Monday, February 13, 2012

PERANAN PIHAK PENJAJAH BRITISH DALAM PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN 1970



 TAJUK:          PERANAN PIHAK PENJAJAH BRITISH DALAM PROSES
                        PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM TAHUN
                        1970

1.                  PENDAHULUAN
            Sebelum kedatangan penjajah di Nusantara pada abad ke 6, Tanah Melayu merupakan salah satu negara yang amat makmur dari segi ekonomi, pertanian, ilmu sumadra, struktur sosial, kesenian serta pentabiran yang tersusun. Kesan-kesan sejarah ini boleh dilihat melalui empayar Melaka yang gah serantau dunia yang berdiri sama tinggi dengan Negara China pada masa tersebut adalah salah satu kuasa dunia yang amat besar dalam kemajuan semua aspek.
Dengan populariti yang telah dibina ini sedikit sebanyak telah  menyebabkan negara-negara lain seperti Arab, India, China serta Eropah datang berdagang di Tanah Melayu pada masa tersebut disebabkan kestabilan ekomoni, politik serta mempunyai kedudukan perdagangan yang strategi kerana Melaka dilindungi angin monson, ini memberi kelebihan kepada Melaka secara tidak langsung sebelum perdagang dari Eropah, China dan  India meneruskan perjalanan  ke Indonesia serta negara lain. Oleh itu aktiviti perdagangan yang wujud ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Melaka menjadi pusat perdangangan dunia pada waktu tersebut.
1.1             
Golongan Pemerintah
 

Sistem Politik




















                        Dari segi politik Melaka mempunyai struktur yang amat mantap dalam pentadbiran dalam  mengurus hal ehwal negara. Dalam  struktur pentabiran Melaka terdiri golongan pemerintah dan golongan diperintah.
Bagi golongan pemerintah ini ditabir di peringkat negeri yang terdiri golongan Raja atau Sultan, Raja adalah ketua negara yang mempunyai daulat atau kuasa yang tidak boleh dipertikai oleh semua golongan bangsawan atau  rakyat, Kuasa Raja atau Sultan ini diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi berikutnya.          
Bagi golongan kedua di dalam struktur pentadbiran  pemerintahan terdiri daripada  golongan para  pembesar. Pembesar-pembesar ini melaksanakan perintah-perintah raja atau sultan di peringkat daerah atau  jajahan di dalam negara tersebut. Di Melaka jawatan para pembesar ini seperti Bendahara, Pengulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana, setiap pembesar tersebut mempunyai peranan masing-masing dalam pentadbiran negara.
Bagi golongan rakyat terdiri di dalam golongan diperintah, rakyat-rakyat ini memain peranan dalam menjana ekonomi negeri Melaka pada masa tersebut. Aktiviti ekonomi mereka seperti peniagaan, pertanian, pertukangan dan mencari hasil hutan, untuk golongan ini mereka perlu membayar cukai kepada golongan pemerintah,. Sebagai balasanya golongan pemerintah memberi kebebasan kepada rakyat agar hidup dalam makmur.
Bagi golongan bawah  sekali dalam golongan diperintah adalah golongan hamba,. Hamba-hamba ini terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang, hamba warisan, hamba tawanan perang serta hamba abdi.
Melalui struktur pentadbiran Melaka diatas menunjukan keutuhan pentadbiran yang terdapat pada zaman tersebut merupakan Tanah Melayu mempunyai zaman kegemilangan yang dikenali pada zaman tersebut. Dengan sumber-sumber negara yang banyak  serta mempunyai kedudukan geografi yang strategi  secara tidak langsung telah menaruh  minat kepada negara-negara eropah untuk menakluki Tanah Melayu  bagi  tujuan mengambil kekayan yang terdapat di Tanah Melayu pada masa tersebut.



