Ditulis: Noor Zalika Bt Mahmad Zuki
Negeri: Kedah
1.
PENGENALAN
Secara
zahirnya,setiap manusia yang dilahirkan ibarat sebidang kain putih tanpa
sebarang noda dan palitan dosa. Terserah pada yang melahirkan untuk
bertanggunjawab bagi membina dinding-dinding keimanan dan tatasusila buat
tangkal pembimbing diri sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini. Kejayaan
dan kegagalan seseorang itu terletak pada didikan, tunjuk ajar, serta ilmu
pengetahuan yang dicurahkan kepadanya iaitu berkait rapat dengan pembangunan
modal insan seseorang. Sebagaimana yang ditafsirkan Amir Hamzah Abdul, Halimah
Abdul Manaf, Nur Syakiran Ahmad Islam dan Zalimah Ahmad (2003) seperti berikut:
“Nilai
adalah kepercayaan asas atau pegangan asas seseorang mengenai apa yang benar
dan apa yang salah…manusia tidak dilahirkan dengan satu set nilai. Setiap orang
membentuk satu sistem nilai dari mengikut pertumbuhan dan kematangannya. Nilai
dipelajari oleh manusia sejak kecil lagi. Nilai-nilai ini dimiliki daripada
bapa, kerabat, sahabat, sistem pendidikan dan daripada sumber luar yang lain
seperti persekitaran budaya.”
Mengimbau pula dari segi sikap yang
sering disebut sebagai mentaliti mahupun perlakuan, namum sebenarnya mencukupi
aspek yang lebih luar iaitu satu kecenderungan untuk melihat secara relatifnya
berkekalan (Amir Hamzah Abdul et. al). Sekiranya aspek nilai, kepercayaan dan
sikap yang tepat dapat diterapkan dalam minda dan keterampilan ibubapa, kita
khususnya dalam kesedaran perkembangan kanak-kanak ini, secara tidak langsung
akan memberi impak yang besar kepada negara. Pastinya, nilai, kepercayaan dan
sikap positif ini perlulah diselaraskan dengan kesedaran terhadap ibubapa terhadap
perkembangan kanak-kanak.
Justeru itu, melalui media-media
masa pada masa kini telah menonjol secara realiti kehidupan mengenai isu-isu
perkembangan kanak-kanak yang telah menjadi harapan kepada bangsa dan negara
dalam proses perkembangan yang lebih efektif. Namun, terdapat isu-isu yang
besar telah memberi kesan yang amat besar dalam proses perkembangan kanak-kanak
ini menjadi isu nasional yang membawa kesan positif dan negatif di kalangan
ibubapa serta masyarakat pada generasi Y pada masa kini, khususnya di bawah
pusat jagaan kanak-kanak ini telah menjadi perhatian oleh masyarakat seperti
perkembangan kanak-kanak, isu penderaan bayi, kelalaian pengasuh serta isu-isu
sampingan yang menjadi perhatian oleh media untuk diketengahkan pada masa kini.
2.
