INFORMATION SEEKING BEHAVIOURS OF
RURAL WOMEN
Ahmad
Bakeri Abu Bakar
Universiti
Islam Malaysia, Malaysia
1/1/2012
PENGENALAN
Berdasarkan satu kajian
yang telah dilakukan oleh Ahmad Bakeri Abu Bakar dari University Islam
Antarabangsa Malaysia yang bertajuk “Information Seeking of Rural Women In
Malaysia”, beliau telah membuat satu kajian tentang wanita di sebuah bandar di
Selangor Darul Ehsan, iaitu Gombak. Kawasan perkampungan di Gombak telah
dijadikan tempat untuk membuat kejian beliau kerana penduduk di situ terdiri
daripada penduduk luar Bandar di Malaysia. Kajian ini telah dilakukan secara
menyeluruh terhadap kaum wanita iaitu focus utama kajian ialah tentang maklumat
tingkah laku mereka. Tambahan pula, sebelum ini, sudah terdapat banyak kajian
yang telah dilakukan dengan memberi penekanan dan tumpuan kepada penduduk luar
Bandar. Antaranya ialah seperti kajian yang telah dilakukan oleh Momodou (2002)
yang mendapati bahawa kekurangan maklumat dalam kuantiti atau jumlah yang betul
menjadi punca atau faktor yang membawa kepada 70 peratus daripada penghuni
kawasan luar bandar di Nigeria yang berhadapan dengan kemiskinan.
Berdasarkan
Siti Fatimah Abdul Rahman (2002), beliau percaya yang secara amnya, berdasarkan
institusi masyarakat traditional, tugas dan pekerjaan seorang wanita adalah
lebih kepada melakukan kerja-kerja rumah, menjaga anak-anak dan menjadi penyeri
untuk sesebuah institusi kekeluargaan. Walaubagaimanapun, ledakan perubahan
social dan juga ekonomi telah member kesan kepada masyarakat amnya bandar dan
juga luar bandar. Perubahan ini telah member kesan yang amat ketara kepada
nilai-nilai traditional. Kini, ramai wanita-wanita telah mengalami transformasi
perubahan yang amat ketara. Mereka bukan sahaja suri rumah sepenuh masa kini,
tetapi telah terlibat dengan pekerjaan sepenuh masa. Ahli perniagaan, ahli
politik, pemikir, dan juga pekerjaan lain kini bukan sahaja dipelopori oleh
kaum lelaki, tetapi juga kaum wanita yang telah menunjukkan minta untuk
menceburi diri dalam arena pekerjaan.
KAJIAN
DAN PERMASALAHAN
Wanita luar bandar yang dahulunya
hanya bekerja sepenuh masa di dapur kini telah mengalami transformasi perubahan
mengikut peredaran zaman. Mereka kini giat menceburkan diri dalam bidang
pekerjaan seperti industri perniagaan, perkhidmatan dan juga pertanian. Mereka
perlu mempelajari dan mempunyai asas pengetahuan yang cukup sebelum menceburi
diri dalam sektor perniagaan atau pekerjaan kerana ini dapat membantu mereka
untuk mendapatkan hasil pulangan yang lumayan. Mereka perlu mendalami cara-cara
untuk pertanian yang baik dan efektif, cara-cara untuk menghasilkan produk yang
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran, dan juga cara untuk menghasilkan
iklan yang baik untuk mengiklankan hasil pengeluaran mereka. Contoh tebaik yang
boleh diambil ialah dengan mencontohi kumpulan wanita di Negeri Semilan yang
telah menjalakan perniagaan pembuatan kek tradisional (Kementerian Pertanian
& Asas Tani). Dengan menggunakan aplikasi maklumat teknologi, wanita yang
tinggal dirumah boleh meliatkan diri mereka dengan menghasilkan pemasaran dan
pengiklanan yang hebat.