2.                  PENAKLUKAN BARAT
Pada abad ke-16 dan ke-17, negara-negara eropah telah keluar dari zaman kegelapan,  seperti Belanda, Portugis, dan British berlumba-lumba bagi menakluki negara-negara di Asia untuk mengambil kekayaan yang terdapat di Tanah Melayu. Situasi ini terjadi kerana negara eropah telah membentuk satu jaringan ekonomi yang kukuh hasil penaklukan  negara yang akan dijajah tersebut agar dibawa balik ke negara mereka, hasil bumi seperti rempah-ratus, timah, arang batu adalah sumber utama yang terdapat di Tanah Melayu tersebut  telah menarik minat negara eropah untuk menakluki bagi memenuhi keperluan negara mereka.
Melalui perjanjian Inggeris-Belanda (1824), dengan  menukarkan Bangkahulu diserahkan kepada Belanda manakala Melaka diberi kepada Inggeris. Ini telah menyebabkan wujudnya negeri-negeri selat. Bagi negeri-negeri utara ini kebanyakan dikuasai oleh Siam ini turut menarik minat Inggeris untuk mewujudkan Negeri Melayu sebagai koloni Inggeris.
Penaklukan-penaklukan yang dilakukan oleh negara Eropah ini disebabkan pengaruhi dasar-dasar yang dibawa oleh mereka seperti Mekantilisme, Imperlisme dan Kolonialisme. Dasar-dasar ini kerana negara-negara barat beranggapan bahawa Barat adalah lebih maju serta bertamadun dan mempunyai kekuatan dari segi ekonomi, politik, dan sosial di negara tersebut.

2.1       Mekantilisme
Dasar Ekonomi ini dilaksanakan oleh sebab mewujudkan negara bangsa di negara eropah. Matlamat mekantilise ini ialah menambah  kekayaan,  kekuasaan, dan  kebajikan  melalui pemilikan logam-logam seperti emas dan perak. Oleh itu, untuk mencapai  matlamat dasar ini, negara yang mengamalkan dasar ini mengenakan cukai yang tinggi kepada pelabur dari luar demi melindungi sektor perindustrian mereka. Selain itu juga, melalui dasar Mekantilisme ini juga akan tercapai melalui peperangan dan penaklukan  terhadap negara lain bagi menambah hasil pendapatan negara mereka dengan cara  pengambilan secara paksa negara yang ditakluki oleh mereka,
Mekantilisme juga boleh dicapai melalui perdagangan, secara tidak langsung  mekantilisme juga dianggap  sebagai ‘economic nationalism’ disebabkan persaingan  melalui  peperangan dan melihat persaingan-persaingan ekonomi mereka sebagai musuh. Apabila kekayaan telah diperolehi dari negara lain, langkah yang diambil melalui dasar ini adalah membesarkan bilangan angkatan tentera bagi menjamin keselamatan negara mereka. Setelah kekuatan angkatan tentera tersebut telah menjadi kuat, negara yang mempunyai angkatan tentera yang besar tersebut akan menyekat laluan perdangangan kepada negara lain. Contohnya melalui pemerintahan Ratu Elizabeth (1558-1603)  dengan  menguatkuasakan akta-akta seperti Apprentice Act 1563, Poor Law 1600, Settlement Act 1662 dan Staple Acc 1663 bagi melindungi sektor perindustrian, pertanian, dan  perkapalan British. Secara tidak langsung  melalui dasar ini telah menyebabkan England menjadi satu kuasa yang besar dalam ketenteran sehingga negara Belanda, Perancis, dan Sepanyol menjadi ketinggalan dari aspek ini.
Akan tetapi dasar ini menjadi tidak releven setelah Adam Smith (1776) mengeluarkan karya bertajuk Wealth of Nation yang menekankan bahawa kekayan yang diperoleh tersebut bukanya dari segi tanah, buruh, modal dalam  bentuk emas dan perak dalam  pentadbiran ekonomi yang baik.