DASAR,
POLISI, AKTA
Mengikut
Akta 550 yang telah memansuhkan Akta Pelajaran 1961 disebabkan menyelaraskan
dengan pelaksanaan dasar pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(Akta Pendidikan 1996). Dibawah adalah dasar, polisi serta Akta yang telah
dikuatkuasa dalam Akta tersebut:-
Dasar
/ Polisi / Akta
|
Fokus
Umur (Tahun)
|
Convention On The Rights Of the Child
– CRC
|
0 – 18
|
Child Act 2001 (Act 611)
|
0 – 18
|
Childcare Centers Act 1984 &
Amedment 2007(Act 308)
|
0 – 4
|
Education Act 1996 ( Act 550 )
|
4 – 6
|
Education Act 1996 (Regulation of
Special Education 1997)
|
4 – 6
|
Education Development Master Plan
(PIPPT) 2006 – 2010
|
5 – 6
|
The Early Childhood Care &
Development (ECCD) Policy 2007
|
0 – 8
|
Child Health Services Policy – 1950
|
0 – 18
|
National Child Protection Policy (Act
574 & 521)
|
0 – 18
|
National Policy on Disable Child
(article 21 of CRC)
|
0 – 18
|
National Policy on Indigenous Child
(article 30 of CRC)
|
0 – 18
|
9th Malaysian Plan (2006 –
2010)
|
0 – 18
|
(Sumber: Azman B. Abdul Salam: 2009)
Jika dilihat Akta 611 iaitu Akta
kanak-kanak berdasarkan bahagian 5 bab 3 dapat difinisikan bahawa jika pengasuh
atau penjaga mengabaikan kanak-kanak tersebut dari segi fizikal, kesihatan,
pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat penjagaan kanak-kanak boleh
diambil tindakan undang-undang terhadap penjaga kanak-kanak tersebut yang telah
melakukan penderaan keatas kanak-kanak. Dengan adanya Akta ini menunjukkan
bahawa kanak-kanak yang berada di pusat jagaan atau taska ini secara tidak
langsung memberi hak dan pembelaan kepada kanak-kanak yang telah didera oleh
pengasuh atau penjaga semasa berada di dalam pengawasan mereka agar tidak
bertindak dengan sesuka hati. Justeru itu, satu dasar perlindungan kanak-kanak
negara telah dirangka oleh kerajaan Malaysia ini secara tidak langsung memberi
perlindungan kepada kanak-kanak agar organisasi, masyarakat mahupun badan NGO
menjalankan tanggungjawab bersama dalam mengatasi penderaan kanak-kanak di
pusat asuhan kanak-kanak yang terlibat tersebut.
Berdasarkan garis panduan
pengendalian kanak-kanak di taska dan panduan yang telah dibuat oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia. Objektif utamanya adalah memastikan kanak-kanak dan
persekitaran pusat asuhan perlulah berada dalam keadaan selesa dan mengikut
peringkat umur kanak-kanak dalam pertumbuhan pembesaran mereka. Ini menunjukan
kerajaan Malaysia memandang serius tahap kesihatan kanak-kanak yang berada di
pusat asuhan tersebut dalam keadaan yang optima dalam perkembangan kanak-kanak.
Selain itu juga, pihak taska atau pusat asuhan juga memastikan bahawa
kanak-kanak tersebut perlu bebas dari sebarang penyakit. Peranan guru atau
penjaga pusat asuhan juga adalah menjalankan pemantauan berkala dari semasa ke
semasa untuk menjamin tiada penularan penyakit dikalangan kanak-kanak.
3.
KELEMAHAN
Berdasarkan huraiaan diatas,
didapati masih berlaku lagi penderaan kanak-kanak di pusat asuhan di Malaysia
ini. Perkara ini berlaku disebabkan terdapat pelbagai faktor luaran dan dalaman
yang terjadi di pusat asuhaan tersebut. Faktor-faktor ini disebabkan oleh:
i.
Kurang
pendedahan atau latihan
Kebanyakkan penderaan
yang sering berlaku ini di pusat asuhan persendirian atau swasta. Statistik
menunjukkan bahawa penderaan kanak-kanak sering berlaku di pusat asuhan kanak-kanak
yang tidak didaftarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Secara
tidak langsung, pengasuh yang diambil kerja tersebut tidak mempunyai pengalaman
dan pendedahan dalam penjagaan kanak-kanak yang sempurna. Pusat asuhan yang
tidak menghantar pelatih atau perkerja ke tempat latihan yang bertuliah ini
memberi alasan bahawa kos yang dikenakan tersebut adalah sangat mahal, selain
itu juga alasan yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat oleh pusat
asuhan tidak berdaftar ini juga memberi alasan tiada pendedahan maklumat untuk
memberi latihan seperti masa, tempat serta maklumat dari Kerajaan untuk memberi
latihan kepada pelatih atau pengasuh mereka. Sikap tidak peka ini secara tidak
langsung salah satu telah menyebabkan kes penderaan kanak-kanak ini meningkat
dari semasa ke semasa sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan kepada
pihak berkuasa. Dengan peningkatan kes ini secara tidak langsung menyebabkan
terpalik kefahaman atau pemikiran kepada masyarakat bahawa pusat asuhan yang
ada pada masa kini adalah tempat tidak selamat untuk anak-anak mereka.
ii.
