhidmatan cemerlang, perkhidmatan cemerlang ini akan dinilai oleh ketua jabatan dan diberi ganjaran melalui pengiktirafan sijil dan wang tunai bagi meningkatkan motivasi perkerja. Konsep bersih, cekap, dan amanah (BCA) diperkenalkan kepada jabatan-jabatan kerajaan bagi meningkatkan sikap positif dikalangan penjawat awam dalam perkerjaan di buat. Kepimpinan melalui taladan diperkenalkan kepada sektor awam bertujuan kepada perkerja bawahan mengambil contoh pegawai-pegawai yang mempunyai displin, pretasi dan gigih dalam pekerjaan turut diperkenalkan.
            Bagi langkah tiga adalah melalui latihan dan kursus diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Kursus ini dibuat usahasama dengan kerajaan Jepun dan Korea Selatan. Melalui kursus-kursus ini secara tidak langsung akan melibatkan pertukaran teknologi serta kepakaran dari negara timur tersebut. Latihan perindustrian dan teknikal adalah salah satu cara kerajaan Malaysia memperkenalkan program ini. Melalui program ini kerajaan telah membina institusi Malaysia Jepun (MAJU) di Selangor. Bagi program pengajian akademik, bertujuan diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar Malaysia menimba ilmu sains dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan. Program pengajian teknikal memberi peluang kepada pelajar lepasan SPMV dan Politeknik melanjutkan pelajaran bahagian teknikal. Bagi kursus kemajuan eksekutif ditawarkan latihan kepada peringkat eksekutif dalam kaedah pengurusan dan pentabiran, mereka akan ditempatkan di firma-firma Jepun dan Korea untuk mendalami pengurusan negara itu. Melalui usaha sama melalui institusi-institusi juga adalah salah satu strategi dalam Dasar Pandang Ke Timur, Kerajaan Malaysia akan menyediakan permohonan-pemohonan kepada pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di negara Jepun. Contohnya usahasama antara kerajaan Malaysia dengan Universiti Tokai dan Universiti Kyoto di Jepun. Program terkahir ditawarkan kepada pelajar-pelajar adalah skim latihan pembangunan usahasama, program ini di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) memberi peluang kepada usahawan bumiputra untuk meluaskan perniagaan ke negara timur ini, perniagaan ini dibuat berdasarkan “business contact” diantara rakan perniagan kedua-dua buah negara.

KESAN
            Dasar pandang ke timur ini mempunyai beberapa kesan yang baik kepada iklim ekonomi Malaysia. Melalui Dasar Pandang Ke Timur ini secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi negara. Ini kerana kebanyakan pelabur-pelabur dari negara Jepun dan Korea Selatan telah datang ke Malaysia untuk melabur. Secara tidak langsung akan memberi peluang pekerja kepada rakyat Malaysia. Ini akan mengurangkan jurang kemiskinan kepada rakyat Malaysia. Selain itu juga, aliran wang kurang juga dapat dikurangkan ke negara lain. Ini kerana segala kos dapat dikurangkan kerana pelabur-pelabur telah membuka kilang atau perusahan di negara ini.
            Selain itu wujud industri baru di dalam negara. Melalui perpindah teknologi dari negara Jepun dan Korea ini secara tidak langsung akan wujud indastri baru. Indastri ini seperti Lembaga Industri Berat Malaysia (HICOM), kilang pengeluaran besi waja dan kilang penapisan minyak telah wujud di negara melalui perjanjian usahasama dengan negara timur ini. Secara tidak langsung, kepakaran melalui industri ini akan diterima oleh penduduk tempatan disebabkan kewujudan industri yang baru ini. Selain itu juga, Malaysia juga telah membina kenderaan nasional sendiri iaitu Proton Saga, walaupun kebanyakan barang dalaman adalah buatan luar akan tetapi rekabentuk tersebut adalah keluaran Malaysia.
            Kesan dari dasar ini secara tidak langsung kemudahan asas juga dapat dibina dengan baik untuk kebaikan rakyat. Kemudahan infarstruktur ini dibina melalui kepakaran-kepakaran Jepun dan Korea dapat membantu negara Malaysia dalam membina infrasruktur ini. Contohnya pembinaan Jabatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan, dan bangunan dayabumi di bina berdasarkan kepakaran luar yang mengekalkan ciri-ciri ketimuran. Ini secara tidak langsung imej negara akan naik secara tidak langsung di persada dunia.