Sejak tahun 1991, kerajaan Malaysia
telah merangka pelan pembangunan untuk lima tahun yang memberi kelebihan kepada
wanita dan juga pembangunan. Pada
dasarnya, ini telah menjadi pemangkin untuk golongan wanita untuk memajukan dan
menaikkan taraf ekonomi dan hidup untuk negara. Wanita-wanita telah menggunakan
dan mengambil peluang ini untuk menyertai secara aktif dan turut serta dalam
usaha untuk memajukan ekonomi negara. Tambahan pula, kebolehan dan keupayaan
mereka telah digilap sepenuhnya dan tanpa melibatkan apa-apa bentuk
diskriminasi atau ketidakadilan. Sebagai
contoh untuk menunjukkan keupayaan wanita telah meningkat secara mendadak
sekarang ialah dengan melihat kepada angka kemasukan pelajar wanita dan lelaki
ke university atau institusi pengajian tinggi yang telah menunjukan peratusan
sebanyak 69% dan 31%.
Walaupun kemajuan telah
melanda dan dipelopori oleh wanita dalam semua sector ekonomi di Malaysia
namun, wanita lebih cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan
tahap rendah berbanding bidang pengurusan. Tambahan pula, wanita yang tinggal
di kawasan luar bandar atau kawasan pedalaman boleh dikatakan agak ketinggalan
dalam pencapaian berbanding dengan wanita yang tinggal di kawasan Bandar atau
perindustrian. Malaysia secara amya mempunyai satu satu fenomena yang
kebanyakkannya melanda atau menghantui penduduk di luar Bandar iaitu pada tahun
1970, 49.3% rakyat Malaysia menunjukkan keputusan isi rumah mereka berada di
paras atau di bawah garis kemiskinan.
Bilangan isi rumah
miskin luar Bandar telah mencatatkan rekod sebanyak 44% manakala 5.3% adalah
dari Bandar. Menjelang tahun 2002, hanya 2 peratus dan 11.4 peratus masing-masing
isi rumah bandar dan luar bandar hidup dalam kemiskinan. Selain kemiskinan luar
Bandar isi rumah juga berhadapan dengan masalah buta huruf. Keadaan ini
diburukkan lagi dengan kemunculan World
Wide Web dan teknologi Internet di mana kegunaan teknologi adalah penting dalam
era masyarakat berilmu. Satu kajian yang dilakukan oleh Mohd Noor (2007)
mendapati bahawa "Wujud perbezaan antara maklumat digital kaya dan digital maklumat yang miskin di
kalangan pelbagai kumpulan di Malaysia. Kebetulan, corak bahawa bekas yang
terletak di kawasan bandar manakala kedua di luar bandar, sebagai senario yang
sama seperti dalam kes kemiskinan.
Su
dan Conway (1995) telah membuat kajian atau uji kaji terhadap tingkah laku
penduduk luar Bandar yang telah mengalami proses penghijrahan atau dalam erti
kata lain pendatang dan focus utama kajian mereka ini lebih menumpukan kepada
kaum wanita. Manakala Mooko (2005) telah menyiasat tentang tingkah laku kaum
wanita yang mendiami kawasan perkampungan di Botswana. Akan tetapi,
sumber-sumber kajian atau penyelidikan terhadap siakap dan perangai kaum wanita
yang mendiami negara-negara membangun. Proses ini telah membantutkan usaha
untuk memajukan mereka dari segi ekonomi, budaya dan juga taraf hidup.