Kurang
pemantauan dari pihak berkuasa
Faktor
ini juga menyumbang kepada penderaan di kalangan kanak-kanak di pusat asuhan
sering terus meningkat. Faktor ini disebabkan pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat kekurangan kakitangan untuk memantau pusat asuhan yang terdapat di Malaysia
kini. Oleh demikian, faktor kekurangan kakitangan ini secara tidak langsung
menyebabkan pusat asuhan sama ada yang telah berdaftar atau tidak berdaftar ini
memberi tanggapan bahawa pihak kerajaan tidak akan datang memantau atau
memeriksa pusat asuhan persendirian mereka. Dengan ruang yang ada ini secara
tidak langsung akan memberi ruang kepada penjaga pusat asuhan tersebut mendera
kanak-kanak di pusat asuhan mereka secara tidak langsung atau langsung dari
segi fizikal mahupun emosi kanak-kanak.
iii.
Tidak
ada keperihatinan masyarakat.
Tiada sikap keperihatinan
di kalangan masyarakat juga salah satu faktor penyumbang kepada kes penderaan
kanak-kanak ini. Pada generasi sekarang, masyarakat yang hidup di kawasan bandar
hampir terhakis sikap kejiranan atau sikap mengambil tahu di persekitaran
mereka, punca ini disebabkan masyarakat sekarang tidak mengambil peduli hal
setempat kerana mengejar kekayaan sendiri. Secara tidak langsung ibubapa atau
masyarakat menyerah sepenuhnya tanggungjawab kepada pusat asuhan untuk mendidik
anak mereka. Secara tidak langsung, kanak-kanak ini akan menjadi kemurungan
jika berlaku penderaan ke atas mereka disebabkan tiada tempat mengadu
terutamanya ibubapa mereka yang lebih mementingkan kerjaya berbanding mengambil
tahu perihal anak-anak mereka. Jika dilihat kepada permasaalahan ini, secara
tidak langsung pengasuh atau pusat asuhan tersebut lebih berani untuk mendera
kanak-kanak di bawah jagaan mereka disebabkan kelalaian ibubapa mereka mahupun
masyarakat setempat tidak peka masalah yang terjadi di persekitaran mereka.
iv.
Masalah
kewangan pusat asuhan.
Bagi pusat asuhan
persendirian ini, kebanyakkan kewangan bergantung sepenuhnya dengan yuran yang
dikenakan kepada ibubapa. Jika melihat senario ini, boleh membuat kesimpulan
bahawa jika pusat asuhan tersebut kurang mendapat permintaan penjagaan kanak-kanak
ini secara tidak langsung akan menyebabkan perniagaan pusat asuhan tersebut
kekurangan kemudahan seperti prasarana untuk kanak-kanak dibawah jagaan mereka,
prasarana ini sangat penting untuk perkembangan kanak-kanak dalam perkembangan
mereka. Jika pusat asuhan tersebut mengambil lebihan kanak-kanak juga didapati
terdapat kesan negatif, seperti kepadatan kanak-kanak untuk menampung premis
perniagaan mereka, masalah ini juga menyebabkan berlaku kekurangan guru atau pekerja
untuk menjaga kanak-kanak, contohnya seorang guru atau penjaga terpaksa
mengurus sehingga sepuluh kanak-kanak taska ini, disamping itu juga, guru
tersebut terpaksa membuat kerja sampingan seperti memasak, mengajar dan juga
menguruskan pentadbiran pusat asuhan tersebut. Dengan kesan tekanan kerja ini
akan menyebabkan pihak pengasuh mengalami tekanan atau stres di tempat kerja
dimana secara tidak langsung akan
menyumbang kepada penderaan kanak-kanak di taska persendirian ini.
4.