CABARAN
            Dalam merealisasikan dasar ini, beberapa perkara telah dikenalkan pasti sebagai cabaran yang akan dihadapi oleh kerajaan Malaysia.  Antaranya ialah, kehadiran syarikat-syarikat besar dari negara barat yang melabur di negara ini.  Kehadiran syarikat – syarikat besar dari barat ini sudah pastinya membawa budaya kerja mereka untuk diterapkan dan diamalkan oleh pekerja-pekerja tempatan.  Contohnya seperti Philip Morris (M) Sdn Bhd, Coca-Cola Company, dan lain-lain lagi.  Budaya kerja dari barat ini akan menyebabkan pertembungan budaya kerja antara timur dan barat.  Bagi menghadapi cabaran ini, pihak kerajaan Malaysia harus memainkan peranan melalui Jabatan Sumber Manusia untuk meletakkan syarat-syarat tertentu kepada pengurusan syarikat-syarikat besar dari barat ini agar budaya kerja tempatan dikekalkan.
Salah satu cabaran lain ialah, penerimaan masyarakat dan penjawat-penjawat awam dalam melaksanakan dasar ini. Budaya kerja masyarakat Jepun dan Korea adalah berkaitan komitmen, disiplin dan tanggungjawab.  Inilah perkara yang amat rumit untuk kerajaan Malaysia atasi.  Latihan yang disediakan hanyalah bersifat latihan kemahiran dan kepakaran.  Sedangkan masyarakt Jepun dan Korea telah menjadikan komitmen, disiplin dan tanggungjawab ini sebagai satu budaya yang mesti dipertahankan.  Kerajaan Malaysia melalui jabatan tertentu harus melaksanakan pembudayaan kerja dari peringkat akar umbi.  Masyarakat Malaysia harus dididik dari peringkat persekolahan untuk membudayakan kerajinan agar kita seiring dengan masyarakt Jepun dan Korea yang dianggap rajin dan berani untuk bergerak maju kehadapan.
Selain itu, terdapat kritikan dari penganalisis ekonomi seperti John Saravanamutu menyatakan bahawa melalui dasar pandang ke timur ini lebih menguntungkan negara Jepun dan Korea sebaliknya akan merugikan negara Malaysia sebagai negara membangun. Kritikan ini dilemparkan atas dasar penjajahan ekonomi Jepun dan Korea terhadap ekonomi Malaysia selepas perang dunia kedua, contohnya dapat dilihat melalui pengeluaran kereta nasional, walaupun kereta nasional keluaran Proton dibuat di Malaysia akan tetapi kompenen-komponen barang dalaman terpaksa di import dari negara Jepun. Secara tidak langsung Malaysia telah kerugian dari nilai mata wang disebabkan kereta nasional ini tidak dapat menembusi pasaran di Jepun.
Menurut Dr. Jomo K Sundram dari Univerisiti Malaya menyatakan dasar pandang ke timur ini juga tidak sesuai dilaksanakan kerana Malaysia mempunyai masyarakat pelbagai kaum, melalui pelbagai bangsa ini akan menyebabkan pelbagai rintangan dan halangan untuk melaksanakan dasar pandang ke timur yang di catuskan oleh Datuk Sri Dr Mahahathir Mohamad, perbandingan ini dibuat kerana di negara Jepun adalah negara yang homogen yang mempunyai satu bangsa sahaja. Ini secara tidak langsung Jepun dapat membina negara lebih baik berbanding Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum.
Walaupun terdapat pelbagai kritikan dan cabaran dalam dasar pandang ke timur ini, melalui sektor awam terdapat kemajuan sedikit sebanyak melalui dasar pandang ke timur ini. Contohnya penjawat awam perlu datang ke pejabat sebelum pukul 8.00 pagi dan pulang kerja seperti yang ditetapkan oleh pihak atasan. Sedikit sebanyak fenomena waktu pekerja dapat diselaraskan dan mendisplinkan penjawat awam semasa bertugas.

KESIMPULAN
            Kesimpulanya dasar “Pandang Ke Timur” ini sedikit sebanyak telah mengubah iklim ekonomi Malaysia sejajar dengan dasar “WAWASAN 2020” sebagai negara maju. Melalui dasar ini juga secara tidak langsung telah membuka mata negara barat dan timur terhadapat negara Malaysia merupakan negara membangun menuju kepada negara maju, ini dapat dilihat Malaysia telah dikenali di seluruh dunia seperti pembangunannya, ekonomi, dan sosial telah maju dengan cepatnya tanpa bantuan atau nasihat dari negara lain.





















BIBLOGRAFI
Chamil Wariya. (1989). Dasar Luar Era Mahathir. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti
 Sdn. Bhd.
           
Yusof Ismail. (1993). Dasar-dasar Kerajaan Malaysia. Penerbit A.S Noordeen
           
George J. Gordon. (1984). Public Administration in America, St. Martins Press New
York.
           
Abdul Rahman Muda. (Oktober 1989). Mari Pandang Ke Timur. Dewan Masyarakat,.

Shamsul Amri Baharuddin. (Febuari 1990). Dasar Pandang Ke Timur Selepas 10 Tahun.
Dewan Masyarakat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Besday Aku

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)