Bedasarkan
kajian yang telah dilakukan oleh Ahmad Bakeri Abu Bakar yang menggunakan kaedah survey terhadap tahap
pendidikan wanita yang tinggal di perkampungan di Gombak telah menunjukkan
beberapa hasil atau keputusan yang agak memeranjatkan. Dengan menjadikan 51
orang wanita sebagai respondent, hanya 3 responden atau 5.9 peratus yang telah
berjaya memiliki ijazah dari university. Manakala 2 responden atau 3.9 peratus
dari responden memiliki sijil diploma dan 37 responden atau 72.3 peratus dari
mereka berjaya untuk menamatkan persekolahan. Hanya 7 responden atau 13.7
peratus tidak menghabiskan alam persekolahan dan 2 orang rsponden tidak
menjawab soalan yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa kurangnya pengetahuan
atau kemahuan wanita di sana untuk meneruskan pelajaran dan mendalami ilmu
pengetahuan. Ramai diantara mereka yang hanya mengambil keputusan untuk
menamatkan alam persekolahan dan tidak mahu menyambung ke satu peringkat yang
lebih tinggi lagi.
Berdasarkan
kajian tentang status golongan wanita yang menetap di situ, Ahmad Bakeri
mendapati 65 peratus respondan telah melansungkan perkahwinan mereka di usia
belasan tahun. Manakala, 22 peratus dari respondan menberi jawapan berkahwin
ketika usia 20 hingga 30 tahun. Dan hanya 6 peratus melansungkan perkahwinan
ketika berumur 30 ke atas. Manakala 8 peratus respondan mengambil keputusan
untuk tidak menjawab soalan tersebut. Berdasarkan kajian itu, boleh disimpulkan
golongan wanita telah melansungkan perkahwinan mereka ketika tamat zaman
persekolahan.
Untuk
status memiliki anak, boleh dikatakan kesemua respondan telah mempunyai anak
dengan mencatatkan 96 peratus dan usia anak mereka kini adalah di antara 1
hingga 4 tahun. Manakala berdasarkan kajian tentang peluang bagi golongan
wanita di tempat tersebut untuk bekerja di luar kawasan, seramai 67 peratus
wanita menjawab mereka tidak menjalankan apa-apa aktiviti pekerjaan kerana
terlibar dengan aktiviti di kampong dan hanya 27 peratus wanita telah terliat
dengan pekerjaan di luar kawasan. Antara faktor utama mereka tidak bekerja di
luar kawasan adalah kerana faktor buta huruf dan juga kemiskinan yang
membantutkan usaha mereka.
Berdasarkan
kajian yang berteraskan tugas-tugas harian yang dilakukan oleh golongan wanita,
memasak dan menjadi suri rumah sepenuh masa mendapat jawapan yang paling tinggi
dan diikuti dengan penjagaan kanak-kanak. Di kawasan luar kampung, terdapat
kesedaran oleh golongan wanita untuk untuk mengurangkan taraf kemiskinan
seterusnya menaikkan taraf kehidupan mereka ke satu peringkat yang lebih tinggi
untuk mengejar kekayaan. Oleh itu, mereka telah menumpukan kejayaan anak-anak
mereka dengan memberikan anak-anak mereka peluang pendidikan dengan harapan
untuk mengubah nasib keluarga mereka. Antara tugasan mereka lain di rumah ialah
dengan menjaga kedua-dua iu bapa mereka. Tidak seperti di bandar-bandar di mana
terdapat rumah penjagaan untuk orang tua. Jenis institusi seperti itu tidak
wujud di kawasan luar bandar terutama di kampung-kampung. Wanita perlu
bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang tua dan sakit. Aktiviti sara diri
banyak depelopori dalam makanan harian dan keperluan, kerana kebanyakan
penduduk luar bandar terlibat dalam penanaman kecil-kecilan tanaman dan
penternakan ayam kerana tanah kampung yang mampu untuk memenuhi pendapatan
keluarga mereka.
Menurut
keputusan yang diperolehi dengan jenis maklumat yang sangat dititikbertakan
oleh golongan wanita dalam kehidupan mereka. Apabila wanita ditanya untuk
menunjukkan keperluan maklumat yang dianggap penting bagi mereka untuk
menjalankan kehidupan harian mereka mereka memilih kewangan atau adanya wang
untuk menjadi yang paling penting. Selain membiayai responden percaya maklumat
mengenai kanak-kanak, pendidikan agama, dan makanan adalah sangat penting dan
sterusnya maklumat tentang kesihatan. Mereka mencatakan keputusan 82 peratus,
80 peratus, 80 peratus,71 peratus bagi kewangan, pendidikan anak-anak, agama,
dan makanan manakala maklumat untukkeperluan maklumat kesihatan menerima 69%.