KEKUATAN
Setiap masyarakat
mahupun pusat asuhan kanak-kanak perlulah memainkan peranan bersama kerajaan
membantu dalam sahsiah serta pendidikan awal kanak-kanak sejajar arus
perkembangan pembangunan negara, oleh itu, berdasarkan isu-isu penderaan
kanak-kanak keatas pusat jagaan kanak-kanak ini sedikit sebanyak dapat membantu
mengurangkan kes penderaan ini secara amnya. Oleh demikian, setiap organisasi,
masyarakat mahupun individu perseorangan perlulah mengambil bahagian serta
peranan dalam merialisasikan matlamat Negara untuk melahirkan bangsa yang maju.
Kekuatan ini dapat dilihat melalui pelbagai sudut seperti:-
i.
Peranan
Kerajaan
Dasar Kanak-kanak
Negara yang telah ditubuhkan bertujuaan memberi pendidikan awal bagi
kanak-kanak. Secara tidak langsung setiap guru atau tenaga pengajar seperti
pengasuh kanak-kanak akan diberikan latihan, penerangan, maklumat, polisi serta
pendedahan Akta kepada pihak berkenaan. Program PERMATA yang dilancarkan oleh
Datin Sri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri dalam memberi pendidikan awal
bagi kanak-kanak. Secara tidak langsung, peluang ini dapat direbut oleh
pusat-pusat asuhan kanak-kanak dalam memberi latihan kepada guru-guru atau
perkerja mereka. Dengan pendedahan yang telah diberi ini secara tidak langsung
akan dapat memberi maklumat yang amat berguna kepada pusat asuhan untuk
mencapai matlamat negara dalam menuju Wawasan 2020. Tidak dapat dinafikan
bahawa peranan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya secara tidak
langsung memberi implikasi dalam pengurangan penderaan kanak-kanak di Malaysia
ini.
ii.
Peranan
NGO
Selain kerajaan,
badan-badan NGO juga turut memain peranan dalam pengurangan penderaan yang
berlaku seban hari yang telah dilapurkan oleh pihak media. Contohnya badan NGO
dibawah naungan Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah seperti Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti sedikit sebanyak memain peranan dalam penderaan kanak-kanak. Ini
disebabkan program-program yang dianjurkan oleh badan NGO tersebut secara tidak
langsung akan memberi gambaran kepada masyarakat keperhatinan bersama antara
masyarakat dengan kerajaan dalam mengurangkan genjala ini. Penglibatan yang
dibuat oleh badan-bandan NGO ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa
peranan masyarakat dalam kes-kes penderaan kanak-kanak ini telah memberi kesan
yang amat besar terhadap kanak-kanak sama ada dari segi emosi mahupun fizikal.
iii.
Peranan
Media
Media juga salah satu
sumber dalam menyebarkan isu-isu penderaan yang terdapat di masyarakat setempat
mahupun pusat asuhan. Secara tidak langsung melalui penyebaran media ini juga
telah memberi kesan impak yang besar kepada masyarakat terhadap isu-isu
penderaan ini, media masa juga berperanan dalam memberi kesedaran kepada
masyarakat mengenai penderaan kanak-kanak ini. Justru itu, dengan perkembangan
teknologi seperti kemudahan internet juga secara tidak langsung telah memberi
gambaran mengenai kanak-kanak yang terdapat di pusat jagaan ini. Dengan respon
atau maklum balas yang diberi oleh masyarakat ini secara tidak langsung
membantu pihak kerajaan mahupun badan-badan yang bertanggunjawab ini bertindak
dengan pantas untuk menangani masalah penderaan yang berlaku di kalangan
kanak-kanak khususnya di pusat penjagaan kanak-kanak ini.
iv.
Peningkatan
Kesedaran Dalam Masyarakat
Pada masa kini,
didapati masyarakat mula sedar kepentingan pusat asuhan yang sempurna dan juga
mempuyai guru atau penjaga yang cekap. Ini dapat dibuktikan walaupun terdapat
percambahan pusat-pusat jagaan persendirian tumbuh dengan pesatnya, akan tetapi
masyarakat pada masa kini dapat menilai dengan lebih baik untuk menghantar anak-anak
mereka ke pusat jagaan kanak-kanak mahupun pusat pendidikan awal kanak-kanak.