2.2       Imperialisme
Menurut Nadel dan Curtis menakrifkan Imperialisme yang bermaksud  perkembangan kuasa atau kawalan sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas masyarakat lain yang didukung oleh ideal sendiri. Ini menunjukan dasar imperialisme menonjolkan sifat-sifat keunggulan (hegemony) oleh sesuatu bangsa ke atas bangsa lain. Istilah ini diperkenalkan di Perancis pada tahun 1830 yang berasal dari perkataan Imperialiste menunjukan bahawa bertapa unggulnya empayar Napoleon. Orang Inggeris berpendapat bahawa bangsa merekalah yang paling berkuasa (Greater British) disebabkan bangsa mereka telah banyak menjajah negara lain terutamanya di benua Asia dan Afrika, Bangsa Inggeris berpendapat lagi bahawa tujuan penjajahan tersebut bertujuan membangunkan masyarakat tersebut disebabkan mundur.
Tujuan utama dasar Imperialisme adalah  menambah  hasil ekonomi melalui penjajahan disebabkan sumber ekonomi mereka tidak mencukupi. Tersurat dari dasar ini menunjukan bahawa imperislisme ini bertujuan mengembangkan empayar dan wilayah jajahan dengan menggunakan apa juga cara untuk pelbagai tujuan. Sarjana Barat membahagikan imperialisme kepada dua ketegori iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru. Imperislisme lama bermaksud menakluki atau menguasai negara lain yang mempunyai empayar lain seperti Empayar Rom, Empayar Turki, Empayer China termasuk negara Sepanyol, Belanda, Pertugis, Britain dan Perancis yang memperolehi jajahan-jajahan di Asia, Afrika dan Amerika. Bagi Imperialiseme baru bermaksud disebabkan oleh lebihan modal di negara imperialisme untuk dieksport ke tanah jajahan. Akhir abad ke-19 disebabkan oleh  imperialisme ini telah menyebabkan wujud pemikiran dan semangat kapitalisme yang menjadi pengerak utama kepada kolonialisme yang mencorak sejarah dunia waktu tersebut.
2.3       Kolonialisme
            Maksud bagi perkataan dasar koloni ialah negeri atau tanah jajahan yang ditakluk oleh sesebuah kuasa asing. Manakala bagi perkataan Kolonialisme  yang membawa maksud menguatkuasakan satu bentuk pemerintahan ke atas sesebuah koloni atau  suatu  perlakuan untuk mendapatkan wilayah sama ada melalui paksaan atau secara aman. Dalam erti kata lain, ia dipanggil sebagai penaklukan.
            Menurut Plano dan Olton di dalam buku Sejarah Malaysia karangan Fuziah Shaffia yang menyatakan bahawa kolonialisme sebagai suatu pemerintahan oleh kuasa asing bagi melanjutkan dasar imperialisme mereka ke atas sesebuah kawasan dan rakyat di kawasan tersebut. Pengenalpastian kolonialisme boleh dikenal melalui dua cara iaitu melibatkan penghijrahan imigran ke suatu kawasan baru dari tempat asal mereka bagi membentuk entiti politik di kawasan baru. Bagi cara kedua pula yang melibatkan penguasaan pemerintahan ke atas masyarakat bumiputera yang teknologinya kurang maju misalnya negara-negara di Asia dan Afrika.
            Penjajahan ke atas negara-negara yang terlibat telah menimbulkan garis panduan tertentu  ke atas negara yang dijajah, yang mana meliputiaspek dasar awam, pentadbiran, undang-undang dan sebagainya. Seperti sedia maklum, golongan minoriti yang akan menopoli memerintah rakyat tempatan di dalam struktur pentadbiran.
            Dasar kolonialisme secara umumnya bertujuan untuk mencapai tiga matlamat utama iaitu; keselamatan dan ketenteraan, faedah-faedah ekonomi negara yang menjajah dan martabat antarabangsa sebagai kuasa imperialis. Dalam konteks Asia Tenggara pula, tujuan dan kepentingan kolonialisme pula untuk mendapatkan keperluan bahan mentah untuk industri Barat; mencari pasaran baru bagi barangan siap Barat dan mencari peluang baru untuk pelaburan Barat. Di Tanah Melayu, prinsip dasar kolonialisme untuk menghalang percubaan kuasa Eropah lain untuk menguasai Tanah Melayu dengan alasan hanya mereka satu-satunya kuasa Barat yang mutlak. Manakala dasar lain ialah berusaha meningkatkan perdagangan tempatan. Sesungguhnya ekonomi tanah jajahan dieksploitasikan untuk kepentingan ekonomi negara jajahan. 