Sekali lagi, pendidikan kanak-kanak telah dititikberatkansangat penting oleh
wanita. Sebagai wanita yang berstatus penduduk luar bandar mereka tidak banyak
berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang hal-hal luar yang tidak
berkaitan daripada dengan isu-isu yang telah berlaku kampung. Oleh itu ia
adalah dijangka bahawa mereka tidak terdedah kepada apa yang berlaku di luar
kawasan mereka mahupun hal-hal yang berlaku melibatkan antaraangsa, sekali gus
perincian yang diterima bagi isu-isu antarabangsa adalah hanya 8 peratus.
Kajian
juga telah menunjukkan menunjukkan nilai yang dianggap sebagai sumber-sumber
maklumat yang disusun mengikut tahap kepentingan yang menunjukkan bahawa media
massa seperti surat khabar, majalah, televisyen dan radio lebih digemari oleh
mereka berbanding dengan penggunaan internet.
Ini menunjukkan corak penggunaan media oleh luar bandar masyarakat terutamanya
wanita yang telah ditunjukkan dalam banyak kajian dijalankan di negara-negara
maju dan membangun seperti contoh hakikatnya dalam membangunkan negara-negara
seperti Bangladesh dan El Salvador, media massa lazimnya digunakan untuk
mempromosikan program perancangan keluarga.
Untuk
kajian sumber pilihan wanita yang digunakan untuk mencari jenis maklumat yang
diperlukan untuk kehidupan harian mereka telah memfokuskan untuk mendapatkan maklumat
pada pemakanan, wanita mencari malumata daripada keluarga dan rakan-rakan dan
majalah sebagai utama sumber. Pada pendidikan anak-anak mereka mencari maklumat
daripada keluarga dan rakan bagi. Dalam kes pengindahan dan pengubahsuaian
rumah kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah daripada dari majalah.
Maklumat mengenai hobi atau kegemaran yang biasa dilakukan pada waktu lapang
atau senggang telah dipilih dari beberapa sumber seperti majalah, buku,
keluarga, dan rakan-rakan dan televisyen atau radio. Kaum wanita bergantung
kebanyakannya pada majalah untuk maklumat mengenai kesihatan. Sebagai penduduk
luar bandar majalah adalah bahan rujukan utama kerana mempunyai
beberapa bahagian maklumat kesihatan.
Wanita juga bergantung dengan sumber lain seperti keluarga dan rakan-rakan,
surat khabar dan televisyen atau radio untuk maklumat kesihatan. Ini adalah
menarik perhatian kerana wanita bergantung kepada maklumat daripada keluarga
dan rakan-rakan apabila untuk mendapatkan maklumat atau pandangan yang berkaitan
dengan kepada hal-hal kewangan. Sebagai
agama, dalam kes Islam, adalah satu aspek yang sangat penting untuk kehidupan
kampung wanita telah menggunakan beberapa sumber untuk memperkayakan diri
dengan maklumat agama. Sumber utama untuk jenis ini maklumat adalah daripada
menghadiri kelas-kelas agama atau kursus dan dari keluarga dan rakan-rakan.
Melengkapi sumber-sumber ini adalah ajaran agama daripada buku-buku dan agama
program yang ditawarkan oleh saluran
televisyen tempatan di negara ini.
Wanita
juga memerlukan internet untuk mendapatkan suatu maklumat atau pengetahuan.