Walaupun kes penderaan kanak-kanak masih lagi kedengaran di media-media ini,
secara tidak langsung ibubapa mengambil sikap berhati-hati dalam memilih pusat
jagaan kanak-kanak yang terdapat di negara kita kini.
5.
PENAMBAHBAIKAN
Walaupun negara kita
telah menuju status negara maju, pendidikan awal kanak-kanak ini juga amatlah
dititik berat dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh demikian, segala Akta,
polisi, undang-undang mahupun perkhidmatan kanak-kanak amatlah dititik berat selaras dengan wawasan 2020. Dengan
kelemahan dan kekuatan yang ada ini, secara tidak langsung perlulah adanya
penambahbaikan dari semasa ke semasa selaras dengan kemajuan negara menuju
wawasan 2020. Antaranya penambahbaikan yang perlu dilakukan dan dicadangkan
untuk mengelak penderaan kanak-kanak di pusat asuhan seperti berikut:-
i.
Meningkatkan
profesionalisme perguruan pendidikan awal kanak-kanak
Guru-guru asuhan
kanak-kanak juga perlu diberi latihan serta pendedahan yang lebih tinggi. Ini
kerana dengan peningkatan untuk martabat perguruan di kalangan guru asuhan ini
secara tidak langsung akan memberi kesan kepada negara dalam masa jangka
panjang dalam melahirkan kanak-kanak yang mempunyai pendidikan lebih awal
sebelum menempuh kealam sekolah rendah. Dengan pengalaman serta latihan yang
telah diberi tersebut, sedikit sebanyak akan memberi kesan kesedaran kepada
guru-guru tentang kepentingan pendidikan terhadap kanak-kanak ini, secara tidak
langsung dengan tanggunjawab yang dipikul oleh guru pusat asuhan tersebut
sedikit sebanyak akan mengurangkan kes-kes penderaan di dalam pusat asuhan
kanak-kanak yang sering kita dengar semakin meningkat saban tahun disebabkan
kekurangan latihan dalam penjagaan kanak-kanak ini. Oleh itu, kepentingan guru
juga adalah salah satu kepentingan kerajaan supaya dapat mengurangkan kes
penderaan kanak-kanak di dalam pusat asuhan.
ii.
Penyebaran
maklumat di dalam masyarakat.
Pihak kerajaan, badan
NGO mahupun media amatlah memainkan peranan dalam penyebaran maklumat tentang
penderaan kanak-kanak ini. Pihak kerajaan, NGO dan media hendaklah berganding
bahu memikul tanggunjawab sosial ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat.
Oleh itu, pihak ini perlulah sering mengadakan seminar, road show, serta peranan di media cetak dan elektronik
ini amatlah penting agar maklumat penderaan kanak-kanak ini dapat disampaikan
secara berkesan kepada masyarakat. Dengan gandingan bahu dari badan-badan ini,
kes-kes penderaan kanak-kanak sedikit sebanyak dapat diturunkan pada indek
penderaan yang telah menjadi duri dalam daging yang menyebabkan kanak-kanak
yang tidak bersalah menjadi mangsa.
iii.
Pertukaran
Maklumat Antarabangsa
Kerajaan Malaysia juga
boleh menjalankan pertukaran maklumat diantara negara-negara lain. Ini dapat
dibuktikan Program PERMATA yang telah dilaksanakan hasil lawatan Pusat
Kecermalangan Kanak-kanak Pen Greendi Corby, London yang telah diolah modul
tersebut mengikut kesesuaian dengan Masyarakat Malaysia untuk diselaraskan
dengan pendidikan di Malaysia. Dengan jalinan ini secara tidak langsung akan
mewujudkan pelbagai kursus jangka panjang dan pendek bagi pengurusan taska
mahupun pusat asuhan kanak-kanak ini. Dengan penerimaan modul yang terkini
serta bersesuaian yang telah digariskan oleh pihak kerajaan ini sedikit
sebanyak kes-kes penderaan kanak-kanak di pusat asuhan akan berkurangan malah
secara tidak langsung akan meningkatkan kualiti pusat asuhan tersebut.
iv.