3.0 Perluasan Kuasa British
            Tindakan kerajaan British menghantar ekspedisi ke Timur pada abad-16 dan awal abad ke-17 telah menyebabkan Britain muncul sebagai sebuah negara mekantilisme pada permulaan abad ke-17. Ekspedisi di bawah pimpinan James Lancaster, Henry Middleton, David Middleton dan mendirikan loji-loji perdagangan di Bantam, Maluku, Sulawesi dan beberapa tempat lain lagi. British terpaksa melebihkan tumpuan pada kegiatan perdagangannya di Bangkahulu, Sumatera Selatan yang pada ketika itu banyak menghasilkan lada hitam. Pada awalnya, British berhasrat untuk menjadikannya sebagai pusat perdagangan di nusantara. Namun, malangnya menghadapi beberapa persaingan hebat daripda Belanda serta kedudukannya yang kurang strategik. Pergeseran dengan kuasa asing lain iaitu Belanda telah memaksa British berundur. 
3.1 Pendudukan British di Pulau Pinang.
            Sekitar awal tahun 1770-an, Syarikat Hindia Timur Inggeris serta firma persendirian British yang berniaga di Madras dan Benggala, cuba mencari pengkalan di sekitar gugusan Kepulauan Melayu. Sehubungan itu, British terdesak membuat pertimbangan kepada pengalaman Kepulauan Melayu yang sudah lama mempunyai dengan dunia luar. Seperti sedia maklum, negeri-negeri melayu telah mengamalkan dasar perdagangan bebas sejak zaman promoden lagi. Alasan British mencari sebuah petempatan di Kepulauan Melayu atas dasar keselamatan. Syarikat Hindia Timur Inggeris memerlukan aspek keselamatan kerana petempatan mereka di timur India sering diancam tentera laut Perancis. Selain itu, firma-firma persendirian lain juga mengintai peluang mencari tapak pengkalan di rantu ini kerana untuk mendapatkan bijih timah dan lada hitam untuk dijual kepada Syarkat Hindia Timur Inggeris.
             Pada ketika itu, Pelabuhan Bangkahulu tidak dapat memenuhi sebagai pengkalan utama atau pusat pengumpulan hasil perdagangan kerana kedudukannya yang terpisah jauh dari Selat Melaka. Sebolehya British ingin mengelakkan dari bergantung kepada perlabuhan yang berada dilingkungan kekuasaan Belanda kerana cukai yang dikenakan oleh Belanda agak tinggi serta syrat-syarat ke atas kapal yang berlabuh turut ketat. Sehubungan itu, British amat memerlukan sebuah pengkalan di gugusan Kepulauan Melayu untuk mengantikan Bangkahulu.
            Pada masa yang sama, British telah kehilangan pasaran dan sumber kapas di Amerika Syarikat kerana meletusnya Revolusi Kemerdekaan di sana. Oleh itu, hubungan dengan negara China perlu dipereratkan. Keadaan tersebut telah menyebabkan British terdesak untuk menduduki Pulau Pinang dan seterusnya menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan persinggahan mereka. Pada tahun 1786, Pulau Pinang dipilih oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk dibuka. Pembukaan Pulau Pinang kerana kedudukannya yang strategik serta sebagai pintu masuk Selat Melaka di sebelah utara. Pulau Pinang dijadikan sebagai pengkalan oleh British dan secara tidak langsungnya mengawal kegiatan lanun di Selat Melaka. Pada ketika itu, Pulau Pinang dan Seberang Prai sebenarnya dibawah kekuasaan Sultan kedah. Seperti sedia maklum, sebagai sebuah negeri yang kaya dan makmur, Kedah menghadapi beberapa masalah politik. Oleh itu, peluang yang ditawarkan oleh Sultan Kedah supaya membantu Kedah melawan  musuhnya iaitu Siam dan Burma di persetujui oleh British. Ganjaran atas permintaan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771 itu, British dibenarkan mendirikan pengkalan di Pulau Pinang. Perkara itu disambut baik oleh British.