Walaupun penggunaan internet adalah sangat rendah untuk golongan kaum wanita,
tetapi terdapat segelintir kaum wanita yang melayari internet untuk mendapatkan
maklumat untuk keperluan mereka. Apabila
wanita ditanya mengenai jenis maklumat yang diperlukan oleh mereka di Internet,
mereka bertindak balas dengan mereka memerlukan maklumat mengenai pendidikan
makanan dan kanak-kanak di atas senarai mereka pada 71 peratus. Ini diikuti
oleh kesihatan dan maklumat kewangan pada 64.3 peratus. keputusan menunjukkan
bahawa wanita akan cuba untuk mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh
didapati untuk jenis makanan dan pendidikan kanak-kanak walaupun keperluan
untuk menggunakan media elektronik untuk
mendapatkan jenis ini adalah menjadi satu maklumat keperluan.
Kaian
juga menunjukkan jenis sumber maklumat yang selalu dipilih oleh wanita di
Internet. Seperti yang dijangka wanita memilih Laman Web atau laman web
sumber-sumber yang berkaitan untuk mencari keperluan maklumat mereka. Walau
bagaimanapun, kita tidak mengharapkan wanita luar bandar untuk menggunakan
forum perbincangan di Internet segai
satu sumber rujukan atau maklumat. Selain daripada Laman Web wanita juga
melayari majalah dalam talian atau majalah untuk mencari keperluan maklumat
mereka. Wanita dikatakan tidak menggunakan e-mel untuk berkomunikasi tentang
keperluan mereka untuk maklumat yang berkaitan. Walau bagaimanapun, mereka amat
bersemangat atau tertarik dengan maklumat yang disampaikan melalui iklan dalam
talian dan e-book.
Sebahagian
daripada mereka telah menawarkan cadangan untuk mengatasi masalah melaui pemberian
dan pendedahan tentang artikel mengenai manfaat maklumat Internet, kesedaran,
kesihatan, pemakanan dan sebagainya yang perlu diedarkan dari masa ke semasa.
Banyak aktiviti maklumat berkaitan juga perlu dianjurkan oleh pihak berkuasa
seperti memberi kelas kesihatan,
internet, pemakanan dan sebagainya secara tetap perlu dimulakan. Satu dana
komuniti khas untuk program literasi IT juga disyorkan akan diperkenalkan untuk
semua wanita. Dana ini akan membolehkan program literasi IT akan disertai oleh
wanita miskin dan juga wanita diluar kawasan bandar. Sebuah perpustakaan,
seperti perpustakaan masjid telah dicadangkan untuk dibina di kampung untuk
memenuhi keperluan maklumat wanita khususnya masyarakat luar Bandar amnya.
Perpustakaan harus menggabungkan perkhidmatan Internet sebagai pintu masuk ke
dunia maklumat yang luas untuk wanita dan segmen lain komuniti. Perpustakaan juga
boleh menganjurkan program yang berguna seperti "pergi ke
perpustakaan" kempen dan lain-lain. Perkhidmatan perpustakaan bergerak
yang diperkenalkan oleh Perpustakaan Negeri Selangor oleh membantu dalam
mencapai semua kumpulan pengguna di kampung ini, seperti wanita dan kumpulan
kurang upaya yang kebanyakan masa mereka tinggal di rumah-rumah mereka. Ini
dapat membantu golongan wanita di luar kawasan Bandar untuk menambah ilmu serta
pengetahuan mereka tentang sesuatau bidang. Mereka juga dapat menerokai satu
alam baru untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka dan setrusnya menjadi
golongan yang berpelajaran dan mampu mewujudkan budaya berdaya saing dengan
pihak lain.
PERBINCANGAN
DAN PENYELESAIAN
Berdasarkan
ucapan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah Mansur,beliau percaya
bahawa perniagaan asas tani dan juga pendidikan mampu untuk memperkasakan
wanita luar bandar. Industry perkampungan perlu diperkembangkan lagi dengan
menghasilkan produk makanan dan kraftangan menerusi galakan dan bantuan dari
pihak kerajaan serta memujudkan rangkaian bekalan menyeluruh dan efficien
termasuk pemasaran produk berkualiti yang akn memberikan faedah serta
keuntungan kepada kaum wanita di luar Bandar. Disamping itu, perlu juga
dipersediakan kepada kaum wanita di luar Bandar untuk mereka menjana ekonomi
dan pendapatan yang mampan yang mampu membantu mereka untuk membolehkan mereka
memulakan perniagaan sendiri, sekaligus membantu mereka untuk berdikari dari
segi ekonomi.