Peningkatan
Infrakstruktur Pusat Asuhan
Kerajaan juga perlu
memainkan peranan yang amat penting bagi meningkatkan insfrakstruktur pusat
asuhan. Kanak-kanak berkembang seiringin dengan usia, oleh itu sikap ingin tahu
dan berkomunikasi bersama kawan sepermainan amat penting dalam peningkatan usia
kanak-kanak mereka. Dengan peruntukan yang diterima dari kerajaan mahupun
agensi pinjaman seperti Bank memberi kemudahan pinjaman secara tidak langsung
akan meningkatkan pasarana yang terdapat di pusat asuhan. Dengan adanya
pasarana yang lengkap ini secara tidak langsung akan mengurangkan bebanan atau
stress dikalangan guru. Dengan cara ini pengurangan penderaan kanak-kanak ini
dapat dilakukkan oleh pihak berkenaan.
v.
Pemantauaan berkala oleh badan
bertanggunjawab.
Kerajaan juga perlu
menubuhkan pasukan khas yang terdiri dari orang yang berpengalaman dalam urusan
penjagaan kanak-kanak. Tugasan tersebut hendaklah dijalankan pihak berkenaan
dengan memantau pusat asuhan sama ada yang telah didaftarkan atau tidak
didaftarkan. Bagi pusat asuhan yang ingkar hendaklah diambil tindakan serta-merta
bagi mengelak kejadiaan yang tidak diingini. Oleh itu, satu perjawatan khas
hendaklah dikaji dan ditubuh bagi melaksanankan pemantauan yang hendak
dijalankan oleh pasukan tersebut agar kes-kes penderaan yang terus meningkat
ini dapat di sifar oleh pihak kerajaan bagi menjaga kesejahteraan kanak-kanak
yang akan mentadbir negara pada masa hadapan .
6.
KESIMPULAN
Berdasarkan huraian mengenai kes
penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska tersebut telah mengemparkan
masyarakat Malaysia. Dengan adanya kesedaran semua pihak sebagai tanggungjawab
sosial ini secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa kita sebagai
Masyarakat Malaysia sering mengambil perkembangan semasa sama ada dari
perkembangan kanak-kanak. Dengan adanya penguatkuasa undang-undang yang
terdapat di Malaysia ini pembelaan terhadap kanak-kanak ini dapat dilakukan
oleh pihak berkenaan. Kesimpulan secara menyeluruh mengenai isu ini adalah
Kerajaan Malaysia bersama masyarakat haruslah berganding bahu menyelesaikan isu
ini secara positif terhadap penderaan di pusat asuhan kanak-kanak ini. Ini
kerana ia melibatkan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut dalam jangka masa
panjang. Perlulah ditegaskan, bahawa penderaan kanak-kanak ini perlulah
ditangani secara bijak dan tindakan keras harus diambil kepada pesalah.
7.
RUJUKAN
Amir
Hamzah Abdul, Halimah Abdul Manaf, Nur Syakiran Akmal Ismail,
Zalina Ahmad.
(2003). Organisasi dan Masyarakat:
Kedah.
Universiti Utara Malaysia.
Bahagian
kawalan penyakit. (2007). Garispanduan
Pengendalian Kanak-
kanak
di Taska dan Prasekolah: Kuala Lumpur: Kementerian
Kesihatan Malaysia.
Akta 611. (2001). Akta kanak-kanak 2001 (edisi baru). Malaysia.
Pencetakan Nasional Malaysia Berhad
Aminah
Ayob et.al. (2008). Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kamarul
Azman b. Abd Salam. (2009). Kursus Asuhan
Dan Pendidikan
Awal
Kanak- kanak dalam nota kuliah satu (1):
Sejarah
Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.