3.2 Pendudukan British di Melaka
            Ekoran daripada peperangan yang dilancarkan oleh Napoleon ke atas negara-negara Eropah pada tahun 1795 telah menyebabkan Belanda jatuh ke tangan Perancis. Pada ketika itu, Raja Belanda iaitu William of Orange tetap menganggap dirinya sebagai raja dan ketua pemerintah Belanda yang sah walaupun keadaan yang sebenarnya baginda telah melarikan diri
           
 RUJUKAN
Fuziah Shaffie (2000). Sejarah Malaysia. Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar
 Bakti Sdn. Bhd.
R. Suntharalingam (1985). Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya:
 Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mohd Syeriefudin Abdullah, M. Kamal Kamaruddin, A. Sohaimi Lazim (2009).
 Kenegaraan Dan Ketamadunan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn.
 Bhd.
K.J.Hosti, M.Tahir Azhary, S.H (Edt) (1988). Politik Internasional. Jakarta. Penerbit
Erlangga.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Tugasan PJJ (2) UUM (2) Word Excel (2) asrama (2) joomla (2) Aksi (1) Aplikasi Komputer (1) Asas Pentabiran (1) Azfar (1) Bab 1 (1) Bab 2 dan bab 3 (1) Backup Kesemua Driver (1) Bagaimana (1) Bahasa Melayu (1) Bermain (1) Bintang (1) Bisu (1) Blog (1) Cinta Muka Buku (1) Dasar Pandang Ke Timur (1) Dasar Timur (1) Direktori (1) Ekonomi (1) English (1) Filem (1) GMGA1013 (1) Games (1) Google Search (1) Identiti (1) JPJ (1) Jadual Waktu April 2011 (1) Jepun (1) Kesatria Poyos (1) Ku Jumpa (1) Lagak (1) Lagu (1) Maddi Jane Price (1) Mari Ketawa (1) Membina (1) Menyanyi (1) Mizz Nina (1) Modul PJJ SEM 1 (1) Nat kebun getah (1) Ngeri (1) Nota (1) Orang (1) PDRM (1) PLK (1) Pedagogi (1) Pendidikan awal kanak-kanak (1) Pengenalan Website (1) Pengurusan (1) Power Point To Pdf (1) Poyos (1) Rujukan IT (1) SADN1013 (1) SBLM1053 (1) Sumber (1) Syurgamu Ramadhan (1) Tingkatkan (1) VRS011 (1) Web IT (1) WinXP (1) Window XP Cetak Rompak (1) Zawir Boleh Menirap pada 20-7-2010 (1) alat lipat baju (1) andartu (1) andartu terlampau (1) asiggmen (1) baju lipat (1) barat (1) berkerja (1) berzina (1) cara lipat (1) cmd (1) command (1) converter offices 2007 for offices 2003 (1) desktop loding slow (1) dimanakah anda (1) e107 (1) empaya poyo (1) espistemologi (1) fitrah (1) gambar (1) gambar 2 (1) google (1) google bot (1) hardisk (1) hit google (1) info zakat (1) internet (1) jauh zina (1) kelajuan (1) kerja (1) kompaun (1) lawatan ke perak (1) lipat baju (1) localhost (1) membeli-belah (1) mycyberhost.biz (1) najwa latif (1) numar pan'la unu (1) orang cina (1) palgiat (1) panjar (1) pantau (1) pasar sehari (1) password (1) pawagam (1) penaklukan (1) penarafan (1) perkonsian ilmu (1) pic 2 (1) pidgin (1) renungan (1) root (1) run (1) saman (1) sejarah (1) sem 4 (1) server laju (1) shoping (1) sistem maklumat asrama (1) sma (1) tak tau tulis apa (1) tanah melayu (1) telnet (1) terjemah (1) terlampau (1) translate (1) wang runcit (1) web PJJ UUM (1) xampp (1) zakat (1) zina (1)