Beliau
juga memdedahkan hawa kaum wanita seharusnya perlu untuk memanfaatan sepenuhnya
kemudahan kewangan, dan mereka juga perlu untuk melengkapi diri mereka dengan
ilmu pengetahuan yang betul dan juga perlu belajar kemahiran menjalankan
perniagaan, pemasaran, akaun asas dan juga cara melayan pelanggan dengan betul.
Kerajaan dan juga sector swata harus menggembleng tenaga untuk melabur dalam
infrastruktur dan teknologi untuk menjimatkan tenaga buruh dan meningkatkan
produktiviti untuk meningkatkan penyertaan kaum hawa di luar bandar. Rosmah
juga berkata bahawa separuh daripada 3.4 bilion orang yang tinggal di kawasan
luar Bandar pada hari ini terdiri daripada wanita, dan mereka juga merupakan 43
peratus daripada tenaga buruh pertanian dari Negara-negara membangun manakala
di Timur dan Asia Tenggara serta sub-Sahara, hampir 50 peratus daripada tenaga
kerja pertanian adalah wanita. Manakala kerajaan Malaysia telah menyasarkan
hampir 4 000 usahawan baru wanita termasuk dari kawasan luar Bandar mampu
dilahirkan. Rosmah juga menambah di Malaysia, kerajaan bukan sahaja mengambil
langkah untuk memperkasakan wanita di luar Bandar tetapi juga untuk membasmi
kemiskinan yang membendung.
Skop
kebajikan di Malaysia sedang diperluaskan daripada hanya berdasarkan ukuran pendapatan
sahaja dengan turut disertai dengan aspek kesihatan, pendidikan, nutrisi, dan
juga kualiti hidup amnya. Selain itu, kekangan lain sedang dirungkai untuk
mengoptimumkan dan memperkasakan wanita tehadap sector pertanian di luar
Bandar. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah melancarjan satu Pelan Transformasi
dengan satu daripada bidang tumpuan ialah dengan meningkatkan taraf hidup
isirumah berpendapatan rendah.[1]
KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui kajian ini telah mendedahkan keperluan maklumat dan mengkaji
tingkah laku wanita yang mendiami kawasan persekitaran luar bandar Malaysia.
Wanita yang disoal menyatakan bimbang dengan hal yang berkaitan dengan makanan
dan pendidikan kanak-kanak. Untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan
pendidikan dan kanak-kanak serta pemakanan
wanita menggunakan keluarga atau rakan-rakan dan Majalah terkenal sebagai sumber utama.
Apabila mencari maklumat mengenai makanan dan pendidikan kanak-kanak melalui
Internet kebanyakan wanita menggunakan laman web yang relevan atau Laman Web yang
berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Di samping itu mereka
juga menggunakan talian berkala atau majalah. Secara umumnya mereka menyatakan
bahawa kampung mereka kekurangan infrastruktur yang menghalang kejayaan mereka
untuk mendakpatkan maklumat yang mereka perlukan. Mereka berharap bahawa pihak
berkuasa akan membantu mereka dalam mengatasi masalah mereka. Mereka
mencadangkan penubuhan perpustakaan masjid yang mempunyai kemudahan Internet di
kampung mereka sebagai penyelesaian jangka pendek kepada masalah mereka. Dalam
jangka masa panjang perkhidmatan
perpustakaan awam perlu ditubuhkan di kampung mereka oleh kerajaan untuk
memenuhi pelbagai kepentingan luar bandar.